INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, pada 18 Februari 2012 IKIM manyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20. Jangka masa 20 tahun merupakan satu tempoh yang agak matang jika diukur dari sudut umur manusia. Manusia yang mencapai umurnya 20 tahun tentulah telah mencapai kematangan rohani dan jasmaninya, roh dan jasadnya, pemikiran dan emosinya.
Ketika mula ditubuhkan dulu objektifnya ialah untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada orang Islam dan bukan Islam, di peringkat negara dan antarabangsa. Hal ini dilakukan ialah kerana Islam telah disalah tafsirkan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam, malah media Barat sering memprojekkan imej Islam yang amat negatif di dalam masyarakat dunia.
Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, dengan itu perlulah ditonjolkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, dan Islam sebagai agama yang dinamik, toleran, bertamadun dan berakhlak haruslah difahami dengan sebaik2nya oleh masyarakat global.
Untuk mencapai objektif ini, IKIM telah berusaha menjelaskan hal ini ke peringkat antarabangsa, dengan menganjurkan dialog, wacana, seminar, kongres dan sebagainya dengan penyertaan media, iltelek, diplomat, ahli politik dan lain2 dalam forum tersebut yang diadakan di Malaysia, Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan beberapa atempat yang lain juga.
Persidangan itu sering diadakan dengan kerjasama badan2 bukan Kerajaan, Universiti, Kedutaan asing, orgasnisasi budaya dan politik antarabangsa dan sebagainya dengan penyertaan yang agak menyeluruh dari masyarakat antarabangsa.
Orientasi wacana dan seminar ialah untuk menngemukakan penyelesaian masalah manusia dan masyarakat , menanamkan persepsi yang betul, juga menggambarkan imej Islam yang sebenarnya, walau pun terdapat hambatan2 dari masyarakat Islam sendiri yang mengambil jalan ganas dan radikal dalam menyelesaikan permasalahn mereka, tetapi hal itu tidak semestinya menggambarkan Islam yang sebenarnya dan tidak mungkin akan dipertahankan oleh Islam sebagai agama perdamaian.
Malah masyarakat bertamadun sering melihat kepada gerakan radikal Islam sebagai satu reaksi berputus asa yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Islam kerana tekanan penjajahan pemikiran, dan serangan fizikal yang dilakukan oleh masyarakat Barat sendiri teerhadap umat Islam yang lemeh dan terjajah. Oleh itu ketika membicarakan isu radikalisme Islam, maka perbicaraan itu juga haruslah berpusat kepada bentuk penjajahan baru Barat dan tekanan ekonomi, sosial serta pemikiran yang sering dilakukan oleh pihak penjajahan baru oleh Barat dan gerakan zionisme dunia terhadap umat dan negara Islam..
Hal ini sering dibangkitkan di dalam aktiviti IKIM, sama ada dalam persidangan peringkat nasional dan peringkat antarabangsa, dan hal ini juga mendap[at liputan meluas dalam penerbitan IKIM, malah kemudiannya melalui radio IKIM sendiri.
Ketika IKIM marayakan ulang tahun ke 20 ini, masanya mungkin telah tiba untuk IKIM menoleh ke belakang, ke saat2 kelahirannya, sehingga keperingkat permulaannya merangkak dan berlari, seterusnya bangun sebagai sebuah badan yang gagah dalam menghadapi ombak kehidupan yang serba mencabar dengan ledakan ICT dan proses globalisasi yang hebat ini.
Satu kajian semula di manakah kekuatan dan kelemahannya sebagai sebuah tangki pemikiran berorientasikan world view Islam, haruslah dilakukan dengan serius, supaya IKIM akan dapat melangkah dengan lebeh dinamik dan bertenaga lagi maju ke hadapan dalam mencapai matlamat penubuhannya.
Sementara itu saya mengucapkan syabas kepada pimpinan IKIM dan para petugasnya yang lama dan baru, dan tahniah kepada teman2 yang masih berkhidmat dengan IKIM sejak penubuhannya 20 tahun yang lalu. Mereka adalah pejuang yang tidak mengenal jemu dan lelah, dan tabah serta tekun menghadapi segala gelombang dan cabaran.
Comments
Post a Comment