DEBAT YANG LEBEH MENEBALKAN SEMANGAT PERKAUMAN

Pandangan peribadi saya, selain dari yang saya tuliskan semalam (seperti di bawah) Debat diantara Presiden MCA dan KM Pulau Pinang atas nama parti politik mereka, sebenarnya disamping beberapa kebaikan kepada penjelasan tentang dasar perjuangan parti masing2, namun pada saya kesan negatifnya lebeh banyak, terutamanya yang boleh menimbulkan semangat perkauman yang lebeh tebal, kerana fokusnya tertumpu kepada kaum Cina.

Masing2 pendebat akan menumpukan kepada untung ruginya masyarakat Cina dalam percaturan politik pada hari ini, terutamanya dalam BN yang digambarkan oleh pembangkang bahawa UMNO itulah yang mendominasikan BN, dan keputusan UMNO lah yang menentukan nasib kaum2 lain dalam komponan parti BN.

Banyak perkara yang ditimbulkan oleh wakil pembangkang umpamanya, yang hanya merupakan persepsi dusta saja, dan banyak perkara yang hanya merupakan teori dan pandangan peribadi yang tidak mempunyai fakta dan angka yang sebenarnya. Malah lebeh dari itu, debat ini hanya seperti memberikan platfom kepada pembangkang untuk mengutarakan kempen peribadi dan promosi partinya, terutamanya apabila menyedari bahawa apa2 yang dibicarakan oleh pembangkang hanyalah merupakan teori dan janji2 yang belum tentu dapat dilaksanakan sekiranya mereka mendapat kuasa, sebab pembangkang sentiasa boleh menjanjikan "gunung emas" sekali pun kepada orang awam, maka hal inilah yang digembar demburkan.

Hal ini amat merugikan UMNO, dan jika UMNO dipandang sebagai "master" kepada BN, maka keseluruhan BN akan ditentang. Sebaliknya jika di berikan persepsi bahawa DAP itu yang memperjuangkan hak kaum Cina, maka parti2 komponan lain dalam PR akan menumpang tuah untuk dipilih dalam pilihan raya.

Saya terfikir mungkin MIC telah menyedari akan kesimpulan ini, sebab itulah MIC tidak bercadang untuk mengadakan debat seperti ini walau pun dalam PR terdapat ahli2 kaum India, kerana perdebatan begini mungkin hanya akan memberikan keuntungan kepada parti lawan.

Oleh itu saya rasa amat wajar debat seperti ini dapat dibincangkan oleh semua parti politik dalam pakatan masing2 sama ada wajar diteruskan atau tidak, terutamanya dalam negara kita yang tentunya berlainan ideologi politik, budaya dan cara berfikir rakyat majoriti kita jika dibandingkan dengan negara Barat.


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....