Posts

Showing posts from September, 2010
MEDIA MENCETUSKAN ISLAMOPHOBIA Dr Ismail Ibrahim Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim UKM   Masanya amatlah sesuai sekali bahawa Perdana Menteri kita menimbulkan isu Islamophobia ketika bertemu President Obama, kerana Islamophobia telah menjadi satu fenomena yang menjalar dengan hebatnya di dalam masyarakat Barat.   Saya rasa media Barat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam supaya Islam dan umatnya sering menjadi musuh kepada tamadun dan peradaban, menjadi agama yang tidak berperi kemanusian, sesuai dengan agenda Barat itu sendiri setelah mereka mengalihkan serangan terhadap Islam ketika berakhirnya peperangan dingin dengan kuasa besar yang telah pun tumbang, iaitu Soviet Union.   Sebuah majalah di Barat cuba menonjolkan pengertian yang salah tentang Islam, iaitu dengan kenyataan berikut :" Islam is the terrorist....Muslims are the victim "...." we pray that the weapon of mass destruction, Islam, be ...
SELEPAS RAYA......APA PERUBAHAN KITA Kita di Malaysia masih beraya. Mengikut budaya kita, kita beraya sebulan, sehingga selesai bulan Syawal, malah dalam mengadakan rumah terbuka, kita mungkin akan melampaui bulan sayawal bagi mendapatkan cuti hujung minggu untuk mengadakan jamuan raya. Namun apa pun yang kita cuba lakukan untuk menghidupkan rasa persaudaraan dan kemesraan diantara keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, satu hal yang harus kita ingat ialah penghayatan Hari Raya kita itu yang seharusnya sejajar dengan semangat dan ruh agama kita yang menuntut keikhlasan, perpaduan, jauhkan benci membenci, umpatan, apa lagi fitnah memfitnah, dendam kesumat dan berbagai-bagai perasaan buruk yang sering melanda hati dan perasaan manusia. Banyak juga tregedi yang menimpa kita rakyat negara ini menjelang Hari Raya tahun ini. Kekejaman hati manusia, yang mungkin pada zaman dulu tidak pernah kita gambarkan, berlaku di dalam zaman kita, pada kurun 21, alaf baru ini, seperti kejadian pembu...
      ISLAMOPHOBIA   ISLAMOPHOBIA HANYA PERSEPSI IMAGINASI DAN DUSTA KONONNYA……. "ISLAM ITU MENAKUTKAN ISLAM ITU GANAS TAK BERPERI KEMANUSIAAN TIADA MENGENALI DUNIA MODEN KETINGGALAN ZAMAN WANITA TERPINGGIR HAMBA SEKS DAN KORBAN PINGITAN DIBUNGKUS DIBALUT MATA TELINGA TERSALUT DIDERA DISEKSA ITULAH GERANGANNYA, KONONNYA AMALAN MUSLIM AJARAN ISLAM"   ITULAH ANDAIAN ISLAM DISEMPITKAN DAN INILAH NAMANYA " ISLAMOPHOBIA"     ISLAMOPHOBIA ADALAH KISAH LAMA ALQURAN MENCERITAKAN DULUNYA ISLAMOPHOBIA TERHADAP RASUL-RASUL-NYA ISTIMEWANYA NABI TERAKHIR MUHAMMAD DITUDUH GILA AHLI SIHIR PENYAIR DAN PENDUSTA BEGITU JAUHNYA SYIRIK MEREKA BEGITU KEJAMNYA ANDAIAN MEREKA     PERSEPSI MANUSIA SYIRIK TOHMAHAN PARA MUSUH MEMESONGKAN AKAL FIKIRAN AKIDAH TAUHID DAN PANDUAN SYARIAH AGAR MANUSIA TERUS TAKSUB MEMBUTA TULI MEMPERTAHANKAN TRADISI CARA HIDUP PERMISIF DAN KUNO BERKELOMPOK DAN BERPUAK BERQABILAH SERBA FANATIK ME...
      BERSATULAH UMAT ISLAM MENENTANG MUSUH   KITA UMAT ISLAM SELURUHNYA HARUSLAH WASPADA TERHADAP PENCEROBOHAN YANG TERBARU TERHADAP AGAMA KITA YANG SUCI, IAITU TINDAKAN MEMBAKAR KITAB SUCI AL-QURAN YANG DILAKUKAN DI AMERIKA SYARIKAT SEMPENA ULANG TAHUN PERISTIWA 11 SEPTEMBER, WALAU PUN NIAT ASAL UNTUK MEMBAKARNYA DI GEREJA DI FLORIDA TELAH DIBATALKAN. PERBUATAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PENGHINAAN YANG AMAT NYATA TERHADAP AGAMA DAN UMAT KITA, SATU PENCABULAN YANG TERANG-TERANG TIDAK BERTAMADUN DAN BIADAP YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH MANUSIA TERHADAP AGAMA ORANG LAIN DALAM DUNIA MODEN DAN GLOBAL INI, YANG SEPATUTNYA MANUSIA SEHARUSNYA MENJADI LEBEH MAJU DAN BERPERADABAN, TERUTAMANYA UNTUK MENGHORMATI AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN. ORANG ISLAM SELURUH DUNIA SEHARUSNYA SEDAR BAHAWA TINDAKAN JAHAT INI SEPATUTNYA MENJADIKAN UMAT ISLAM DI MANA-MANA SAHAJA MEREKA BERADA MENAMBAHKAN AZAM UNTUK BERSATU DAN SAMA-SAMA MENENTANG PERBUATAN INI, TERMASUK DI NEGARA KITA INI. SUNGGUH PUN PERBUATA...
  RAYA HARI JUMAAT 10 SEPTEMBER 2010   Hari Raya akan dirayakan pada hari Jumaat 10 September 2010. Nampaknya orang-orang yang membuat spekulasi bahawa Hari Raya akan menjelma pada hari Khamis tentulah hanya menggigit jari, ramalan mereka tidak betul. Eloklah sebarang konflik dan perdebatan tentang perkara ini diberhentikan setakat di sini sahaja. Marilah kita kembali ke pangkal, bahawa kita tidak perlu menghabiskan masa kita dalam telahan dan cerita yang tidak menentu bagi masa yang akan datang. Kita bukan ahli nujum atau tukang tilek. Kita adalah manusia biasa. Allah mengingatkan kita supaya tidak bertikai dan berhujjah tentang sesuatu perkara yang tidak kita tahu. Kita boleh berhujah dan berdialog atau berdebat tentang perkara yang kita tahu. Inilah kepentingan ilmu di dalam ajaran agama kita. Sekali lagi Selamat Hari Raya kepada semua.
HARI RAYA AIDIL FITRI. KITA SERING MENGUCAPKAN KATA-KATA MINAL'AA'IDIN WALFAIZIN ALMAQBULIN KETIKA KITA BERSALAMAN PADA HARI RAYA AL'IDIN IALAH KEMBALI KEPADA FITRAH, IAITU SELEPAS BERPUASA SEBULAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA KEMBALI MENJADI SUCI BERSIH SEPERTI IA DILAHIRKAN DALAM KEADAAN SUCI – FITRAH AL-FAIZIN IALAH KEMENANGAN, IAITU SELEPAS BERPUASA SEBULAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA MERUPAKAN UMAT YANG TELAH MEMPEROLEHI KEMENANGAN, IAITU KEMENANGAN MELAWAN NAFSU, KEMENANGAN MENGHADAPI CABARAN, DAN KEMENANGAN MENJADI UMAT YANG GAGAH AL-MAQBULIN IALAH PENERIMAAN AMALANNYA OLEH ALLAH SWT, IAITU SELEPAS BERPUASA SEBULAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA MERAYAKAN KEJAYAANNYA ITU KERANA DIHARAPKAN BAHAWA IBADATNYA TELAH DITERIMA OLEH ALLAH SWT. PENGUCAPAN INI ADALAH MERUPAKAN LAMBANG KEMBALINYA MANUSIA DENGAN SEGALA SIFAT BURUKNYA KEPADA KEJADIAN ASALNYA, KEJADIAN FITRAHNYA, IAITU SUCI BERSIH DARI SEBARANG DOSA DAN KELAKUAN JAHAT. SEHARUSNYA IBADAT PUASA MENJADI TITIK TOLAK KE ARAH KEBESIH...
        SELAMAT HARI RAYA SEMUA SAYA PUN HAIRAN KENAPAKAH ORANG MALAYSIA SUKA SANGAT MEMBUAT SPEKULASI TERHADAP SESUATU YANG MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK PASTI. HARI RAYA AKAN DIISYTIHARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR RAJA-RAJA MELAYU PADA HARI INI, IAITU WAKTU MALAM NANTI. TETAPI SUDAH DISIBARKAN BERITA SANA SINI MENGATAKAN HARI RAYA JATUH ESOK, HARI KHAMIS. BUKANKAH HAL ITU MASIH BERADA DALAM PENGETAHUAN ALLAH, DAN BUKANKAH PERKARA ITU BELUM DIISYTIHARKAN LAGI? MEMANG KITA AKUI BAHAWA KITA MEMPUNYAI RAMAI ORANG YANG BIJAK PANDAI DALAM NEGARA KITA INI. TETAPI GUNAKANLAH KEBIJAKSANAAN ITU PADA TEMPATNYA YANG BAIK, UNTUK PERPADUAN UMAT KITA JUGA. DI NEGARA JIRAN KITA INDONESIA MEMANG KADANG-KADANG TERDAPAT PERSATUAN ULAMAK YANG LEBEH BERPENGARUH DARIPADA PIHAK OTORITI, IAITU KERAJAAN, SEBAB ITULAH KADANG-KADANG UMAT ISLAM DI SANA BERPECAH DALAM MERAYAKAN HARI RAYA, ATAU MEMULAKAN PUASA RAMADHAN, IAITU APABILA KERAJAAN MENGISYTIRAHKAN HARI RAYA ATAU AWAL PUASA, MAKA PERTUBUHAN ULAMAK INI MENGISY...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF ZAHIR BATIN KALAU ADA YANG MENYINGGUNG DAN SALAH SILAP. PERINGATAN YANG HARUS SAMA-SAMA KITA AMALKAN. BILA MEMANDU KENDERAAN SELALULAH PANDU DI SEBELAH KIRI JALAN, IAITU DI LORONG PALING KIRI, SAMA ADA JALAN RAYA YANG ADA 2 LORONG ATAU 3 LORONG. POTONG KENDERAAN DEPAN HANYA DI SEBELAH KANAN. SELEPAS POTONG BALIK SEMULA KE LORONG KIRI. ADAT DAN TABIAT PEMANDU DI Malaysia KALAU MEMANDU DI LEBUH RAYA TIGA LORONG, SEMUA SUKA KEKAL DI LORONG TENGAH, WALAU PUN LORONG SEBELAH KIRINYA KOSONG, HAL INI MEMAKSA SESETENGAH PEMANDU MEMOTONG DI SEBELAH KIRI, MENYALAHI PERATURAN JALAN RAYA DAN MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI DAN PEMANDU LAIN. APA GUNA LEBUH RAYA 3 LORONG, KALAU KITA SEMUA TAK MAHU PAKAI LORONG KIRI SEKALI. KALAU DAH MEMOTONG KERETA DEPAN, BALIKLAH KE LORONG PALING KIRI, LEPAS TU KALAU NAK POTONG KERETA DEPAN, POTONGLAH, DAN SEGERA BALIK KE LORONG SEBELAH KIRI JALAN. DENGAN ITU JALAN RAYA TAK JADI SESAK SANGAT DENGAN CARA NI DAN LEBEH SELAMAT. PANDU JANGAN LA...
Banyak Peristiwa Menyambut Ramadhan dan Hari Raya Mengikuti akbar hari ini sahaja, iaitu hari ke-25 berpuasa tahun ini, kita telah dapat melihat banyak sekali peristiwa suka duka yang berlaku akhir-akhir ini. Dalam bulan Ramadhan sememangnya banyak rezeki yang mengalir, terutamanya kepada yang memerlukan bantuan, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain. Alhamdulillah kita masih dapat menyaksikan kemurahan hati ramai pihak yang sudi menghulurkan bantuan ini. Namun pada hari ini dengan bermulanya kebanjiran kenderaan di jalan raya negara kita, maka satu perkara yang sering menjadi berita sedih dan menyayat hati setiap kali menjelangnya hari perayaan, sudah tentulah akan berulang lagi, malahan telah pun tersiar berita-berita kemalangan dan tragedy di jalan raya yang mulai berlaku sejak bermulanya musim cuti Raya ini. Pada kesempatan ini saya dengan sedihnya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada sahabat saya YB Dr. Hamdan, Exco Kerajaan Negeri K...
    BUKAN ISLAM MASUK MASJID ATAU SURAU : TINDAKAN TIDAK BERETIKA   Nampaknya semua isu yang lahir dalam masyarakat kita akhir-akhir ini serta merta menjadi isu politik partisan yang sempit dan penuh taksub. Isu agama pun menjadi isu politik kepartian sebelum isu itu dibincangkan dari segi hukum hakam, dari segi fatwa dan sebagainya. Bila saya sebut tentang politik dan negara, orang selalu salah faham dengan mengatakan bahawa saya cuba nak pisahkan agama dari pemerintahan negara. Saya maksudkan politik disini ialah politik sempit, politik kepartian yang menyebabkan orang taksub dan fanatik, sehingga memandang dan meanggap parti politik tertentu itu sebagai "agama" iaitu parti politik itu sahaja yang memperjuangkan agama, yang mendaulatkan agama, sedangkan parti politik Melayu lainnya adalah sekular, tidak mau agama dan sebagainya, dan hal ini menjadi lebeh rumit kerana orang yang bercakap itu tidak memahami apa yang dibicarakannya. Contohnya ambil saja isu orang bukan Islam y...
    BUKAN ISLAM MASUK MASJID ATAU SURAU : TINDAKAN TIDAK BERETIKA   Nampaknya semua isu yang lahir dalam masyarakat kita akhir-akhir ini serta merta menjadi isu politik partisan yang sempit dan penuh taksub. Isu agama pun menjadi isu politik kepartian sebelum isu itu dibincangkan dari segi hukum hakam, dari segi fatwa dan sebagainya. Bila saya sebut tentang politik dan negara, orang selalu salah faham dengan mengatakan bahawa saya cuba nak pisahkan agama dari pemerintahan negara. Saya maksudkan politik disini ialah politik sempit, politik kepartian yang menyebabkan orang taksub dan fanatik, sehingga memandang dan meanggap parti politik tertentu itu sebagai "agama" iaitu parti politik itu sahaja yang memperjuangkan agama, yang mendaulatkan agama, sedangkan parti politik Melayu lainnya adalah sekular, tidak mau agama dan sebagainya, dan hal ini menjadi lebeh rumit kerana orang yang bercakap itu tidak memahami apa yang dibicarakannya. Contohnya ambil saja isu orang bukan Islam y...