INNA LILLAH WAINNA ILAIHI RAJI'UN

(UIA DAN ALLAH YARHAM SULAIMAN DAUD)

TIBA MASANYA HAMBA ALLAH KEMBALI MENEMUI KHALIQNYA. ALLAH YARHAM TAN SRI DR SULAIMAN BIN DAUD, YANG MENINGGAL DUNIA PADA HARI SELASA 23 MAC 2010 KETIKA BERUSIA 77 TAHUN, ADALAH MERUPAKAN SEORANG YANG PERAMAH, TAWADUK DAN DAPAT MENYESUAIKAN DIRINYA DENGAN SESIAPA JUGA.

SAYA TERINGAT PADA SATU HARI DALAM TAHUN 1981, KETIKA BELIAU MENJAWAT JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN, IA MENGHUBUNGI SAYA MELALUI TELEFON. SAYA PADA MASA ITU MENJAWAT JAWATAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM. ALLAH YARHAM MEMBERITAHU SAYA BAHAWA PERDANA MENTERI, DR MAHATHIR MOHAMAD, MENJEMPUT SAYA DAN DR KAMAL HASSAN, YANG KETIKA ITU MENJADI PENSYARAH DI FAKULTI YANG SAMA DENGAN SAYA, UNTUK MENEMUI PERDANA MENTERI DAN BELIAU DI JABATAN PERDANA MENTERI. TUJUANNYA IALAH UNTUK MEMBINCANGKAN PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM, YANG KONSEPNYA ADALAH UNIVERSITI ISLAM YANG DISYORKAN OLEH KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA YANG TELAH DIADAKAN DI MAKKAH PADA TAHUN 1977.

DIANTARA PARA SARJANA ISLAM YANG MENGHADIRI KONGRES TERSEBUT PADA TAHUN 1977 ITU IALAH ALLAH YARHAM PROFESOR DR ISMAIL FARUQI DAN PROF DR SYED NAQEEB AL-ATTAS. DR MAHATHIR MENGHADIRINYA ATAS SIFAT BELIAU SEBAGAI MENTERI PELAJARAN PADA KETIKA ITU.

KONSEP INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM YANG DIRUMUSKAN OLEH KONGRES TERSEBUT ADALAH BERDASARKAN KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN ISLAM YANG MENGINTEGRASIKAN DIANTARA ILMU WAHYU DAN ILMU AKAL MANUSIA, YANG DIGABUNGKAN DALAM SATU SISTEM PENDIDIKAN ISLAM YANG BERSEPADU, IAITU BAGI MENGELUARKAN PARA SARJANA DAN PROFESIONAL YANG MENGUASAI KEDUA-DUA BIDANG ILMU NAQLI DAN AKLI, ILMU WAHYU DAN ILMU AKAL MANUSIA DALAM SATU SISTEM PENGAJIAN YANG SEPADU, BUKAN DALAM SISTEM YANG BERASINGAN. KONSEP PENDIDIKAN SEPADU INI ADALAH DALAM KERANGKA MENGISLMISASIKAN ILMU PENGETHUAN DAN PENDIDIKAN YANG DIWARISI DARI SISTEM SEKULAR YANG MEMISAHKAN PENDIDIKAN ISLAM DARI PENDIDIKAN DUNIAWI.

GAGASAN PENUBUHAN UNIVERSITI TERSEBUTLAH YANG TELAH DIREALISASIKAN PENUBUHANNYA PADA ERA ALLAH YARHAM MENJADI MENTERI PENDIDIKAN IAITU DENGAN TERTUBUHNYA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA).

ALLAH YARHAM KETIKA BERTEMU DENGAN SAYA DI MANA-MANA SAJA SELEPAS ITU AKAN SENTIASA MENYEBUT BAHAWA SATU PROJEK YANG AMAT MEMBERIKAN KEPUASAN KEPADA BELIAU SELAMA MENJADI MENTERI PENDIDIKAN IALAH PROJEK PENUBUHAN UIA ITU, DAN KATANYA DIA TIDAK AKAN MELUPAKAN SEPANJANG HAYATNYA AKAN KEJAYAAN YANG BESAR ITU.

KINI BELIAU TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA, TETAPI SEGALA KERJA KERAS DAN USAHANYA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MASA YANG SINGKAT MENUBUHKAN UIA TENTULAH MERUPAKAN SATU PERISTIWA SEJARAH HIDUPNYA YANG TERSENDIRI, YANG JUGA MERUPAKAN SATU SUMBANGAN BELIAU YANG AMAT BESAR DALAM MEMBANGUNKAN ILMU PENGETAHUAN DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG PENTING DI DALAM NEGARA KITA.

UIA YANG DIMULAI DENGAN SEDERHANA, DUA FAKULTI, DUA PUSAT, DENGAN BILANGAN PELAJAR SERATUS DUA SAHAJA, KINI MEMBANGUN SEBAGAI GEDUNG ILMU YANG BESAR, CEMERLANG DAN PENTING, MEMPUNYAI RIBUAN PELAJAR DARI SELURUH PELUSOK DUNIA, DENGAN KEPELBAGAIAN FAKULTI PENGAJIAN YANG MERANGKUMI SEGALA BIDANG DISIPLIN ILMU PENGETAHUAN YANG LUAS.

SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MERAHMATKAN RUH BELIAU. AL-FATEHAH.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....