"PENYAKIT" ARAB SPRING?

Akhbar2 menyiarkan dua berita tentang peristiwa yang saya cuba lebelkan dengan peristiwa yang berlaku di dunia Arab, yang kemudiannya diistilahkan sebagai "Arab spring".

Dua peristiwa itu berlaku di negara kita:
1. Berlaku di Kota Kinabalu ketika seorang Arab mengamuk dengan menjerit2 dan cuba melakukan kekerasan ke atas beberapa orang, termasuk wanita. Dramanya bermula ketika seorang pelancong Kanada mencium pipi teman wanitanya yang menyebabkan lelaki Arab ini memekik dan menjerit marah, dan ketika seorang wanita pekerja tempat peranginan itu masuk campur, maka lelekai Arab ini bertambah marah dan garang, hampir mencetuskan kekacauan yang besar. Bagaimana pun dia kemudiannya bergegas meninggalkan tempat itu.
2. Peristiwa kedua berlaku di sebuah Mahkamah Rayuan ketika seorang bekas imam masjid bertindak membaling kasutnya kepada tiga orang Hakim yang membicarakan rayuannya. Derama ini bermula dengan peristiwa membaling kasut, satu demi satu, kemudian mengikut kenyataan imam itu sendiri, dia membuka kain ihramnya dan menghamparkannya lalu dia menunaikan sembahyang sunat sebelum dia diiring keluar mahkamah oleh pengawal keselamatan.

Peristiwa pertama mempamerkan seorang pelancong Arab yang telah mengambil tindakan itu sebagai seorang Islam yang amat peka dengan perbuatan munkar, iaitu ketika seorang lelaki mencium teman wanitanya di pipi, walau pun lelaki itu bukan seorang Islam. Hal ini dapat disimpulkan begitu kerana ketika pekeja wanita itu cuba menenangkannya, dia menjawab dan memekik bahawa wanita itu juga seharusnya merasa marah terhadap perbuatan itu kerana dia juga (wanita itu) seorang Islam !

Derama melemparkan kasut (mungkin selepar) yang dilakukan oleh bekas Imam itu mungkin merupakan jangkitan virus penyakit Arab di Baghdad satu ketika dulu ketika President Bush dan kenamaan lain sedang berada dalam satu sidang akhbar (?) ketika seorang wartawan bertindak membuka kasutnya satu demi satu dan membalingkannya kepada Presiden Bush! Dia kemudiannya ditahan dan mungkin telah dihukum berat oleh pihak berkuasa Baghdad.

Dalam kedua-dua peristiwa itu, elemen Arab nampaknya telah meresap masuk ke dalam negara kita, dan sekiranya hal ini menunjukkan cara melepaskan kemarahan dan kehampaan yang dilakukan oleh orang Arab, maka banyak lagi pernyataan kemarahan dan kehampaan ini yang dilakukan dengan lebih serius lagi dalam kebangkitan Arab sekarang, yang dinamakan Arab Spring itu, yang menyebabkan kematian, keganasan dan seribu satu lagi peristiwa pertumpahan darah yang amat banyak sekali menyebabkan penderitaan dan trauma masyarakat Arab dan famili serta rakyat jelatanya.

Saya fikir, penyakit ini yang diilhamkan oleh revolosi Arab yang dilakukan secara membuta tuli, mengikut perasaan dan emosi, tanpa pertimbangan akal dan hikmah, lebeh banyak membawa kepada keruntuhan moral dan kejatuhan maruah umat Islam sendiri, kerana dalam ajaran Islam, terdapat benyak sekali pengajaran yang lebeh menekankan kepada akhlak yang baik dan hikmah yang tinggi dalam gerak geri dan tindakan kita, termasuk dalam berdakwah kepada agama.
 Dalam Al-Quran terdapat ayat2 yang menjelaskan bahawa Rasul2 itu diutuskan Allah SWT dan diajar Al-Kitab dan Al-Hikmah, iaitu diberikan ilmu dari kita2 suci dan hikmah, iaitu nilai akhlak dan kebijaksanaan yang baik untuk menjalankan misi mereka dengan baik dan berkesan.

Sama2lah kita fikirkan, agar kita dapat membezakan apakah yang perlu kita ambil dan contohi dari  rebolosi Arab Spring itu....Apakah yang baik untuk kita contohi dan apakah perkara yang seharusnya kita jauhi, bukan meniru buta sahaja.......

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....