Banyak Peristiwa Menyambut Ramadhan dan Hari Raya

Mengikuti akbar hari ini sahaja, iaitu hari ke-25 berpuasa tahun ini, kita telah dapat melihat banyak sekali peristiwa suka duka yang berlaku akhir-akhir ini. Dalam bulan Ramadhan sememangnya banyak rezeki yang mengalir, terutamanya kepada yang memerlukan bantuan, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain. Alhamdulillah kita masih dapat menyaksikan
kemurahan hati ramai pihak yang sudi menghulurkan bantuan
ini.

Namun pada hari ini dengan bermulanya kebanjiran kenderaan di jalan raya negara kita, maka satu perkara yang sering menjadi berita sedih dan menyayat hati setiap kali menjelangnya hari perayaan, sudah tentulah akan berulang lagi, malahan telah pun tersiar berita-berita kemalangan dan tragedy di jalan raya yang mulai berlaku sejak bermulanya musim cuti Raya ini.

Pada kesempatan ini saya dengan sedihnya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada sahabat saya YB Dr. Hamdan, Exco Kerajaan Negeri Kedah, yang baru saya temui di dalam satu Mesyuarat di pejabat beliau lebeh kurang dua bulan yang lalu, kerana saya melihat berita yang menyedihkan tentang kemalangan jalan raya di Kedah yang melibatkan korban jiwa anak beliau semalam. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran kepada YB dan keluarganya, serta pasrah menerima ujian Allah ini, malah kita selalu membaca firman Allah bahawa "Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai maut" dan "Apabila tiba ajal mereka, maka tidak akan dilewat atau didahulukan walau sesaat pun" Kalau ada peluang bila-bila saya ke Kedah, akan saya sampaikan sendiri ucapan takziah ini kepada beliau.

Dalam negara kita berlaku peristiwa jenayah yang mengerikan, peristiwa kejam seperti pembunuhan , rompakan bersenjata dan sebagainya yang nampaknya sering meletakkan pihak polis dalam keadaan yang penuh waspada dan sebuk menjalankan tugas untuk menghapuskan jenayah berat itu. Pujian haruslah diberikan kepada pihak polis yang nampaknya selama ini telah menjalankan tugas dengan baik sekali.

Seorang Ustazah yang mengajar di Port Dickson dan anaknya mati dibunuh di dalam rumah mereka, ketika suaminya berada di Mesir dalam satu urusan perniagaan. Kedua-dua mangsa yang malang itu seharusnya telah menaiki bas pulang ke Kelantan pada hari malang tersebut, dan akhbar hari ini menyiarkan teriak tangis keluarga serta orang ramai yang hadir menyaksikan pengkebumian mangsa
dua beranak itu di Kelantan.

Amatlah kita harapkan bahawa dalam menghayati hari baik bulan baik ini, kita akan sentiasa dilindungi Allah SWT, dijauhkan mala petaka dan segala bentuk bencana. Namun dalam berdoa, kita sendiri haruslah sentiasa sedar dan berjaga-jaga, kerana Allah akan menolong sesiapa yang menolong dirinya sendiri. Maka dalam konteks ini tentulah kita perlu berhati-hati di jalan raya, sabar dan sentiasa beringat, ikuti peraturan jalan raya, hormati pemandu lain, jangan terburu-buru, gopoh gapah nak segera sampai.

Di luar negara kita melihat Indonesia mengalami letusan gunung merapi, yang telah 400 tahun tidak aktif, tiba-tiba sekarang ini mulai mengeluarkan haba panas sehingga memaksa penduduk di sekitarnya berpindah randah dengan segala kepayahannya.

Di negara tersebut juga sedang berlaku satu demonstrasi besar-besaran tanda marah kepada kita. Tetapi Alhamdulillah kita tidak menunjukkan reaksi yang emosi dan marah seperti mereka. Kita tidak seharusnya berkasar kepada orang yang melakukan kekasaran kepada kita. Tambahan pula kita mempunyai saluran diplomasi yang boleh menyelesaikan kerisis itu.

Di Pakistan banjir besar menenggelamkan dan merosakkan rumah tangga, harta benda dan hasil tanaman yang meilibatkan jutaan orang sekali gus. Banjir itu juga memakan korban yang ramai, dan kini jutaan mangsa sedang menghadapi ancaman penyakit berjangkit dan kebuluran.

Di Gaza masih terdapat bedilan Israel yang mengancam nyawa penduduk Palestin dan menambahkan derita mereka yang terperangkap di dalam penjara besar yang dinamakan Gaza itu. Baru semalam Israel membedil terowong yang menghubungkan Gaza dan Mesir, menyebabkan beberapa orang pekerja Palestin terperangkap di dalam timbusan tanah terowong itu.

Di Iraq, Afghanistan, Pakistan juga, banyak nyawa yang melayang kerana bom kereta, malah baru-baru ini umat Islam merasa terkejut kerana sebuah Masjid dibom ketika jemaah yang ramai sedang bersolat Jumaat disebabkan pertelingkahan mazhab.

Mala petaka ini akan terus menerus mewarnai kehidupan manusia, Muslim dan bukan Muslim. Sehari dua ini juga berlaku gerak gempa di New Zealand, banjir dan ribut topan di Amerika Syarikat.

Kita berdoalah agar mala petaka ini tidak berlaku kepada kita, di negara kita, di kalangan rakyat kita semua. Kita memohon kurniaan Allah SWT agar Ramadhan tahun ini akan dapat kita selesaikan dengan aman dan selamat, dengan kadar kemalangan jalan raya yang minimum, dan barang dijauhkan segala jenayah berat yang mengancam nyawa orang awam, dan semoga Allah SWT menjinakkan hati kita sesama Islam dalam mencari kebaikan dan kebajikan bersama, kerana kalau dicermin-cerminkan senario dan pandangan dunia hari ini, nampaknya negara kita tidak mengalami keadaan yang serius dari segi bencana alam, kita masih tidak merasa kelaparan, tidak berkerisis sehingga mengangkat senjata sesama sendiri, tidak mencetuskan pergaduahn kaum dan agama yang memakan korban.

Inilah kurniaan Allah yang seharusnya kita pelihara dan kita doakan agar berterusan insya'Allah.

Selamat Menyambut Hari Raya, 'Aidul Fitri. Selamat bergembira dan jangan lupa Allah SWT dalam apa keadaan sekali pun. Insya'Allah kita selamat, berjaya, aman damai mengecapi nekmat Allah kepada kita. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Minal 'Aidin Al Fa'izin Al-Mqbulin.


 

Comments

  1. Pihak kerajaan membuat keputusan sama ada sainstif atau sebaliknya boleh digunapakai.

    Punca berlakunya kemalangan jalanraya ialah hasil pengguna jalanraya meremehkan undang undang dan peraturan yang ditetap.

    Kita boleh setuju tetapi kena ingat bahawa kemalangan itu adalah malapetaka yang merupakan balasan Allah kepada umat manusia ciptaanNya.

    Dan kecelakaan ini merupakkan kemurkaan Allah kepada umat manusia ciptaanNya, termasuk bunuh siri bunuh yang berlaku setiap waktu.

    Kita juga kena ingat bahawa ada kesilapan yang dilakukan oleh rakyat dan kerajaan yang diberi amanah memerintah negara ini.

    Kesilapan rakyat, ialah kesilapan memakan riba ketika memberli kenderaan dan rumah kediaman. Kesailapan ibubapa ialah tidak pandai mendidik anak anak.

    Kesilapan kerajaan tidak melaksanakan syriat Allah iaitu membiarkan rakyat makan riba, malah mengalak rakyat makan riba.

    Pihak kerajaan (polis) telah membuat kajian punca berlaku kemungkaran ialah wujudnya kelab kelab malam dan arak.

    Arak telah dinyatakan oleh Allah ibu segala kejahatan. Tapi malangnya arak telah dilesenkan dengan semahu mahunya oleh kerajaan yang memerintah.

    Inilah yang wajib dititikberatkan. Tapi sayang seribu kali sayang banyak pihak yang membisu, termasuk para ulamak kerajaan yang tidak berani memberi nasihat pada kerajaan untuk mengharamkan pelesenannya.

    Jika ibu segala kejahatan tidak dihapuskan sampai bila bila usaha membentras kemungkaran tidak akan berjaya. Demikian juga dengan kecelakaan jalanraya yang berlaku sejak dahulu hingga ini.

    Orang Islam wajar mati dalam iman atau mati syahid, tetapi rakyat negara kita mati kemalangan jalanraya dan diserang dadah, HIV dan Aids.

    ReplyDelete
  2. Di Saudi juga berlaku kemalangan. Di Iran juga berlaku gerak gempa, sedangkan kedua-dua buah negeri itu mendakwa mengamalkan Islam. Di Kelantan juga berlaku mala petaka, sedangkan Kelantan di perentah PAS puluhan tahun. Jadi kenapa Allah turun bala juga di negara Islam tu?
    Nak salahkan orang lain memanglah boleh, salahkan Kerajaan, salahkan sistem, tetapi tak pernah salahkan sendiri. Kalau Kelantan dah Islam, kenapa banyak lagi berlaku jenayah, perzinaan, seludup barang dan sebagainya? Kerajaan manakah yang buat sistem kewaangan dan perbankan Islam di negara kita ini? Bukankah Kerajaan BN inilah. Siapakah yang sedang giat menghapuskan sistem riba sekarang? Memang ada arak dan judi, tetapi dilarang orang Islam menggunakannya. Kelantan tak ada judi? Tak ada arak? ada, tapi untuk bukan Islam kan. Kenapa nak salahkan Kerajaan UMNO saja? Kenapakah tak salahkan orang Islam yang melakukan perkara itu. Orang Islam Kelantan apakah 100% baik semua? Kenapakah Kelantan tak kaya? Cerminlah diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. mahabbah,

    Hujah mahabah mengenai kemalangan jalanraya kemungkaran yang berlaku di Malaysia semacam hujah pak pandir yang berkata, anak kita mati anak orang pun mati juga.

    Seperkara lagi, mahabah cuba menemplek dah dua puluh tahun PAS memerintah Kelantan kemalangan tetap dan kemungkaran juga tidak berkurangan.

    Hujah ini memberi peluang yang baik untuk saya menulis “bapak burik anak rintik” dengan kata lain ayah begitu anak begitu yang boleh dikaitkan dengan pemimpin yang diberi amanah memerintah Negara.

    Kita kena berhati hati memilih pemimpin Negara yang bermula daripada wakil rakyat yang bertanding dalam puluhan siri pilihanraya umum.

    Mengapa? Kerana pemimpinlah rakyat jadi baik dan jahat . Apabila dipilih atau salah pilih pemimpin yang akhlaknya buruk sudah tentu rakyat turut jahat.

    Bagaimana akhlak pemimpin yang memerintah Negara dahulu dan sekarang. Mahabah tetap mengatakan pemimpin yang memerintah Negara sekarang ini baik baik belaka, kerana tak mahu menerima kebenaran dan hakikatnya.

    Tidak dinafikan ada pemimpin yang baik dan ada pemimpin yang buruk, tetapi kebanyakan yang naik sekarang ini peratusnya lebih ramai yang buruk iaitu mementing diri sendiri berbanding kepentingan rakyat.

    Hujah saya rakyat tidak berhati hatiu cermat memilih pemimpin mereka kerana yang naik jadi pemimpin sekarang kebanyakannya memiliki ratusan juta harta. Itulah yang wajib di miliki oleh pemimpin yang memerintah sekarang.

    Itulah perilaku dan sifat pemimpin kita. Baik ke pemimpin jenis ini. Mahabah pasti mengatakan baik, kerana enggan menerima kebenaran yang saya sebut.

    Pemimpin ini adalah pemimpin yang tak kenal diri sendiri, akhirnya rakyat binasa dan rosaklah Negara.

    Dalam kehidupan dan hala tuju bermasyarakat berbangsa dan bernegara boleh musnah dibawah pemimpin yang rosak akhlak.

    Bukan sahaja kemalangan dan kemungkaran yang menjadi kebimbangan, tetapi akhirnya Negara kita turut tergadai. Percayalah. Jika di panjangkan usia dapat kita tengok. Tengok tu apa sudah jadi orang yang tidak berdosa turut jadi mangsa dibunuh, dirogol dan jenayah angkara betapa ramai rakyat yang bersifat haiwan dek kepimpinan pemimpin yang berjiwa syaitan.

    Hujah pak pandir yang jadi pegangan membuat seseorang itu tak kisah siapa jenis pemimpin, hatta orang kafir sekalipun mereka redha .

    ReplyDelete
  4. BETUL ! BETUL ! HIDUP PAK PANDIR, PAK DOLAH NGAH, PAK DOLAH NGAH TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN BIARKAN !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....