Wednesday, September 8, 2010

HARI RAYA AIDIL FITRI.

KITA SERING MENGUCAPKAN KATA-KATA
MINAL'AA'IDIN WALFAIZIN ALMAQBULIN KETIKA KITA BERSALAMAN PADA HARI RAYA

AL'IDIN IALAH KEMBALI KEPADA FITRAH, IAITU SELEPAS BERPUASA SEBULAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA KEMBALI MENJADI SUCI BERSIH SEPERTI IA DILAHIRKAN DALAM KEADAAN SUCI – FITRAH

AL-FAIZIN IALAH KEMENANGAN, IAITU SELEPAS BERPUASA SEBULAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA MERUPAKAN UMAT YANG TELAH MEMPEROLEHI KEMENANGAN, IAITU KEMENANGAN MELAWAN NAFSU, KEMENANGAN MENGHADAPI CABARAN, DAN KEMENANGAN MENJADI UMAT YANG GAGAH

AL-MAQBULIN IALAH PENERIMAAN AMALANNYA OLEH ALLAH SWT, IAITU SELEPAS BERPUASA SEBULAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA MERAYAKAN KEJAYAANNYA ITU KERANA DIHARAPKAN BAHAWA IBADATNYA TELAH DITERIMA OLEH ALLAH SWT.

PENGUCAPAN INI ADALAH MERUPAKAN LAMBANG KEMBALINYA MANUSIA DENGAN SEGALA SIFAT BURUKNYA KEPADA KEJADIAN ASALNYA, KEJADIAN FITRAHNYA, IAITU SUCI BERSIH DARI SEBARANG DOSA DAN KELAKUAN JAHAT.

SEHARUSNYA IBADAT PUASA MENJADI TITIK TOLAK KE ARAH KEBESIHAN DIRI INI, DAN KEBERSIHAN INI HARUSLAH DIJAGA DAN DIKEKALKAN SEHINGGA SELAMA-LAMANYA, MENJADI TABIAT DAN AMALAN DIRINYA SEPANJANG MASA.

ITULAH HARAPAN KITA SEMUA KETIKA KITA MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL, SATU TITIK PEERMULAAN HIDUP KITA YANG BARU DALAM MELAYARI BAHATERA KEHIDUPAN DALAM LAUTAN YANG PENUH GELORA DAN AMAT LUAS INI. BIARLAH KITA SAMPAI KE DESTINASI DENGAN SUCI BERSIH, MENANG

Pageviews last month