HARI KEKASIH
ISU2 AGAMA SERING DIBINCANGKAN OLEH KALANGAN POLITIK SAHAJA NAMPAKNYA DI NEGARA KITA. HAL INI AMATLAH TIDAK WAJAR, KERANA ISU AGAMA ADALAH ISU RAKYAT SELURUHNYA. SAYA MAKSUDKAN ISU AGAMA DALAM KONTEKS HARI INI IALAH TENTANG "HARI KEKASIH" ATAU VALENTINE DAY YANG SABAN TAHUM DITIMBULKAN DENGAN FATWA DARI BERBAGAI2 KALANGAN UMAT ISLAM UMPAMANYA.
MEMANG PARTI POLITIK YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM SEHARUSNYA DAPAT MENGEMUKAKAN PANDANGANNYA TENTANG PERAYAAN INI DARI SEGI HUKUMNYA, TETAPI PIHAK ULAMAK ISLAM SELURUHNYA, TANPA MENGIRA IDEOLOGI KEFAHAMAN POLITIK MASING2, SEHARUSNYA DAPAT MENGAMBIL KATA PUTUS TENTANG PERSOALAN2 YANG TIMBUL DARI SUDUT AGAMA DALAM SAMBUTAN HARI KEKASIH INI.
BAGI SAYA PIHAK OTORITI AGAMA YANG RASMI SEPERTI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN YANG SEHARUSNYA MEMBINCANGKAN HAL INI DENGAN MENYELURUH UNTUK MENGELUARKAN FATWA TENTANG HUKUM MENYAMBUT HARI PERAYAAN INI DI LIHAT DARI SUDUT AKIDAH UMAT ISLAM, TERUTAMANYA APABILA HARI PERAYAAN INI TELAH MENJADI SATU BUDAYA IKUTAN RAKYAT MALAYSIA INI SENDIRI.
HAL INI SAYA SEBUTKAN KERANA MAJLIS FATWA TELAH PUN MEMBUAT FATWANYA SEBELUM INI, NAMUN MASYARAKAT ISLAM NAMPAKNYA TIDAK MENGINDAHKAN FATWA ITU, MUNGKIN KERANA MEREKA TIDAK MELIHAT HARI KEKASIH ITU SEBAGAI SATU HARI PERAYAAN AGAMA KRISTIAN YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN AKIDAH ORANG ISLAM YANG TURUT SAMA MERAYAKANNYA.
OLEH ITU FATWA RASMI DARI PEMERINTAH HARUSLAH SENTIASA DI SEBARKAN DALAM MASYARAKAT ISLAM, DAN PENERANGAN YANG JELAS JUGA HARUSLAH DIBERIKAN SATU PERSATU KEPADA UMAT ISLAM TENTANG BAGAIMANAKAH HARI VALENTIN ITU MERUPAKAN PERAYAAN YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN AKIDAH KRISTIAN, DAN MASIH MERUPAKAN HARI PERAYAAN AGAMA YANG TIDAK SEHARUSNYA DIRAYAKAN OLEH ORANG ISLAM.
ISU HUBUNGAN HARI KEKASIH INI DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG ISLAM, IAITU DENGAN MENGAMBIL KESEMPATAN PERAYAAN INI UNTUK MELAKUKAN PERBUATAN MUNGKAR ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG TIDAK BERKAHWIN, ADALAH ISU BERBEZA, SAMALAH JUGA DENGAN HARI2 LAIN YANG DIPENUHI OLEH ORANG ISLAM UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT. MAKSIAT SENTIASA DILAKUKAN PADA BILA2 MASA SAHAJA, DAN MELIHAT KEPADA PERAYAAN HARI KEKASIH INI YANG MENGGALAKKAN MAKSIAT DI KALANGAN ORANG ISLAM, KEMUDIAN MENGHUBUNGKANNYA DENGAN AKIDAH, ADALAH SATU ISU LAIN, YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN SECARA LANGSUNG DARI SEGI AKIDAH. DARI SUDUT INI MAKA KITA MEMANGLAH SEHARUSNYA MENGINGATKAN UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK MENYAMBUT HARI KEKASIH INI SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH ORANG2 YANG MENGAMBIL SEMPENA HARI INI UNTUK MELAKUKAN DOSA, IAITU DARI SUDUT MENUTUP PINTU MAKSIAT, DALAM KAEDAH FEQAH : SADDUZ-ZARAI'.
OLEH ITU SAMBUTAN HARI KEKASIH INI HENDAKLAH DILIHAT DARI DUA SUDUT. SATU SUDUT AKIDAH, DAN SATU LAGI IALAH DARI SUDUT MORAL. DARI SUDUT AKIDAH IALAH HUBUNGAN HARI PERAYAAN INI DENGAN AKIDAH KRISTIAN, DAN HENDAKLAH DIJELASKAN BAHAWA PERAYAAN INI BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK ATAU TIDAK. KEDUA HUBUNGAN PERAYAAN INI DENGAN PENGLIBATAN ORANG ISLAN DENGAN MAKSIAT, YANG DALAM HAL INI BANYAK LAGI KESEMPATAN LAIN YANG SERING DIGUNAKAN OLEH ORANG ISLAM UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT, TERMASUK HARI2 CUTI UMUM YANG LAIN DAN HARI2 PERAYAAN YANG LAIN JUGA.
ISU PENCEMARAN AKIDAH ADALAH ISU YANG AMAT BESAR, YANG MEMBAWA KEPADA SYIRIK, TERKELUAR DARI AGAMA. ISU MAKSIAT , IAITU ORANG ISLAM YANG MELAKUKAN MAKSIAT TIDAKLAH SEBERAT ISU SYIRIK, KERANA ORANG ISLAM YANG MELAKUKAN MAKSIAT MESTILAH BERTAUBAT DARI MELAKUKAN MAKSIAT ITU SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG 'ASI (PELAKU MAKSIAT, TETAPI TETAP MASIH BERIMAN KEPADA ALLAH DAN SEGALA AJARAN AGAMANYA).
DUA ISU YANG BERBEZA INI HENDAKLAH DI JELASKAN KEPADA UMUM DENGAN SEBAIK2NYA, SUPAYA HUKUM AGAMA ITU DAPAT DIFAHAMI SECARA MENYELURUH DAN MENDALAM OLEH MASYARAKAT, TERMASUK MASYARAKAT BUKAN ISLAM JUGA, SEHINGGA HUKUM ISLAM ITU TIDAKLAH MENJADI ISU POLITIK DIANTARA PIHAK2 YANG BERTENTANGAN DALAM KEFAHAMAN POLITIK KEPARTIAN MEREKA.
Comments
Post a Comment