Kenapakah Harus Memburuk2kan Negara?
Banyak isu kontraversi yang disiarkan media, terutamanya media alternatif, yang menunjukkan bahawa negara Malaysia dan rakyatnya berada dalam kerisis yang besar. Sungguh pun keadaan yang sebenarnya dalam negara kita tidak menggambarkan kerisis atau pergolakan yang besar, namun media nampaknya telah berjaya menggembar gemburkan persepsi umum bahawa negara dan rakyat kita sedang berada dalam kancah pergolakan politik, ekonomi, diplomatik, dan lain2 lagi yang amat hebat.
Umpamanya isu penghantaran balik bloger Saudi, Hamza Kashgari, oleh pemerintah Malaysia kerana pihak Saudi meminta Kerajaan kita berbuat demikian, telah digambarkan sebagai satu kesalahan besar yang dilakukan oleh negara ini, malah terdapat portal berita internet di negara kita yang memetik keritikan Washington Post kepada Kerajaan Malaysia bahawa Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dasar "champion of double talk".
Bagi orang yang tidak memahami dasar negara kita dan hubungannya dengan negara Saudi Arabia dari segi perhubungan dua hala dalam politik, perniagaan, agama dan sebagainya, maka tindakan Kerajaan Malaysia menghantar pulang bloger tersebut itu mungkin dipandang sebagai satu kesalahan dari segi hak asasi manusia, kerana bagi mereka, penghantaran pulang seorang manusia ke negara asalnya yang terkenal dengan hukuman berat bagi kesalahan yang dilakukannya dalam menyentuh kesucian agama Islam, dipandang sebagai satu tindakan Kerajaan kita yang tidak wajar.
Sedangkan, dalam hal ini, mereka mungkin tidak melihatnya dari segi moral dan hubungan diplomatik, malah mereka mungkin tidak memahami isu yang sebenarnya bahawa Malaysia mempunyai banyak kepentingan dengan Saudi, terutamanya dalam melicinkan urusan jemaah haji yang menunaikan haji ke tanah suci di sana saban tahun, dan umat Islam negara kita yang menunaikan umrahnya ke sana, juga perhubungan dua hala dalam perdagangan dan ekonomi, menganggotai OIC, dan mempunyai hubungan lain yang amat akrab sekali.
Amerika Syarikat sendiri mempunyai dasar tertentu yang amat mesra dan lunak dengan Saudi Arabia dari segi kepentingan kekayaan saudi dalam minyak petrolnya, dan kepentingannya menjaga hati Saudi dalam dasar AS di Timur Tengah, terutamanya dalam menjaga kepentingan Israel, yang disokong AS, di tengah2 dunia Arab itu, kerana Saudi merupakan sebuah negara kaya dan berpengaruh ke atas negara2 Arab lainnya.
Apakah suara media AS yang terpencil itu amat penting bagi kita di sini sehingga perlu dibesar2kan suara sumbang itu untuk mengkeritik dasar negara kita dalam hal ini?
Maka dalam hal inilah saya melihat bahawa terlalu banyak sekali isu yang kecil tetapi telah dibesar2kan oleh media dalam usahanya mempolitikkan segala2nya bagi memburuk2kan apa2 saja yang dilakukan oleh negara kita.
Saya merasakan bahawa membangkitkan isu2 politik yang benar2 merosakkan negara memanglah boleh dilakukan, tetapi isu2 politik yang hanya digunakan untuk kepentingan golongan dan ideologi politik beersifat partisan haruslah dielakkan, kerana kita seharusnya tahu membezakan antara isu2 yng benar2 merupakan isu politik, dan isu2 yang merupakan kepentingan negara sebagai sebuah Kerajaan yang berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira parti politik dan ideologi politik kepartian.
Tujuan kita sepatutnya bukanlah untuk merosakkan negara secara keseluruhan dan menggadaikan maruah dan nama baik negara dan rakyat umumnya yang tidak mempunyai hubungan dengan politik kepartian. Atau dengan kata2 lain yang lebeh mudah, oleh kerana BN yang memerintah Kerajaan pusat, maka kita tidak haruslah atas dasar untuk menjatuhkan BN maka kita harus berusaha bermati-matian berusaha untuk menjatuhkan negara kita dan memburuk2kannya di seluruh dunia bagi mencari kepentingan politik kepartian, kerana Kerajaan adalah berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, ideologi politik dan sebagainya.
Oleh itu dalam hal ini keritikan terhadap negara dan Kerajaan hendaklah dilakukan secara berhemah dan berhikmah, supaya tujuan kita untuk menjatuhkan parti pemerintah tidak bertukar menjadi tujuan untuk merosakkan nama baik negara sebagai negara Malaysia, dan merosakkan semua dasar negara yang memberi keuntungan kepada semua warga negara.
Oleh itu perbuatan memburuk2kan negara dalam isu yang saya sebutkan di atas umpamanya tidak menguntungkan negara kita dari segi hubungan dua hala dengan negara Saudi, walau pun dari satu segi akan terdapat suara2 yang menentang atas dasar dan nama hak kebebasan manusia, yang sebenarnya tidak merupakan isu yang sebenarnya jika dibanadingkan dengan isu yang lebeh besar iaitu dasar perhubungan baik dengan negara lain.
My comments:
ReplyDelete1. Ramai teman-teman saya samaada dari rakyat Saudi ataupun rakyat dari negara luar yang beragama Islam menyampaikan mesej terima kasih & bersyukur kerana kerajaan Malaysia (kementerian dalam Negeri) bertindak tegas dengan segera menghantar pulang warga Saudi yang lari dari negeri nya, kerana takut menghadapi tuduhan di Mahkamah atas kesalahan menghina Rasullullah s a w. Issue ini menjadi topic yang hangat diperkatakan, termasuk dalam beberapa Khutbah Jumaat di Arab Saudi.
2. Selama 6 tahun saya berada di Arab Saudi, saya jarang-jarang sekali mendengar hukuman pancung di laksanakan. Cuma sekali sahaja saya dapat saksikan hukuman Qisas dijalankan di khalayak ramai.
3. Walaupun ada kesalahan-kesalahan jenayah sehingga peringkat hukuman mati, namun statistic jenayah di negara lain khususnya di negara barat yg pro "hak asasi manusia" adalah jauh lebih besar. 1 hari (24jam) jumlah jenayah yang berat (seperti pembunuhan, rompakan, kecurian, rogol, penderaan) yang berlaku di New York City sahaja sudah melebihi lebih dari 10 tahun jumlah jenayah di seluruh Arab Saudi, menurut satu lapuran kajian yang diberitahu kepada saya oleh seorang rakyat Saudi.
4. Alhamdullillah setakat ini, saya berasa amat selamat berada di Arab Saudi, tak pernah pun terjebak dgn "terrorist" atau dengar "bom". Gambaran negatif yang di hebohkan oleh golongan Pro"hak assasi manusia" berkenaan undang-undang disini yang tidak adil adalah tidak tepat sama sekali & kemungkinan berniat jahat untuk menjatuhkan imej sebuah negara Islam yang mengamalkan hukum Shariah Islamiah.
Salam,
Ahmad Firdaus Ismail,
Riyadh KSA.
Terimakasih Saudara Firdaus yang menulis dari Saudi. Saya berharap pengalaman ini memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada saudara2 kita tentang isu yang dibangkitkan secara negatif oleh pihak2 yang tertentu tentang tindakan Kerajaan kita segera menghantar rakyat Saudi itu kenegaranya. Kita bukan negara yang akan melindungi rakyat asing yang melakukan kesalahan di bawah undang2 negaranya. Harap kita dapat bertemu bila saudara balik Malaysia.
DeleteWassalam kepada saudara dan kawan2 kita sana.