RAYA HARI JUMAAT 10 SEPTEMBER 2010


 

Hari Raya akan dirayakan pada hari Jumaat 10 September 2010. Nampaknya orang-orang yang membuat spekulasi bahawa Hari Raya akan menjelma pada hari Khamis tentulah hanya menggigit jari, ramalan mereka tidak betul.

Eloklah sebarang konflik dan perdebatan tentang perkara ini diberhentikan setakat di sini sahaja. Marilah kita kembali ke pangkal, bahawa kita tidak perlu menghabiskan masa kita dalam telahan dan cerita yang tidak menentu bagi masa yang akan datang. Kita bukan ahli nujum atau tukang tilek. Kita adalah manusia biasa.

Allah mengingatkan kita supaya tidak bertikai dan berhujjah tentang sesuatu perkara yang tidak kita tahu. Kita boleh berhujah dan berdialog atau berdebat tentang perkara yang kita tahu.

Inilah kepentingan ilmu di dalam ajaran agama kita.

Sekali lagi Selamat Hari Raya kepada semua.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....