DEBAT UNTUK SIAPA?

Yang saya faham daripada tema perdebatan diantara Ketua Menteri Pulau Pinang (LGE) dan President MCA (CSL) ialah mempersoalkan keberkasanan perjuangan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bagi kaum Cina.






Persoalan ini dibangkitkan ialah kerana BN adalah merupakan satu parti yang bersekutu di dalamnya sebilangan parti politik sebagai satu parti sahaja, sedangkan Pakatan Rakyat bukanlah merupakan parti yang satu.









Di dalam pilihan raya, semua parti komponan Pakatan Rakyat berdiri sebagai calon atas nama parti masing2, dengan simbol masing2 juga, sedangkan parti2 komponan BN memasuki pilihan raya atas nama BN, menggunakan simbol yang sama.




Mungkin inilah persoalan pokoknya yang hendak didebatkan oleh kedua2 pimpinan parti DAP dan MCA itu, iaitu untuk membahas sama ada BN atau PR yang lebeh baik sebagai platform perjuangan bagi kaum2 yang berbeza di negara ini., sama ada dalam organisasi seperti BN atau PR.



Tetapi pengisian debat ini ternyata bahawa kedua2 pendebat ini asyik salah menyalahkan parti2 lawan yang berdamping dengan mereka, iaitu DAP menyalahkan parti UMNO dan MCA menyalahkan parti PAS, dan masing2 menuduh bahawa parti Cina ini tidak berani menghadapi parti2 Melayu dan Islam dalam komponan masing2, iaitu MCA takut kepada UMNO dan DAP menjadi pak turut PAS.








Isu pokoknya yang sepatutnya ditekankan oleh CSL bahawa gabungan parti2 politik di dalam BN sepatutnya merupakan satu gabungan yang berdasarkan syura dan perjuangan bersama yang lebeh berkesan, kerana BN mempunyai majlis tertingginya sendiri yang terdiri daripada parti2 politik yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, serta sering membuat keputusan berdasarkan permuapakatan sesama anggota BN itu, sedangkan PR hanya mempunyai ikatan yang agak longgar, dan masing2 mempunyai dasar sendiri2 yang dierjuangkan atas nama parti secara individu, bukan atas nama satu parti seperti BN umpamanya.







Sungguh pun hal ini ditimbulkan juga di sana sini di dalam perdebatan itu, tetapi pada umumnya tidak difokuskan kepada organisasi BN dan PR serta persefahaman yang wujud di pihak tertinggi pimpinan PR itu sendiri, serta kelebihan yang didapati oleh parti2 komponan dalam pakatan masing2, sama ada BN atau PR, umpamanya parti2 politik dalam PR nampaknya masing2 cuba menegakkan falsafah dan dasar perjuangan dan agenda nya masing2, DAP dengan dasar perjuangannya, PAS dengan beberapa agenda politiknya yang sering dibantah oleh DAP, dan PKR cuba mengambil jalan selamat dan berhati2, sehingga ada kalanya pihak PKR terpaksa bercakap dalam nada dan isi yang berbeza2 dalam menghadapi parti2 komponan PR itu.


Akibat dari situasi inilah maka parti2 dalam PR sering berkonfrantasi di dalam media, dan hal inilah yang mungkin berlaku juga diantara komponan parti2 dalam BN, seperti yang dapat dicium baunya dari perdebatan ini.







Inilah isunya yang tidak ditekankan oleh kedua2 pendebat tersebut, sebaliknya kedua2 pendebat itu telah masing2 menonjolkan kelemahan parti Melayu dan parti Islam dari kedua2 belah pihak yang memberikan gambaran yang negatif kepada para pendengar, yang mungkin mengambil kesimpulan bahawa kedua2 parti Melayu dan Islam itu seolah2 tidak mempunyai persefahaman dengan parti2 komponan masing2 dalam perjuangan mereka, dan seolah2 parti Melayu dan Islam itulah yang mengongkong dan menekan parti Cina, sama ada dalam BN atau PR, sedangkan Perikatan yang ditaja oleh PM pertama Tunku Abdul Rahman dulu dan kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya BN ialah untuk membicarakan isu2 bersama dalam majlis mesyuarat parti sendiri, dan bersefahaman sesama sendiri tanpa berbicara di dalam media. Hal ini dilakukan ialah untuk mengelakkan diri daripada membicarakan isu2 perkauman dan agama secara terbuka yang boleh membawa kepada keadaan tegang dan gelisah yang tidak perlu wujud di dalam masyarakat. Maka hal inilah yang nampaknya berlaku sekarang ini.






Kedua2 parti Cina ini seolah2 berlumba2 melahirkan kelemahan dan gambaran yang negatif tentang UMNO dan PAS yang merugikan orang2 Cina di negara ini. Jadi kalau gambaran inilah yang dikemukakan mereka untuk orang awam, maka kita akan tahulah bagaimana persepsi orang Cina tetang parti Melayu dan Islam, terutamanya ketika satu ketika dalam perdebatan itu LGE menyatakan bahawa bekas Presiden MCA telah memberitahunya bahawa kalau dulu orang Cina dapat makan saki baki makanan orang UMNO, tetapi kini orang Cina hanya dapat makan sisa2 kulit roti orang UMNO itu sahaja. TPM sendiri pun, kata LGE, amat fanatik perkauman dengan mengatakan bahawa dia adalah orang Melayu dulu, kemudian barulah orang Malaysia. Malah dia bertanya apakah tindakan MCA terhadap suara orang Melayu tentang "ketuanan Melayu"? Semuanya ini merupakan pendedahan taksub politik yang agak menyimpang dari tujuan asal debat ini diadakan, tambahan pula CSL tidak cuba mempertahankan keritikan LGE tentang "tuduhanya" bahawa orang Melayu bersifat perkauman dan sombong, sedangkan hal ini sepatutnya telah diselesaikan terlebeh dahulu di dalam BN sendiri, maka dengan itu seolah2 isu2 yang ditimbulkan oleh LGE tentang rasa taksub dan perkauman parti Melayu dan orang Melayu sendiri adalah merupakan satu isu besar, sedangkan hal2 ini boleh diperdebatkan lagi, terutamanya berdasarkan Perlembagaan negara dan hakikat serta realiti ekonomi Cina dan Melayu yang amat ketara bahawa orang Cina amat jauh ke hadapan dibandingkan dengan orang Melayu, jadi kenapa pula orang Cina hanya dapat memakan sisa2 kulit roti saja sebagai sisa dan saki baki orang UMNO?






Bagaimana pun saya mohon maaf sekiranya catatan saya ini tidak tepat, maklumlah perdebatan telah dijalankan dalam bahasa yang tidak saya fahami, dan terjemahannya dalam bahasa Melayu pun saya kira hanya dibuat dalam 60 peratus sahaja dari kandungan yang sebenarnya. Debat yang boleh dijalankan dalam bahasa kaum ini pun sebenarnya telah menunjukkan satu sifat toleransi dan penerimaan majoriti rakyat negara ini yang amat ketara, maka kenapakah orang Melayu masih bersalah dalam menuntut hak mereka mengikut saluran2 yang wajar dan berdasarkan realiti budaya dan undang2 negara ini?




Namun begitu bagi saya perdebatan ini tidak seagong seperti yang diheboh2kan sebelum ini, tidaklah seperti perdebatan yang dilakukan di Amerika Syarikat diantara calon2 Presiden yang akan bertanding kelak.







Memang betullah agaknya seperti kata pendebat bahawa perdebatan ini menguntungkan rakyat semua, bukan mereka berdua, kerana perdebatan ini bukanlah debat antara pelajar2 sekolah yang akhirnya menentukan siapakah yang menang dan siapakah yang kalah.....Namun begitu saya nampak masyarakat Cina yang lebeh untung mendengar debat ini ...mendengar parti Melayu dan Islam yang telah di "telanjangkan" di depan awam itu....



Mungkin dalam hal ini debat boleh dijalankan seperti di Amerika Syarikat, iaitu diantara pimpinan komponan parti2 dalam kumpulan sendiri untuk berbincang tentang kekuatan dan kelemahan dalaman terlebeh dulu, sebelum diadakan perdebatan diantara dua parti yang berbeza ini, yang kemudiannya masing2 akan mencari sasaran keritikan mereka, dan kedua2nya mencari salah orang lain, bukan salah sendiri...lalu akhirnya yang disalahkan ialah orang Melayu dan Islam sendiri, walau di mana sekali pun mereka berada, iaitu sama ada di dalam BN atau PR. Oleh itu debat ini telah diadakan untuk siapa??

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....