Posts

Showing posts from February, 2012

"PENYAKIT" ARAB SPRING?

Akhbar2 menyiarkan dua berita tentang peristiwa yang saya cuba lebelkan dengan peristiwa yang berlaku di dunia Arab, yang kemudiannya diistilahkan sebagai "Arab spring". Dua peristiwa itu berlaku di negara kita: 1. Berlaku di Kota Kinabalu ketika seorang Arab mengamuk dengan menjerit2 dan cuba melakukan kekerasan ke atas beberapa orang, termasuk wanita. Dramanya bermula ketika seorang pelancong Kanada mencium pipi teman wanitanya yang menyebabkan lelaki Arab ini memekik dan menjerit marah, dan ketika seorang wanita pekerja tempat peranginan itu masuk campur, maka lelekai Arab ini bertambah marah dan garang, hampir mencetuskan kekacauan yang besar. Bagaimana pun dia kemudiannya bergegas meninggalkan tempat itu. 2. Peristiwa kedua berlaku di sebuah Mahkamah Rayuan ketika seorang bekas imam masjid bertindak membaling kasutnya kepada tiga orang Hakim yang membicarakan rayuannya. Derama ini bermula dengan peristiwa membaling kasut, satu demi satu, kemudian mengikut kenya...

BAI'AH ATAU UNDANG-UNDANG?

Saya bukan bercakap dari sudut parti politik, atau sebagai ahli politik dari parti yang tertentu. Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, yang saya fahami dari berita akhbar, bahawa calon2 pilihanraya parti tersebut haruslah melakukan ba'ah kepada Parti untuk setia dalam parti, atau mengikut yang saya faham, bahawa calon PAS yang berbai'ah itu apabila menang dalam pilihan raya, maka ia tidak boleh keluar dari partinya, kerana kalau dia keluar dari partinya maka dia akan di "laknat" (?) Allah dunia akhirat. Maaf jika saya salah faham tentang maksud ini. Bagi saya oleh kerana parti politik itu bukannya "agama" seperti agama Islam, dan para pemimpinnya pula bukanlah "Nabi" atau "Rasul" utusan Allah, maka dari segi hukum agama menurut fahaman saya, "hukum" dan "fatwa" Presiden PAS ni mungkin tidak tepat dan tidak kena pada tempatnya. Oleh itu saya merasa, bahawa adalah lebeh baik bagi parti politik yang tid...

INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, pada 18 Februari 2012 IKIM manyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20. Jangka masa 20 tahun merupakan satu tempoh yang agak matang jika diukur dari sudut umur manusia. Manusia yang mencapai umurnya 20 tahun tentulah telah mencapai kematangan rohani dan jasmaninya, roh dan jasadnya, pemikiran dan emosinya. Ketika mula ditubuhkan dulu objektifnya ialah untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada orang Islam dan bukan Islam, di peringkat negara dan antarabangsa. Hal ini dilakukan ialah kerana Islam telah disalah tafsirkan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam, malah media Barat sering memprojekkan imej Islam yang amat negatif di dalam masyarakat dunia. Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, dengan itu perlulah ditonjolkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, dan Islam sebagai agama yang dinamik, toleran, bertamadun dan berakhlak haruslah difahami dengan sebaik2nya oleh masyarakat global. Untuk mencapai obj...

DEBAT YANG LEBEH MENEBALKAN SEMANGAT PERKAUMAN

Pandangan peribadi saya, selain dari yang saya tuliskan semalam (seperti di bawah) Debat diantara Presiden MCA dan KM Pulau Pinang atas nama parti politik mereka, sebenarnya disamping beberapa kebaikan kepada penjelasan tentang dasar perjuangan parti masing2, namun pada saya kesan negatifnya lebeh banyak, terutamanya yang boleh menimbulkan semangat perkauman yang lebeh tebal, kerana fokusnya tertumpu kepada kaum Cina. Masing2 pendebat akan menumpukan kepada untung ruginya masyarakat Cina dalam percaturan politik pada hari ini, terutamanya dalam BN yang digambarkan oleh pembangkang bahawa UMNO itulah yang mendominasikan BN, dan keputusan UMNO lah yang menentukan nasib kaum2 lain dalam komponan parti BN. Banyak perkara yang ditimbulkan oleh wakil pembangkang umpamanya, yang hanya merupakan persepsi dusta saja, dan banyak perkara yang hanya merupakan teori dan pandangan peribadi yang tidak mempunyai fakta dan angka yang sebenarnya. Malah lebeh dari itu, debat ini hanya seperti m...

DEBAT UNTUK SIAPA?

Yang saya faham daripada tema perdebatan diantara Ketua Menteri Pulau Pinang (LGE) dan President MCA (CSL) ialah mempersoalkan keberkasanan perjuangan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi kaum Cina. Persoalan ini dibangkitkan ialah kerana BN adalah merupakan satu parti yang bersekutu di dalamnya sebilangan parti politik sebagai satu parti sahaja, sedangkan Pakatan Rakyat bukanlah merupakan parti yang satu. Di dalam pilihan raya, semua parti komponan Pakatan Rakyat berdiri sebagai calon atas nama parti masing2, dengan simbol masing2 juga, sedangkan parti2 komponan BN memasuki pilihan raya atas nama BN, menggunakan simbol yang sama. Mungkin inilah persoalan pokoknya yang hendak didebatkan oleh kedua2 pimpinan parti DAP dan MCA itu, iaitu untuk membahas sama ada BN atau PR yang lebeh baik sebagai platform perjuangan bagi kaum2 yang berbeza di negara ini., sama ada dalam organisasi seperti BN atau PR. Tetapi pengisian debat ini ternyata bahawa kedua2 pendebat ini asyik salah ...

KENYATAAN YANG MENDAHULUI MASA

Terdapat dua kenyataan akhbar yang mendahului masa, dan amat mengganggu pandangan awam. Pertama : Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang diberitakan oleh The Wall Street Journal (WSJ) tentang keselamatan Israel. Kedua : Kenyataan Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah dilebalkan sebagai "menggadaikan akidah" kerana menghadiri perayaan Thaipusam yang lalu seperti yang disiarkan oleh portal Malaysian Insider . Kedua-dua kenyataan ini menyentuh isu besar dan serius, satu tentang dasar negara dan pandangan umum masyarakat Islam dan negara2 yang cintakan keamanan terhadap penjajahan Israel ke atas negara Palestin, kedua mengenai "gadaian akidah", yang membawa kepada syirik berikutan kehadiran PM ke perayaan Thaipusam baru2 ini. Kedua2 kenyataan ini menimbulkan reaksi dari masyarakat setempat dan antarabangsa, kerana dalam zaman siber ini segala berita yang tersiar akan dapa...

Kenapakah Harus Memburuk2kan Negara?

Banyak isu kontraversi yang disiarkan media, terutamanya media alternatif, yang menunjukkan bahawa negara Malaysia dan rakyatnya berada dalam kerisis yang besar. Sungguh pun keadaan yang sebenarnya dalam negara kita tidak menggambarkan kerisis atau pergolakan yang besar, namun media nampaknya telah berjaya menggembar gemburkan persepsi umum bahawa negara dan rakyat kita sedang berada dalam kancah pergolakan politik, ekonomi, diplomatik, dan lain2 lagi yang amat hebat. Umpamanya isu penghantaran balik bloger Saudi, Hamza Kashgari, oleh pemerintah Malaysia kerana pihak Saudi meminta Kerajaan kita berbuat demikian, telah digambarkan sebagai satu kesalahan besar yang dilakukan oleh negara ini, malah terdapat portal berita internet di negara kita yang memetik keritikan Washington Post kepada Kerajaan Malaysia bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dasar "champion of double talk ". Bagi orang yang tidak memahami dasar negara kita dan hubungannya dengan negara Saudi Ar...

VALENTINE'S DAY

Hari ini 14 Februari, hari valentine. Anak2 muda, lelaki perempuan, segala kaum dan agama, mengetahui bahawa hari ini ialah hari para kekasih membaharui cinta kasihnya, lambangnya bunga ros, hadiah cincin dan lain2 yang menunjukkan kasih dan cinta yang diperbaharui. Namun dalam membaharui kasih, atau mulai memupuk cinta kasih, pasangan lelaki perempuan mungkin melangkah lebeh jauh dalam memadu cintanya itu, membawa kepada perbuatan dosa dan maksiat dalam istilah kita orang Islam, yang bagi penganut agama lain mungkin merupakan perkara biasa, kerana ajaran agama yang berbeza2. Inilah konsep dan pengertian hari valentine yang difahami oleh kebanyakan anak2 muda kita, walau pan dalam falsafah perayaan ini kita mengetahui akan hubungannya dengan agama Kristian, tetapi hal ini sering dilupakan sahaja, sehingga perayaan valentine menjelma menjadi perayaan budaya sahaja. Namun dari sudut perayaan budaya ini pun, bagi kita orang Islam, perayaan ini sepatutnya tidak dihampiri, dalam kaedah feqh...

JANGAN SALAH FAHAM

Tulisan dalam blog saya kelmarin yang telah dipetik oleh akhbar Sinar Harian 12 Februari 2012, iaitu mengenai keperluan pihak berkuasa tertinggi agama di negara kita mengeluarkan fatwa rasmi tentang kehadiran Perdana Menteri dalam perayaan Thaipusam, telah mendapat maklum balas yang banyak dari pembaca. Maklum balas yang diberikan itu ialah kerana fatwa Mufti Perak tersebut merupakan tafsiran peribadi tentang Perdana Menteri yang dianggapnya telah "menggadaikan akidahnya" dan perbuatannya menghadiri perayaan Thaipusam itu telah membawa kepada syirik, sedangkan sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri telah beberapa kali menghadirkan diri di dalam rumah2 ibadat seperti gereja dan Tokong Budha di Kelantan , oleh itu ramai pula yang bertanya:apakah Tuan Guru Nik Aziz juga dengan itu telah "menggadaikan akidahnya" dengan tindakannya itu, dan apakah Mufti Perak juga telah mengeluarkan fatwa yang sama terhadap Tuan Guru Nik Aziz? Banyak pembaca yang memberikan pandan...

KENYATAAN MUFTI PERAK

Saya tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah "Menggadaikan Akidah" nya kerana menghadiri perayaan Thaipusam di Batu Cave. (Laporan Malaysian Insider 10 Februari 2012). "Menggadaikan akidah" adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik? Kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggung jawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini. Hal yang berhubung dengan akidah bukanlah perkara mudah, kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri, dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang i...

HARI KEKASIH

ISU2 AGAMA SERING DIBINCANGKAN OLEH KALANGAN POLITIK SAHAJA NAMPAKNYA DI NEGARA KITA. HAL INI AMATLAH TIDAK WAJAR, KERANA ISU AGAMA ADALAH ISU RAKYAT SELURUHNYA. SAYA MAKSUDKAN ISU AGAMA DALAM KONTEKS HARI INI IALAH TENTANG "HARI KEKASIH" ATAU VALENTINE DAY YANG SABAN TAHUM DITIMBULKAN DENGAN FATWA DARI BERBAGAI2 KALANGAN UMAT ISLAM UMPAMANYA. MEMANG PARTI POLITIK YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SEHARUSNYA DAPAT MENGEMUKAKAN PANDANGANNYA TENTANG PERAYAAN INI DARI SEGI HUKUMNYA, TETAPI PIHAK ULAMAK ISLAM SELURUHNYA, TANPA MENGIRA IDEOLOGI KEFAHAMAN POLITIK MASING2, SEHARUSNYA DAPAT MENGAMBIL KATA PUTUS TENTANG PERSOALAN2 YANG TIMBUL DARI SUDUT AGAMA DALAM SAMBUTAN HARI KEKASIH INI. BAGI SAYA PIHAK OTORITI AGAMA YANG RASMI SEPERTI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN YANG SEHARUSNYA MEMBINCANGKAN HAL INI DENGAN MENYELURUH UNTUK MENGELUARKAN FATWA TENTANG HUKUM MENYAMBUT HARI PERAYAAN INI DI LIHAT DARI SUDUT AKIDAH UMAT ISLAM, TERUTAMANYA APABILA HARI PERAYAAN INI TELAH MENJADI SATU BUDAYA IKUTAN ...

KENYATAAN POLITIK PERIBADI

TIDAK WAJAR MENYEBELAHI ISRAEL DALAM ISU PALESTIN! Tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang diberitakan cuba mempertahankan keselamatan negara Israel baru2 ini amatlah menyayat hati kita sebagai orang Islam, dan sebagai orang yang cintakan perdamaian. Saya amat berharap supaya umat Islam dan rakyat Malaysia menganggap kenyataan itu semata-mata sebagai kenyataan politik peribadi, yang tidak kena mengena dengan kes Palestin dari sudut penjajahan, kekejaman dan kecsuciannya dalam Islam, maka tidak seharusnya dilihat kenyataan itu sebagai satu agenda keamanan dunia dan keadilan kepada masyarakat Palestin yang seharusnya di sokong. Bumi Palestin amat penting dari segi fizikal dan spiritual nya kepada umat Islam. Kepentingannya juga mempunyai hubungan dengan kesucian bumi ini dan sejarahnya dalam konteks perutusan para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa rahmat dan kesejahteraan kepada manusia dan dunia ini. Al-Quran menyatakan tentang para Nabi yang turun dan mendiami bumi suci P...