BUKAN ISLAM MASUK MASJID ATAU SURAU :
TINDAKAN TIDAK BERETIKA
Nampaknya semua isu yang lahir dalam masyarakat kita akhir-akhir ini serta merta menjadi isu politik partisan yang sempit dan penuh taksub. Isu agama pun menjadi isu politik kepartian sebelum isu itu dibincangkan dari segi hukum hakam, dari segi fatwa dan sebagainya. Bila saya sebut tentang politik dan negara, orang selalu salah faham dengan mengatakan bahawa saya cuba nak pisahkan agama dari pemerintahan negara. Saya maksudkan politik disini ialah politik sempit, politik kepartian yang menyebabkan orang taksub dan fanatik, sehingga memandang dan meanggap parti politik tertentu itu sebagai "agama" iaitu parti politik itu sahaja yang memperjuangkan agama, yang mendaulatkan agama, sedangkan parti politik Melayu lainnya adalah sekular, tidak mau agama dan sebagainya, dan hal ini menjadi lebeh rumit kerana orang yang bercakap itu tidak memahami apa yang dibicarakannya.
Contohnya ambil saja isu orang bukan Islam yang memasuki ruang solat masjid atau surau. Hal ini telah dibuat peraturan oleh pihak otoriti agama negeri beberapa lama dulu, iaitu tidak dibenarkan. Orang bukan Islam dibenarkan masuk masjid di luar kawasan ruang solat, dan wanita yang melakukan lawatan hendaklah menutup aurat, kalau telah berpakaian yang tidak menutup aurat, maka pakaian menutup aurat telah disediakan.
Ahli Parlimen wanita yang memasuki ruang solat di sebuah surau di Kajang baru-bariu ini mungkin telah dipertikaikan kerana ianya seorang wanita dan kepalanya terbuka, tidak ditutup. Tetapi pada pandangan saya isu itu tidak menjadi terlalu besar sekiranya ia hanya seorang biasa. Yang menjadi isu besar pada pandangan saya ialah kerana ia seorang ahli politik dari satu parti politik, maka pihak parti politik lawannya mempertikaikan kehadirannya di situ yang dianggap dari awalnya lagi telah membawa misi politik, buktinya kerana pihak yang berkongsi politiknya yang terdiri dari orang Islam, berpakaian agama pula, kelihatan menerima kehadirannya.
Apabila kehadirannya dipertikaikan, terutamanya oleh parti politik, maka parti politik lawan, yang berpakat dengan ahli Parlimen wanita itu akan mempertahankan perbuatan ahli Parlimen tersebut. Lalu terjadilah pertembungan besar, sehingga melibatkan ketua-ketua tertinggi parti politik tersebut.
Bagi saya, terlepas dari fatwa atau hukum dari sudut syariah, kehadiran ahli Parlimen wanita ke dalam ruang solat surau tersebut boleh dielakkan, iaitu dengan mengadakan perjumpaan di luar surau. Kedua, isu ini tidak seharusnya dipolitikkan sehingga menjadi isu hitam putih, iaitu parti Pakatan bermati-matian mempertahankannya, dan parti BN mempertikaikannya. Media pula memperbesar-besarkan hal ini, seolah-olah dunia sudah nak kiamat dengan peristiwa ini.
Inilah sebenarnya isu yang berlaku akhir-akhir ini, iaitu yang menunjukkan bahawa agenda politik kepartian yang sempit sentiasa diutamakan, dan isu tatasusila, etika, moral dan budaya kita diketepikan. Saya rasa sekiranya kita berpandukan kepada budaya dan etika masyarakat negara kita yang berbilang kaum dan telah mengharungi kehidupan aman damai begitu lama, maka sepatutnya semua rakyat haruslah memberikan perhatian yang berat kepada mempertahankan etika, budaya dan moral kita masing-masing.
Surau dan masjid mempunyai etika dan adab tatasusilanya yang tersendiri sejak lama lagi. Orang bukan Islam saya rasa bukanlah berminat sangat untuk masuk kedalam masjid atau surau, malah mereka menganggap bahawa ruang masjid atau surau adalah menjadi hak ekslusif untuk orang Islam.
Kita orang Islam pun kalau tidak berhajat untuk solat, hanya berhajat untuk berehat dan berbual-bual, kita tidak masuk sehingga ke hadapan mimbar, depan mehrab atau ruang solat imam ketika berjemaah. Kita lebeh selesan berada diluar ruang itu.
Kalau kita adakan majlis pun yang bukan majlis bacaan Al-Quran, solat hajat dan sebagainya, kita selalu adakan di luar ruang solat, seperti di dalam dewan dan sebagainya.
Tetapi yang berlaku pada hari ini, orang bukan Islam itu diajak masuk sehingga kedalam ruang yang amat penting itu, dan membawa orang bukan Islam yang berpengaruh dalam politik kepartian. Orang awam akan segera mentafsirkannya sebagai satu tindakan mencari pengaruh politik, dan termasuk dalam program menjalan aktiviti politik kepartian di dalam masjid atau surau.
Hal inilah agaknya yang menyinggung perasaan orang Islam, dan saya percaya majoriti orang Islam merasa tidak selesa dengan tindakan ini, kerana walau pun dari segi hukumnya telah difatwakan tidak menjadi tegahan, tetapi dari segi etika dan budayanya hal ini agak keterlaluan, jadi tindakan ini dianggap satu tindakan yang tidak beretika.
Kita sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini, tidak hanya bertindak melakukan sesuatu itu berdasarkan undang-undang sahaja, kerana memang banyak perkara yang tidak menyalahi undang-undang yang tidak seharusnya kita lakukan kerana budaya dan etika kita memandangnya tidak baik dan tidak manis. Hidup kita bukan hanya berpandukan kepada undang-undang, tetapi bersendikan adat istiadat dan budaya serta etika kita sendiri, yang tidak wujud di negara lain.
Seba itulah masyarakat kita menjadi harmoni dan aman damai selama ini, kerana selain daripada undang-undang yang bertulis, maka banyak lagi undang-undang yang tidak bertulis yang sentiasa kita hormati selama ini sebagai satu rukum perdamaian di dalam masyarakat kita ini, seperti tradisi adab sopan, etika dan nilai-nilai moral kemasyarakatan yang baik dan sebagainya.
Hal inilah yang seharusnya menjadi satu asas kehidupan kita dalam masyarakat majmuk, terutamanya pada masa-masa yang terakhir ini, yang nampaknya isu perkauman dan agama kelihatan tidak terkawal lagi, dan kita dalam hal ini tidak perihatin sangat dengan perasaan orang lain demi kepentingan politik parti atau individu yang melampau. Perpecahan diantara orang Islam dengan saudaranya orang Islam juga semakin menjadi-jadi, tuuduh menuduh, perasangka, prejudis, kata mengata, dan berbagai-bagai lagi perbuatan yang tidak baik, yang ditegah agama.
Yang amat menyedihkan, umat Islam di Malaysia seolah-olah telah dipecahkan kepada dua golongan mengikut anutan ideologi politik kepartian mereka, dan diantara dua kumpulan itu, tidak terdapat ruang untuk orang-orang yang berkecuali, yang tidak taksub parti, ilmuan, dan sebagainya, mereka seolah-oalh menjadi orang yang tersisih kerana tidak taksub kepada parti politik, akhirnya orang yang sepatutnya menjadi orang tengah ini tidak mahu melibatkan diri dalam perdebatan isu-isu agama itu, takut dianggap sebagai orang anti agama, kafir, Kristian, dan sebagainya.
Saya akan tetap mengeluarkan pandangan dan pendapat saya, biarlah apa yang hendak dicopkan orang kepada saya. Saya bukan hamba mereka, dan bukan bekerja untuk mereka.
Saya pernah tenguk orang perempuan kafir yang masuk masjid negara pakai jubah yang disediakan, tetapi tidak tutup kepala.boleh jua.
ReplyDeletehujah Profesor, orang politik sempit mempertahankan isu kafir yang tidak tutup kepala masuk masjid.
Fahaman saya, Profesor ketika menulis isu ini kelihatan dengan jelas cuba mempertahankan parti yang memerintah kerajaan.
Saya tidak tahu, tapi biasalah orang yang masih duduk dibawah payung kerajaan yang memerintah kena bertindak begitu.
Saya sering baca tulisan profesor,tetapi kebanyakannya mengelirukan, termassuk menyokong perkara yang salah pernah dilakukan oleh parti yang memerintah.
Orang lain dianggap sempit taksud dan Fanatik, manakala orang yang duduk dalam parti yang memerintah negara yang jelas salah dari segi agama dianggap bagus kerana luas sehingga ada setengah itu tergamak mempersenda sendakan agama sendiri.
BETULLAH DOLAH NGAH (NAMA BETUL?) TAK FAHAM MESEJ PROF ISMAIL. TAK FAHAM TAPI BUAT2 FAHAM, KOMEN TAK KENA MENGENA DENGAN KONTEKS YANG DITULIS OLEH PENULIS BLOG INI. SUSAH BETUL NAK HANDLE ORANG FANATIK NI, MAACAM ORANG TAK BERPELAJARAN PULA. TAHULAH SIKIT NAK BEZAKAN POLITIK TAKSUB DAN ORANG ILMU. NEGARA KITA KACAU BILAU KERANA ORANG YANG BEMENTALITI SEPERTI DOALH NI LAH. HAI TAK TAU APA NAK JADI? KAFIR PADA MEREKA LEBEH BAIK LAGI, BOLEH BERSENGKOKOL. ORANG YANG CUBA NAK BETULKAN NEGARA DAN BANGSA SERTA UMAT ISLAM SENDIRI DIKATANYA ORANG KERAJAAN, MAKAN GAJI KERAJAAN DAN SEBAGAINYA. ORANG PAS TAK MAKAN GAJI KERAJAAN KE?
ReplyDeleteAbdullah Ngah berbahas memang diluar konteks yang ditulis Prof Ismail. Hentam peribadi, kononnya Prof dalam parti Kerajaan, pertahankan Kerajaan dan sebagainya. Fikir2lah sikit sebelum menulis. Kenapa Abdullah Ngah mempertahankan parti DAP yang dulunya dianggap musuh ketat? Untuk dapat undi?
ReplyDeleteBetullah orang yang taksub dan fanatik parti partisan ini tak dapat membangunkan negara kita dengan betul.
anamin dan moderate muslim,
ReplyDeletejangan marah. Rasulullah SAW minta kita jangan marah, jangan marah, jangan marah.
Mungkin benar yang saya ini tak faham mengenai kontek tulisan Profesor Dr. Ismail Ibrahim.
1.Saya faham Islam melalui kaca mata "hijau" dan dia faham islam melalui kaca mata "biru"
pijman kata AlahYarham Profesor Dr Muda @Ismail Abdul Rahman.
Inilah kata kata yang keluar dari mulut kawan saya yang paling "pintar" sejak kecil.
Jadi saya faham apa yang anamin tak faham dan anamin faham apa yang saya tak faham.
Inilah punca umat Islam berpecah kepada 73 puak.
Di Malaysia ajaran sesat sahaja sudah 82 puak. Bermakna melebihi apa yang Rasulullah SAW nyatakan.
82 puak ini tidak mungkin termasuk parti UMNO dan PAS.Mungkin orang taksub menganut faham ajaran sesat juga, kerana sempit atau kerana luas sangat barangkali juga sesat.
Mengapa tidak? berpolitik buang agama, sedangkan agama itu suatu panduan untuk tidak jadi sesat dan menyesat.
Tiada agama dalam politik bermakna boleh apa sahaja, judi boleh zina boleh makan riba boleh, rasuah boleh minum arak boleh. Inilah akibat tiada agama dalam politik.
Macam mana hendak betulkan negara dan bangsa sendanglkan kerajaan yang memerintah meninggalkan ajaran islam. Ajaran islam kan sebaik baik ajaran.
Saya dikatakan mempertahankan DAP harbi fahamn kominis itu. Mana hujahnya yang saya pertahankan DAP.
Anda kena ingat ayat Quran surah Al Haj ayat 55 firmannya yang bermaksud: "Dan orang orang kafir tetap dalam keraguan terhadap Al Quran, hingga datang kepada mereka saat kiamat secara mengejut, atau datang kepada mereka azab hari yang tidak ada kebaikan untuk mereka".
Setaip tulisan adalah dihasilkan oleh peribadi seseorang, jadi sebab mengapa mengatakan saya menyerang peribadi.
Yang merasa demikian mereka mungkin dah lama maka cili.
Kita juga kena ingat dengan firman Allah yang bermaksud: " (yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka.Dan yang hatinya keci membatu: dan sesungguhnya mereka yang zalim sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran" (surah Al Haj ayat 53).
Saya tidak belajr tinggi, tapi apalah ada pada yang belajar tinggi kerjanya menyembunyikan ayat ayat Allah dengan bayaran yang sedikit.
Kesimpulannya, saya sentuh pasal orang kafir boleh masuk masjid tetapi kena tutup kepala.Yang masuk masjid negara tak tutup kepala juga, itu sahaja.
Dua PAS dianggap sempit dan UMNO dianggap tak sempit, sedangkan dah jerlus sedalam dalamnya, kerana tiada agama didalamnya.
Maaf ya!
Mentafsir ajaran Islam bukan dari kaca mata "hijau" atau "Biru" seperti yang dikata penulis Abdullah Ngah ni. Kalau begitulah pendiriannya, maka artinya dia meletakkan politik ditempat no.1. Pas atau UMNO bukannya semua yang dilakukan itu betul, atau salah semuanya. Pas hendak Islam, UMNO pun hendak Islam, caranya saja berbeza, dan yang silap lagi ialah kerana ada orang yang melihat partinya seperti agama, dan semua yang dibuatnya harus dipertahankan sebagai benda yang betul dari ajaran agama. Umno buat silap bila nak keluarkan lesen judi bola sepak. Pas buat silap bila doakan KM bukan Islam dalam khutbah Jumaat. Ahli politik kedua-dua parti tersebut sepatutnya mengaku salah, jangan pertahankan kemungkaran. Tapi Dolah Ngah nampaknya akan mempertahankan partinya dalam apa cara sekali pun. Yang tidak silap dan tidak salah hanya al-Quran. Inilah salahnya orang berpolitik di negara kita, tidak matang dan tidak faham politik, yang dia faham partinya itu sama seperti agama yang diturunkan Allah, dan pemimpinnya itu sama seperti Nabi atau Rasul. Saya rasa cukup komen saya sampai sini. Tak perlu layan orang taksub.
ReplyDeleteanamin
ReplyDeleteSaya tak nafi umno pun nak Islam juga, tetapi Islam yang umno hendak ialah macam yang diamalkan oleh Abdullah fasik.
Solat tak tinggal, judi, zina, minum arak makan riba dan rasuah jadi darah daging.
Inilah yang dipertahankan anamin. Sayang seribu kali sayang. Kalau jahil tak apa. Peliknya banyak ilmu tapi tak beramal pula.
Saya setuju PAS buat silap besar akhir akhir ini, tetapi umno sengaja melakukan kesilapan macam orang tinggalkan solat dengan sengaja.
macam tak sudah dan ada benda yang tak kena!
SDRA TIDAK BOLEH MENYAMAKAN ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU DENGAN ABDULLAH FASIK (ABDULLAH IBN UBAYY IBN SALUL (?)) JANGAN CUBA MEMBUAT KENYATAAN UMUM BEGINI TANPA ILMU PENGETAHUAN. ABDULLAH IBN UBAYY IALAH ORANG MUNAFIQ, DI DEPAN NABI MUHAMMAD BERKATA LAIN, DAN DIBELAKANG BAGINDA MELAKUKAN PERKARA LAIN YANG MEMBAWA KEPADA SYIRIK. APAKAH SDRA MENGANGGAP ORANG UMNO SEMUA MUNAFIKQ? INI ADALAH SATU TUDUHAN YANG SERIUS. SDRA KENA FAHAM DULU APA MAKNA SYIRIK, MUNAFIK, FASIQ, KAFIR DAN SEBAGAINYA. JANGAN PAKAI TUDUH SEBARANGAN. BAGAIMANA KALAU ORANG UMNO KATA ORANG PAS MUNAFIQ ATAU FASIQ? SDRA MAHU BALIK KEPADA SEJARAH PERTENTANGAN ANTARA PAS DAN UMNO SATU MASA DULU? IAITU KETIKA PAS MENGATAKAN ORANG UMNO KAFIR KERANA BERKAWAN DENGAN ORANG KAFIR, KALAU BEGITU lah FIKIRAN SDRA, APAKAH KATA SDRA TENTANG ORANG PAS SEKARANG YANG BERKAWAN DENGAN ORANG KAFIR, YANG TIDAK MAHU HUKUM ISLAM PULA TU?
ReplyDeleteMEMANG BILA TAKSUB PARTI, SEMUA ORANG LAIN TIDAK BETUL, HANYA DIA SAJA YANG BETUL. PATUT BACA SURAH AL-SAFFAT, "KENAPA KAMU BERKATA APA YANG TIDAK KAMU KERJAKAN? AMAT BESAR DOSANYA ORANG YANG BERBICARA APA YANG DIA TIDAK KERJAKAN" WALLAH A'LAM
Terima kasih yang tidak terhingga,kerana moderate muslim memberi ruang yang sangat baik dalam perdebatan ini.
ReplyDeleteAnamin nampaknya sudah mengaku dan berkata, Saya rasa cukup komen saya sampai sini. Tak perlu layan orang taksub.
Tapi moderate muslim pada jawapan tulisan saya mahu panjangkan perdebatan ini dengan hujah SDRA TIDAK BOLEH MENYAMAKAN ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU DENGAN ABDULLAH FASIK (ABDULLAH IBN UBAYY IBN SALUL (?)) JANGAN CUBA MEMBUAT KENYATAAN UMUM BEGINI TANPA ILMU PENGETAHUAN.
mengapa tak boleh sedangkan amalan orang Melayu ada persamaan dengan Abdullah Fasik yang juga masuk Islam tetapi masuk untuk berselindung.
Orang Melayu, terutama yang duduk dalam umno walaupun Islamnya Islam asli,mereka solat tapi kena ingat yang solat lima waktu sehari semalam hanya 20 peratus sahaja.
Bermakna yang tak solat atau tinggal solat dengan sengaja sebanyak 80 peratus. Mereka ini disebut oleh Rasulullah SAW sebagai "kafir". Betapa ramai yang "syirik". termasuk yang percaya dengan iblis dan syaitan.
Saya berani mengatakan PAS apabila bekerjasama dengan DAP sama sahaja dengan Umno. Cuma perlembagaannya berbeza.
Bagaimana pula dengan Umno yang hanya melaksanakan syiar Islam dan enggan melaksnakan syariat Allah.
Apakah hukumnya para pemimpin umjo termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad mempersenda sendakan Islam apabila PAS hendak melaksanakan hudud?
Saya bukan tuduh tetapi saya berkata bahawa itu adalah suatu yang realistik miskipun ada usaha membentraskena maksiat dikuatkuaskan.
Bagaimana pula dengan melesenkan benda benda yang diharamkan oleh Allah. Tidak kah melesenkan yang haram itu serupa menghalalkan yang haram.
Ramai kawan kawan saya yang berjawatan besar dalam kerajaan berkata, saya tidak minta rasuah, tapi mereka yang berinya. sedangkan yang memberi dan meneima itu semua dalam neraka.
Pinjaman Bank yang ada faedah disebut apabila diakad dengan lafar ia bukan lagi riba.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.