JANGAN SALAH FAHAM

Tulisan dalam blog saya kelmarin yang telah dipetik oleh akhbar Sinar Harian 12 Februari 2012, iaitu mengenai keperluan pihak berkuasa tertinggi agama di negara kita mengeluarkan fatwa rasmi tentang kehadiran Perdana Menteri dalam perayaan Thaipusam, telah mendapat maklum balas yang banyak dari pembaca.


Maklum balas yang diberikan itu ialah kerana fatwa Mufti Perak tersebut merupakan tafsiran peribadi tentang Perdana Menteri yang dianggapnya telah "menggadaikan akidahnya" dan perbuatannya menghadiri perayaan Thaipusam itu telah membawa kepada syirik, sedangkan sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri telah beberapa kali menghadirkan diri di dalam rumah2 ibadat seperti gereja dan Tokong Budha di Kelantan , oleh itu ramai pula yang bertanya:apakah Tuan Guru Nik Aziz juga dengan itu telah "menggadaikan akidahnya" dengan tindakannya itu, dan apakah Mufti Perak juga telah mengeluarkan fatwa yang sama terhadap Tuan Guru Nik Aziz?


Banyak pembaca yang memberikan pandangan bahawa yang jelasnya kedua2 mereka iaitu PM dan MB Kelantan adalah merupakan ketua negara dan Negeri yang mempunyai rakyat kepelbagaian kaum dan agama, dan kehadiran mereka ke tempat2 tersebut merupakan kunjungan yang tidak mempunyai niat untuk beribadat, malah sebaliknya sebagai menunaikan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin. Maka atas dasar inilah kedua2 pemimpin, iaitu PM dan MB Kelantan menghadiri perayaan itu.


Jadi untuk menghapuskan kekeliruan ini, dan mendapatkan fatwa yang muktamad tentang hal inilah, maka telah saya cadangkan supaya pihak berkuasa agama yang tertinggi di negara kita segera merungkaikan segala persoalan yang timbul dari kenyataan Mufti Perak itu.




Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....