MEDIA MENCETUSKAN ISLAMOPHOBIA

Dr Ismail Ibrahim

Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim UKM


 

Masanya amatlah sesuai sekali bahawa Perdana Menteri kita menimbulkan isu Islamophobia ketika bertemu President Obama, kerana Islamophobia telah menjadi satu fenomena yang menjalar dengan hebatnya di dalam masyarakat Barat.


 

Saya rasa media Barat telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam supaya Islam dan umatnya sering menjadi musuh kepada tamadun dan peradaban, menjadi agama yang tidak berperi kemanusian, sesuai dengan agenda Barat itu sendiri setelah mereka mengalihkan serangan terhadap Islam ketika berakhirnya peperangan dingin dengan kuasa besar yang telah pun tumbang, iaitu Soviet Union.


 

Sebuah majalah di Barat cuba menonjolkan pengertian yang salah tentang Islam, iaitu dengan kenyataan berikut :"Islam is the terrorist....Muslims are the victim"...."we pray that the weapon of mass destruction,
Islam, be torn down" (Islam adalah pengganas. Orang-orang Islam sendiri yang menjadi mengsanya. Kita berdoa supaya senjata pemusnah itu, iaitu, Islam dimusnahkan. Tuhan (TIME magazine, pp. 50, Jun 30, 2003)


 

Lee Kuan Yew telah mengeluarkan kenyataan berikut dalam konteks ini :"This battle is going to be won and lost in the Middle East.....If the jihadists win there, I am in trouble here....there will be such a surge of confidence for jihadists. This Islamic pull is more powerful than of communism. The communists never fully trusted one another across racial boundries. But with the Islamists, there is total trust : you are a warrior for Islam, so am I: we swear to fight together" (Peperangan ini akan mengalami kemenangan atau kekalahan di Timur Tengah, sekiranya para juhadis menang di sana, maka saya di sini akan mengalami kesusahan, nampaknya ombak keyakinan para jihadis ini semakin bertambah. Gerakan Islam ini lebeh perkasa daripada gerakan komunis. Komunis tidak pernah mempunyai kepercayaan sesama sendiri melampaui batasan bangsa. Tetapi golongan Islam amat yakin sesama mereka : anda adalah pejuang Islam, demikianlah juga saya, kita bersumpah untuk sama-sama berjuang" (Lee Kwan Yew, TIME magazine cover story, December 12, 2005.)


 

Dalam satu program CNN Larry King Live dalam bulan Disember 2001. seorang pendita Yahudi (Rabbi Hier) memetik satu ayat al-Quran yang menurutnya bahawa Islam adalah amat tidak toleran, iaitu ayat yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah menjadikan Yahudi dan Kristian sebagai kawan. Sesiapa di antara kamu yang berbuat demikian adalah seorang daripada mereka" Larry King mencelah "Tetapi ayat itu tidak menyebut supaya mereka dibunuh?" Rabbi itu menjawab "Memang tidak, tetapi terdapat petikan-petikan ayat Quran yang lain dalam hal ini yang bermaksud demikian. Jadi sekiranya saya ditanya secara langsung : Apakah terdapat pandangan yang ekstrem di dalam Quran? Maka saya akan menjawab : Ya !"

Peristiwa 11 September 2001 jelas menunjukkan gambaran buruk kepada umat Islam keseluruhannya, kerana sembilan belas orang manusia ganas yang mempunyai nama orang Islam telah bertindak nekad sekali, menculik dua buah pesawat terbang gergasi, sarat dengan minyak yang baru diisi, menerbangkannya dengan laju dan merempuh dua buah menara berkembar World Trade Center di tengah-tengah kota New York, negara kuasa besar dunia itu, meruntuhkan kedua-duanya dan mengorbankan ramai sekali manusia di dalamnya yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang bangsa dan agama.


 

Kemuncak dari serangan 11 September 2001 yang dikatakan dilakukan oleh "pengganas" Islam inilah yang menimbulkan ketakutan dan kebencian orang Barat dan musuh-musuh Islam terhadap Islam yang diistilahkan sebagai Islamophobia, iaitu gerun dan benci kepada Islam dan umatnya.


 

Dalam keadaan begini, kita tidak seharusnya menyalahkan Barat sepenuhnya yang menyebabkan Islamophobia ini, malah sebahagian besar negara Islam sendiri tidak berjaya menunjukkan kemajuan dalam kepelbagaian aspek pembangunan dalam dunia moden dan global pada hari ini. Kemunculan semangat "kembali kepada Islam" yang merupakan gelombang perubahan besar yang melanda masyarakat Islam kira-kira empat dekad yang lalu telah menimbulkan pertelingkahan dalam mentafsirkan gelombang perubahan baru ini. sehingga melahirkan sikap dan mentaliti segelintir masyarakat Islam yang lebih mundur, tertutup, fanatik mazhab, aliran sempit dalam politik, penindasan ke atas wanita di dalam bidang sosial dan pekerjaan, membawa kepada tragedi kemanusiaan yang lebih serius lagi di dalam masyarakat Islam dengan berlakunya konflik keagamaan, kuasa kuku besi pemerintah, kelahiran kelompok pelampau dan golongan ulama' yang mengambil pendekatan authoritarian ketika mentafsirkan undang-undang Islam sehingga amat mudah melemparkan tuduhan dan menjatuhkan hukuman terhadap golongan lain sebagai liberal, sekular dan sebagainya. Hal ini menjadi lebih serius apabila pendekatan dan pemikiran ini menjadi trend yang diambil sebagai model "perjuangan Islam" oleh banyak golongan Islamist di negara-negara Islam, pertubuhan bukan Kerajaan, dan pusat-pusat pengajian Islam anjuran golongan tertentu.


 


 

berita panas dalam Fox News 10 Jun 2009, bahawa kononnya terdapat beberapa orang penumpang di dalam pesawat tersebut yang mempunyai hubungan dengan anasir jihad Islam, walau pun kebanyakan agensi berita melaporkan bahawa pesawat tersebut hilang ketika berlaku ribut petir yang amat kuat ketika itu. Tajuk berita itu berbunyi "Passengers on Air France jet crash killing 228 had jihadi-terror
links"
( Pesawat Air France yang terhempas membunuh 228 orang mempunyai kaitan dengan pengganas juhadis) Berita itu seterusnya melapor "Two passengers with names linked to Islamic terrorism were on
board Air France flight that crashed in the Atlantic Ocean, killing all 228 on board, it has emerged" (Telah timbul bahawa dua orang penumpang yang mempunyai nama berkaitan dengan pengganas Islam berada di dalam pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantic membunuh 228 penumpang) Satu cita-cita yang ideal bagi saya ialah mendapatkan kesefahaman umat Islam seluruhnya tentang agenda pembangunan negara dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik, wanita dan agama sendiri dalam menghadapi persaingan dunia moden dan global ini, maka pada ketika itu negara-negara Islam akan dapat membangun seiring dengan dunia maju di Barat dan menonjolkan model umatnya yang bertamaddun. Hanya dengan kemajuan dunia Islam, dan keterampilan umat Islam dalam segala aspek kehidupannya, yang diharapkan dapat mengubah persepsi Barat terhadap Islam dan umatnya

Comments

  1. tak hairan apbila islamophobia berlaku di negara orang kafir, kerana mereka kafir yang jelas adalah musuh Allah.

    Yang peliknya di negara orang Islam sendiri, termasuk di Malysia demikian.

    Yang paling menyedihkan lagi apabila menuduh pihak lain selain daripada kerajaan yang memerintah bertindak ganas (ektrim).

    Yang paling pelik kalangan ulamak dan bijak pandai Islam bertindak sembunyikan ayat ayat Allah, termasuk menafi hak Allah dan Rasulullah SAW.

    Mereka tak pakai perintah Allah dan Rasulullah SAW dalam banyak perkara yang menjadi perintah, sebaliknya mereka menggunakan pendapat sendiri miskipin jelas ia bercanggah dengan syariat Islam.

    Tak perlu hairan jika berlaku di negara kafir, kerana mereka kafir yang jelas adalah musuh Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....