ISLAMOPHOBIA
ISLAMOPHOBIA HANYA PERSEPSI
IMAGINASI DAN DUSTA
KONONNYA…….
"ISLAM ITU MENAKUTKAN
ISLAM ITU GANAS
TAK BERPERI KEMANUSIAAN
TIADA MENGENALI DUNIA MODEN
KETINGGALAN ZAMAN
WANITA TERPINGGIR
HAMBA SEKS
DAN KORBAN PINGITAN
DIBUNGKUS DIBALUT
MATA TELINGA TERSALUT
DIDERA DISEKSA
ITULAH GERANGANNYA, KONONNYA
AMALAN MUSLIM
AJARAN ISLAM"
ITULAH ANDAIAN
ISLAM DISEMPITKAN
DAN INILAH NAMANYA
" ISLAMOPHOBIA"
ISLAMOPHOBIA ADALAH KISAH LAMA
ALQURAN MENCERITAKAN
DULUNYA ISLAMOPHOBIA
TERHADAP RASUL-RASUL-NYA
ISTIMEWANYA NABI TERAKHIR
MUHAMMAD DITUDUH GILA
AHLI SIHIR
PENYAIR
DAN PENDUSTA
BEGITU JAUHNYA SYIRIK MEREKA
BEGITU KEJAMNYA ANDAIAN MEREKA
PERSEPSI MANUSIA SYIRIK
TOHMAHAN PARA MUSUH
MEMESONGKAN AKAL FIKIRAN
AKIDAH TAUHID DAN PANDUAN SYARIAH
AGAR MANUSIA TERUS TAKSUB
MEMBUTA TULI
MEMPERTAHANKAN TRADISI
CARA HIDUP PERMISIF DAN KUNO
BERKELOMPOK DAN BERPUAK
BERQABILAH SERBA FANATIK
MENGGAGALKAN RISALAH TUHAN
ALLAH YANG MAHA KUASA
MEMATIKAN MESEJ SEJAGAT
RISALAH NABI MUHAMMAD UNTUK SEMUA
TETAPI AKHIRNYA…..
DAKYAH INI BERAKHIR
GAGAL DAN KECEWA
RISALAH MUHAMMAD TETAP BERJAYA
BERKEMBANG MENEMBUSI ALAM SEMESTA
ISLAMOPHOBIA MENJELMA LAGI
KETIKA SALAHUDDIN AL AYYUBI
MENGHARUNGI SABIL SHALIBIYYAH
PENENTANGAN DEMI PENENTANGAN
KETIKA EMPAYAR ISLAM
MENGUASAI DUNIA
TIMUR DAN BARAT
EMPAYAR PERKASA MAU DIRUNTUHKAN
ISLAMOPHOBIA MENJELMA KEMBALI
MENJADI SENJATA PENUH SAKTI
MUSLIMIN SENDIRI DIKUCAR KACIRKAN
MENCELARUKAN MINDA DAN RISALAH ISLAM
MENJADI RACUN PEMIKIRAN
MAKA SEGERA DIRUNTUHKAN
EMPAYAR YANG TERBINA
ISLAMOPHOBIA SEGERA MENYELINAP
MERENTASI HATI SANUBARI
INSAN-INSAN KURANG MENGERTI
YANG KELIRU DAN BUNTU
BAHAWA ISLAM ITU BERKUKU BESI
TIDAK DEMOKRATIK
TIDAK SEJAGAT
PERSEPSI MENJADI KEBENARAN
KEBENARAN PALSU DAN PROPAGANDA KOSONG
DUNIA BERKEMBANG
MANUSIA KIAN CANGGIH
MEMBANGUN TANAH DAN DARAH
MEMBUNUH DAN MENJAJAH
BERSELINDUNG DI SEBALIK TABIR
UNTUK KEAMANAN KONONNYA
UNTUK KEMANUSIAAN
PERDAMAIAN SEJAGAT
MEMBINA TAMADUN DAN PERADABAN
MENGHAPUSKAN WMD
WEAPONS OF MESS DESTRUCTION
MEMERANGI TALIBAN DAN BEN LADIN
MENAMATKAN KEGANASAN DAN PEPERANGAN
TAPI PEPERANGAN UNTUK SIAPA?
SIAPAKAH PENGGANAS DAN PENJAJAH?
PENJENAYAH DAN TERRORIST?
SIAPA BERJUANG UNTUK SIAPA?
KETIKA PERANG DINGIN BERAKHIR
PERANG DUNIA TERUS BERLAKU
ANTARA BARAT DAN ISLAM
PERTEMBUNGAN TAMADUN DIKONSEPSIKAN
BARAT DAN ISLAM BERTENTANGAN
CLASH OF CIVILIZATIONS
NILAI LIBERAL DAN PERMISIF BERKEMBANG
MENCARI MANGSA DI MANA-MANA SAJA
TIMUR TENGAH BERGOLAK
RAJA DAN PRESIDEN KEPANASAN
LALU SEGERA BERKIBLAT
DENGAN KEMELUT KRONI
AMERIKA DAN EROPAH
DEMI MELINDUNGI TAKHTA
KAUM KERABAT DAN HARTA BERLAKSA
PENGKALAN TENTERA BERSELERAK
TERPACAK DI PADANG PASIR
NEGARA SAHABAT
PESAWAT PEJUANG TERBANG BEBAS DI ANGKASA
MEMBUNUH MANGSA DI MANA-MANA SAJA
MUNGKIN MUSUH SAUDARA SEAGAMA
YANG BERJUANG UNTUK MERDEKA
YANG SEMBAHYANG UNTUK MAHA ESA
PEDULIKAN ITU SEMUA.
HIMPITAN ZIONISME MENCEKIK LEHER
MENGOYAK KULIT TULANG BELULANG
MENUMPAH DARAH
PARA PEJUANG
KONONNYA…..
ATAS NAMA "KEADILAN" DAN "KEAMANAN" ?
ISLAMOPHOBIA MENJADI SENJATA
PETROL KURNIAAN TUHAN
MENJADI OBJEK PERANG
YANG TIDAK DIISYTIHARKAN
DAN PENDUDUKAN ASING
YANG DIJEMPUT DAN DIAMANAHKAN
LALU BUMI ISLAM DIDUDUKI
DIJAJAH SEMULA
ATAS LAMBANG
"MEMERANGI PENGGANAS" (!)
"MEMUSNAHKAN WMD"
MANGSANYA…
AFGHANISTAN, IRAQ DAN DUNIA ISLAM
DIANCAM, DIUGUT DAN DITAKUT-TAKUTKAN
MAKA…..
DUNIA ISLAM HANYA MAMPU BERARAK
BERDEMONSTRASI
BEREMOSI TANPA ISI
BERTERIAK SLOGAN KOSONG
DAN….
TANAH AIR DAN WATAN SENDIRI
TERGADAI DIDUDUKI PENJAJAH
PENJAJAH BARU AMERIKA DAN BARAT
ATAS NAMA PENGAMAN, PENYELAMAT
DIKTATOR DUNIA ATAS NAMA DEMOKRASI
DUNIA SEMAKIN DEWASA
MEMBESAR DALAM DURJANA
ISLAMOPHOBIA SEMAKIN BERTAKHTA
MENGHIAS MEDIA SERBA BERKUASA
DAN MUSLIMIN SEMAKIN BERSENGKETA
TENGGELAM PUNCA TIDAK KETAHUAN
MANA YANG BENAR
MANA YANG SALAH
MENJADI BONEKA
PERMAINAN MEDIA DAN GODAAN SYAITAN
ISLAMOPHOBIA MEMUNCAK DAN MEREBAK
ISLAM DICACI DAN DIBENCI
MALAH OLEH ANAK SENDIRI
MEMAHAT SEJARAH BARU
ISLAM SIASAH
ISLAM LIBERAL
ISLAM BEBAS
ISLAM MODEN
ISLAM FEUDAL
ISLAM ALAT
ISLAM KERAS DAN JUMUD
ISLAM PUAK DAN SUKU KAUM
ISLAM AKU DAN ISLAM ENGKAU
INILAH SEBENARNYA ISLAMOPHOBIA
CIPTAAN KITA SEMUA
1MALAYSIA SATU KEKUATAN
PERPADUAN DAN KESATUAN NASIONAL
UMAT ISLAM PERLU BERPADU
1ISLAM MUNGKIN DI UNGKAPKAN
DIKONSEPSIKAN MAKNANYA SEJAGAT
AJARAN ASASINYA DISEPAKATI
DIMENGERTI PERBALAHAN DAN KERISIS
DIMAKRIFAT DAN DIILMUKAN FALSAFAHNYA
DIFAHAMI KESATUANNYA
DIKESAMPINGKAN SEGALA YANG REMEH
DITOLAK IDEOLOGI SEMPIT
DIJANA KEKUATAN DALAMAN
AKSI DAN AMAL DIBANGUNKAN
PERKASAKAN DIRI SENDIRI
INILAH WASILAH DAN KAEDAHNYA
MEMERANGI ISLAMOPHOBIA
TANPA MENUDING JARI MENCARI SASARAN
MANGSA SESAMA SENDIRI
YANG TIDAK MUNGKIN MENGUBAH APA-APA.
(ISMAIL IBRAHIM)
Syawal 1431
September 2010
Comments
Post a Comment