SELAMAT HARI RAYA SEMUA

SAYA PUN HAIRAN KENAPAKAH ORANG MALAYSIA SUKA SANGAT MEMBUAT SPEKULASI TERHADAP SESUATU YANG MEREKA TIDAK TAHU DAN TIDAK PASTI. HARI RAYA AKAN DIISYTIHARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR RAJA-RAJA MELAYU PADA HARI INI, IAITU WAKTU MALAM NANTI. TETAPI SUDAH DISIBARKAN BERITA SANA SINI MENGATAKAN HARI RAYA JATUH ESOK, HARI KHAMIS. BUKANKAH HAL ITU MASIH BERADA DALAM PENGETAHUAN ALLAH, DAN BUKANKAH PERKARA ITU BELUM DIISYTIHARKAN LAGI?

MEMANG KITA AKUI BAHAWA KITA MEMPUNYAI RAMAI ORANG YANG BIJAK PANDAI DALAM NEGARA KITA INI. TETAPI GUNAKANLAH KEBIJAKSANAAN ITU PADA TEMPATNYA YANG BAIK, UNTUK PERPADUAN UMAT KITA JUGA.

DI NEGARA JIRAN KITA INDONESIA MEMANG KADANG-KADANG TERDAPAT PERSATUAN ULAMAK YANG LEBEH BERPENGARUH DARIPADA PIHAK OTORITI, IAITU KERAJAAN, SEBAB ITULAH KADANG-KADANG UMAT ISLAM DI SANA BERPECAH DALAM MERAYAKAN HARI RAYA, ATAU MEMULAKAN PUASA RAMADHAN, IAITU APABILA KERAJAAN MENGISYTIRAHKAN HARI RAYA ATAU AWAL PUASA, MAKA PERTUBUHAN ULAMAK INI MENGISYTIHARKAN TARIKH YANG BERBEZA, LALU PARA PENGIKUT PERTUBUHAN INI YANG BERJUMLAH JUTAAN AKAN MENGIKUT PERTUBUHANNYA, DAN YANG LAIN-LAIN MENGIKUT KERAJAANNYA, BARAYA DAN BERPUASA TIDAK SAMA, SELISIH SATU HARI DALAM SEBUAH NEGARA.

BUKANKAH HAL INI MENUNJUKKAN PERPECAHAN YANG SERIUS DALAM KALANGAN UMAT KITA?

ORANG MALAYSIA, DAN UMAT ISLAM MALAYSIA, YANG TERKENAL DENGAN ILMU PENGETAHUANNYA, ETIKA DAN AKHLAK YANG BAIK SEPATUTNYA DALAM HAL INI TAK USAHLAH SEBAR KABAR-KABAR ANGIN YANG TIDAK BERASAS, DAN PARA PENGIKUT PULA JANGANLAH MEMPERCAYAI HAL ITU. DENGARLAH SAJA PENGUMUMAN PIHAK RAJA-RAJA KITA NANTI, DAN SELEPAS ITU BARULAH DAPAT KETENTUAN YANG SAH BILA AKAN BERAYA.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF KALAU TERSALAH KATA, TERKASAR BAHASA, ATAU TERSILAP BICARA, TERLANJUR UCAPAN, KERANA KITA SEMUA ADALAH MANUSIA BIASA.

LAGI SEKALI SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

WASSALAMU ALAIKUM

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....