BAI'AH ATAU UNDANG-UNDANG?

Saya bukan bercakap dari sudut parti politik, atau sebagai ahli politik dari parti yang tertentu.
Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, yang saya fahami dari berita akhbar, bahawa calon2 pilihanraya parti tersebut haruslah melakukan ba'ah kepada Parti untuk setia dalam parti, atau mengikut yang saya faham, bahawa calon PAS yang berbai'ah itu apabila menang dalam pilihan raya, maka ia tidak boleh keluar dari partinya, kerana kalau dia keluar dari partinya maka dia akan di "laknat" (?) Allah dunia akhirat. Maaf jika saya salah faham tentang maksud ini.

Bagi saya oleh kerana parti politik itu bukannya "agama" seperti agama Islam, dan para pemimpinnya pula bukanlah "Nabi" atau "Rasul" utusan Allah, maka dari segi hukum agama menurut fahaman saya, "hukum" dan "fatwa" Presiden PAS ni mungkin tidak tepat dan tidak kena pada tempatnya.

Oleh itu saya merasa, bahawa adalah lebeh baik bagi parti politik yang tidak mahu ahlinya yang memenangi pilihan raya atas tiketnya, kemudian bertindak keluar parti  dan terus menjadi anggota Parlimen atau DUN bebas atau melompat ke parti lain, maka untuk mengatasi perkara ini,  parti ini haruslah berusaha menggubal undang2 sendiri yang diluluskan oleh pihak berkuasa, supaya sesiapa saja anggota parti yang telah dipilih menjadi wakilnya di dalam Parlimen atau DUN, sekiranya dia bertindak keluar dari partinya, maka secara otomatik dia gugur dari menjadi anggota Parlimen atau DUN, yang bererti bahawa pilihana raya baru hendaklah diadakan bagi menggantikan anggota tersebut..

Saya berpandaangan begini, kerana dengan penguatkuasaan undang2 dunia seperti ini, kes begini akan diputuskan oleh mahkamah dunia juga, dan maksud yang dikehendaki oleh Presiden PAS itu akan tercapai dengan cara ini, daripada mengharapkan calon itu merasa komited kepada partinya kerana ba'ah yang diambil itu.

Sebab itulah saya bertanya di atas, apakah Ba'ah itu yang harus dijalankan, atau mewujudkan undang2 dunia yang seharusnya dilakukan dalam hal ini, sungguh pun kedua2nya, pada pandangan saya, agar sukar untuk dilaksanakan, kerana dari satu sudut yang lain kita sering berbicara tentang "keadilan" dan "hak asasi manusia" yang seharusnya diberikan kepada setiap individu dalam negara yang mengamalkan demokrasi ini, sedangkan dalam hal ini kita pula seolah2 bertindak mengadakan undang2 yang menyekat kebebasan manusia.

Eloklah hal ini difikir2kan bersama dengan sebaik2nya...daripada mengeluarkan satu hukum agama yang boleh mendedahkan umat Islam kepada satu lagi konflik dan kerisis pemikiran, di samping krisis dan konflik yang telah terlalu banyak melanda umat Islam kita pada hari ini.........



Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....