BERSATULAH UMAT ISLAM MENENTANG MUSUH
KITA UMAT ISLAM SELURUHNYA HARUSLAH WASPADA TERHADAP PENCEROBOHAN YANG TERBARU TERHADAP AGAMA KITA YANG SUCI, IAITU TINDAKAN MEMBAKAR KITAB SUCI AL-QURAN YANG DILAKUKAN DI AMERIKA SYARIKAT SEMPENA ULANG TAHUN PERISTIWA 11 SEPTEMBER, WALAU PUN NIAT ASAL UNTUK MEMBAKARNYA DI GEREJA DI FLORIDA TELAH DIBATALKAN.
PERBUATAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PENGHINAAN YANG AMAT NYATA TERHADAP AGAMA DAN UMAT KITA, SATU PENCABULAN YANG TERANG-TERANG TIDAK BERTAMADUN DAN BIADAP YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH MANUSIA TERHADAP AGAMA ORANG LAIN DALAM DUNIA MODEN DAN GLOBAL INI, YANG SEPATUTNYA MANUSIA SEHARUSNYA MENJADI LEBEH MAJU DAN BERPERADABAN, TERUTAMANYA UNTUK MENGHORMATI AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN.
ORANG ISLAM SELURUH DUNIA SEHARUSNYA SEDAR BAHAWA TINDAKAN JAHAT INI SEPATUTNYA MENJADIKAN UMAT ISLAM DI MANA-MANA SAHAJA MEREKA BERADA MENAMBAHKAN AZAM UNTUK BERSATU DAN SAMA-SAMA MENENTANG PERBUATAN INI, TERMASUK DI NEGARA KITA INI.
SUNGGUH PUN PERBUATAN INI TIDAK SEDIKIT PUN MENJEJASKAN KESUCIAN AL-QURAN, DAN TIDAK AKAN BERJAYA MENGHAPUSKAN KITAB SUCI KITA, KERANA ALLAH TELAH MENJANJIKAN BAHAWA KITAB SUCI ITU YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH DAN SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN TETAP MEMELIHARANYA (SURAH AL-HIJR AYAT 9), NAMUN PERBUATAN KRISTIAN RADIKAL ITU ADALAH MERUPAKAN LAMBANG PERMUSUHAN YANG AMAT BESAR DAN TELAH SAMPAI KE KEMUNCAKNYA KEPADA KITA UMAT ISLAM PADA HARI INI. NAMUN APA SAHAJA YANG MEREKA LAKUKAN TERHADAP KITAB SUCI ITU, MAKA KITAB SUCI ITU AKAN TERUS MENJADI PANDUAN UMAT MANUSIA SELURUHNYA UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT, DAN MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA MENJEJASKAN SEBARANG KERAGUAN UMAT ISLAM TERHADAPNYA. PERCAYALAH BAHAWA PERBUATAN KHIANAT MEREKA ITU HANYA MENGGAMBARKAN KEBEBALAN DAN KEKOLOTAN MEREKA DALAM BERFIKIR DAN BERTINDAK, MALAH MEREKALH SEBENARNYA PENJENAYAH, PENGGANAS DAN PENGECUT.
UMAT ISLAM HARUSLAH BIJAK MENGGUNAKAN CARA AMAN DAN PENUH HIKMAH UNTUK MENENTANG PERBUATAN GANAS INI. SUNGGUH PUN KITA AKUI BAHAWA TERDAPAT SEGELINTIR ORANG-ORANG YANG MENGAKU SEBAGAI ORANG ISLAM YANG SANGGUP MELAKUKAN TINDAKAN GANAS, TETAPI MAJORITI UMAT ISLAM DI DUNIA INI ADALAH TERDIRI DARI UMAT YANG CINTAKAN PERDAMAIAN SEPERTI YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA ISLAM, DAN TERDIRI DARIPADA UMAT YANG SENTIASA MENGHORMATI AGAMA ORANG LAIN, OLEH ITU KITA TIDAKLAH AKAN MENGAMBIL JALAN GANAS UNTUK MENENTANGNYA, KERANA ISLAM ADALAH AGAMA TAMADUN, DAN UMAT ISLAM SEHARUSNYA DAPAT BERTINDAK SECARA AMAN DAN DAMAI, BERHIKMAT TETAPI TEGAS DAN BERANI.
TINDAKAN SEGELINTIR ORANG ISLAM YANG GANAS DAN RADIKAL ITU PUN SEBENARNYA ADALAH DIDORONG OLEH PENJAJAHAN DAN TEKANAN YANG HEBAT YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK MUSUH TERHADAP MEREKA, TERHADAP KELUARGA DAN HARTA BENDA MEREKA, MALAH TERHADAP NYAWA MEREKA SENDIRI SEPERTI YANG BERLAKU DI PALESTIN UMPAMANYA. OLEH ITU KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG DIKATAKAN TINDAKAN GANAS ORANG ISLAM ITU, HARUSLAH DISELIDIKI PUNCA DAN SEBAB MUSABABNYA, KERANA BUKANKAH SEBABNYA IALAH KERANA PENINDASAN DAN KEKEJAMAN ORANG LAIN TERHADAP MEREKA? OLEH ITU APABILA MEREKA MELAKUKAN KEGANASAN KENAPAKKAH HANYA MEREKA SAHAJA YANG DISALAHKAN, TIDAK DIKECAM ORANG-ORANG YANG MEMUSSUHI MEREKA DAN MEMBUNUH MEREKA?
MARILAH KITA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR ALLAH AKAN TERUS MEMELIHARA KITA UMAT ISLAM, MEMELIHARA AGAMA KITA DAN MEMELIHARA KITAB SUCI DAN AJARAN AL-QURAN ITU, SEMPENA HARI BAIK BULAN BAIK, RAMADHAN DAN SYAWAL YANG BERKAT INI.
AMIN, AMIN, YA RABBAL 'ALAMIN
Comments
Post a Comment