SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF ZAHIR BATIN KALAU ADA YANG MENYINGGUNG DAN SALAH SILAP.
PERINGATAN YANG HARUS SAMA-SAMA KITA AMALKAN. BILA MEMANDU KENDERAAN SELALULAH PANDU DI SEBELAH KIRI JALAN, IAITU DI LORONG PALING KIRI, SAMA ADA JALAN RAYA YANG ADA 2 LORONG ATAU 3 LORONG.
POTONG KENDERAAN DEPAN HANYA DI SEBELAH KANAN. SELEPAS POTONG BALIK SEMULA KE LORONG KIRI.
ADAT DAN TABIAT PEMANDU DI Malaysia KALAU MEMANDU DI LEBUH RAYA TIGA LORONG, SEMUA SUKA KEKAL DI LORONG TENGAH, WALAU PUN LORONG SEBELAH KIRINYA KOSONG, HAL INI MEMAKSA SESETENGAH PEMANDU MEMOTONG DI SEBELAH KIRI, MENYALAHI PERATURAN JALAN RAYA DAN MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI DAN PEMANDU LAIN.
APA GUNA LEBUH RAYA 3 LORONG, KALAU KITA SEMUA TAK MAHU PAKAI LORONG KIRI SEKALI. KALAU DAH MEMOTONG KERETA DEPAN, BALIKLAH KE LORONG PALING KIRI, LEPAS TU KALAU NAK POTONG KERETA DEPAN, POTONGLAH, DAN SEGERA BALIK KE LORONG SEBELAH KIRI JALAN. DENGAN ITU JALAN RAYA TAK JADI SESAK SANGAT DENGAN CARA NI DAN LEBEH SELAMAT.
PANDU JANGAN LAJU SANGAT.
JANGAN GOPOH GAPAH KERANA HATI TERLALU SERONOK.
KALAU MENGANTUK CEPAT2 BERHENTI DAN REHAT, LEPAS TU TERUSKAN PERJALANAN.
INGATKAN ALLAH SELALU, ALLAH MENEGAH KITA MENJATUHKAN DIRI KITA KEPADA KEBINASAAN, TERMASUK KETIKA MEMANDU KERETA.
ALLAH MENGINGATKAN KITA SUPAYA BANTU-MEMBANTU DAN TOLONG-MENOLONG KEPADA KEBAIKAN DAN KETAQWAAN, MENGHORMATI PEMANDU LAIN, SEPERTI MEMBERI JALAN, TIDAK MEMOTONG DEPAN DIA SECARA TAK SOPAN, TERMASUK DI DALAM BAHAGIAN KEBAJIKAN INI, DAN SEBAHAGIAN DARI TINDAKAN BAGI MENOLONG UNTUK KEBAIKAN. APA YANG KITA TAK MAHU ORANG LAIN BUAT KEPADA KITA, JANGAN KITA BUAT KEPADA ORANG LAIN.
BANYAK PERKARA LAIN YANG PERLU DIINGATKAN UNTUK MENGELAK KEMALANGAN JALAN RAYA, HAL YANG SAYA TULIS DI ATAS HANYALAH SEBAHAGIAN SAJA.
WASSALAM.
Dalam berbagai peristiwa dan khususnya hari perayaan, perasaan, fikiran dan emosi manusia berubah-ubah, mood gembira, suka, duka, heba dn sebagainya mempengaruhi kelakuan dan tindakan manusia. Jadi dalam bergembira menyambut hari raya, meluncur di jalan raya untuk menuju destinasi untuk berjumpa emak ayah serta keluarga, pemandu menjadi "exited" riang gembira, lalu memandu tanpa hikmah lagi. Hal ini mempengaruhi tingkah laku manusia, termasuk yang menyebabkan kemalangan. Ingatlah apa yang ditulis Prof di atas.
ReplyDeleteModerate muslim berkata ingatlah apa yang ditulis profesor diatas.
ReplyDeleteBudak budak boleh beri nasihat sepertimana yang dinyatakan oleh Profesor Datuk Dr Ismail Ibrahim itu.
Tidak ada kelainan dengag nasihat pisah polis dan JPJ.
Yang paling berharga cuma hendaklah ingatkan Allah. Nasihat ini adalah nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya agar selamat dunia dan akhirat.
Saya sedih, kerana tulisan ini tiada isi dari seorang yang bergelar Profesor, Datuk dan Dr yang pernah jadi pengerusi majlis fatwa kebangsaan.
Mungkin Profesor tak ingat dengan doa naik kederaan yang harus dijadikan amalan bagi orang islam bertujuan minta Allah memberi keselamatan sepanjang perjalanan.
Doa suatu yang amat penting pada umat Islam, kerana ketika berperang Rasulullah SAW tak putus putus berdoa kepada Allah agar diberi kemenangan.