DARAH SAMA MERAH
Kita harus bersimpati dengan pembunuhan ke atas orang2 yang tidak berdosa di mana saja perbuatan ini berlaku. Oleh itu kita haruslah mengutuk pembunuhan itu, termasuk yang berlaku di Toulouse, Perancis dua tiga hari yang lalu, ketika seorang pembunuh telah membunuh seorang "rabbi" dan tiga orang kanak2 Yahudi, di samping beberapa orang pengawal keselamatan Perancis, seperti yang dilaporkan di dalam media.
Hal ini telah lama dibicarakan di dalam dunia antarabangsa, iaitu pembunuhan ke atas orang2 yang tidak secara langsung terlibat dengan perbuatan jenayah atau sebab2 lain yang boleh dijustifikasikan untuk dibunuh, adalah satu perbuatan jenayah yang seharusnya dibenteras dan pembunuhnya dihukum menurut keadilan undang2. Undang2 ini tentulah seharusnya berlaku kepada semua jenis dan golongan manusia di empat penjuru alam ini tanpa sebarang diskriminasi.
Oleh itu, berdasarkan hal ini, maka kita juga seharusnya mengutuk dan membawa ke muka pengadilan orang2 yang melakukan pembunuhan kejam ke atas orang2 yang tidak berdosa di Palestin, seperti yang dilakukan oleh tentera regim Yahudi selama ini, yang dengan sewenang2nya membunuh orang awam, termasuk kanak2, dalam jumalah yang begitu banyak, bukan dua tiga orang sahaja.
Tetapi sayangnya masyarakat antarabangsa, sering memejamkan mata dan mengabaikan perbuatan kejam yang berlaku ke atas orang2 yang tidak berdosa di Palestin, namun berteriak dan bertempik dengan sekuat2 suara ketika berlaku pembunuhan di Perancis itu.
Lihatlah protes dan perkabungan yang ditunjukkan terhadap pembunuhan tersebut di media cetak dan media letronik, bagaimana kutukan, simpati dunia, demonstrasi dan berbagai2 cara yang dilakukan untuk menunjukkan perasaan sedih dan marah yang telah kita lihat, seolah2 dunia ini telah sampai ke penghujungnya.
Disamping itu lihatlah apakah reaksi masyarakat antarabangsa terhadap pembunuhan yang berlaku di Gaza dan Palestin, ketika keranda kecil dan besar, berjumalh puluhan, mungkin ratusan dan ribuan selama ini yang di usong dan dikebumikan, namun tidak sama reaksinya seperti yang ditunjukkan ketika berlaku pembunuhan di Perancis itu.
Darah kanak2 Yahudi dan Arab adalah sama warnanya, iaitu merah, nyawa mereka adalah sama mahalnya, kulit tulang belulang mereka adalah sama, kerana mereka semua adalah manusia, tetapi kenapakah dunia harus melakukan diskriminasi dalam hal ini? Kenapakah apabila kanak2 Yahudi di bunuh dengan kejam, maka kutukan dan kecaman memuncak dengan amat tinggi sekali, sedangkan ketika kanak2 Arab terbunuh dan di bunuh dengan kejamnya, dunia hanya berdiam diri seolah2 tidak ada sesuatu yang berlaku, bukankah nyawa Yahudi dan Arab itu sama saja, iaitu kurniaan Tuhan untuk manusia meneruskan hidupnya di dunia ini?
Inilah sikap "double standard" dalam dunia yang penuh kekejaman dan keganasan ini. Hal ini sebenarnya telah cuba digambarkan oleh P. Ramlee, seniman kreatif kita yang telah mendahulu zamannya, iaitu ketika arwah menggambarkan melalui sebuah filemnya tentang darjat orang bangsawan dan orang biasa dalam masyarakat Melayu sendiri, iaitu ketika berlaku pergaduhan diantara watak golongan bangsawan dan golongan marhain dalam masyarakat, maka ketika golongan bangsawan ini mengalami kecederaan, dan darahnya mengalir keluar, maka dia yang melakunkan watak rakyat biasa, mengatakan kepada lawannya dari golongan bangsawan itu kira2 begini "Sekarang lihatlah kepada darah yang mengalir ini, bukankah darah tuan hamba berwarna merah, sama juga dengan warna darah hamba? Jadi apakah bezanya kedudukan tuan hamba dan hamba?..."
Oleh itu perbuatan membangkitkan emosi dan sentimen yang begitu memuncak ketika berlaku pembunuhan ke atas segolonag manusia, seperti yang berlaku di Perancis itu dan ke atas bangsa yang dimaksudkan, sedangkan tidak ada sebarang emosi dan kutukan yang dikeluarkan ketika berlaku pembunuhan ke atas orang Arab dan golonagan lainya dari kalangan yang tertentu, maka sikap dan tindakan ini tidaklah merupakan sikap kemanusiaan yang bertamadun dan berperadaban, yang seharusnya di tunjuk dan diamalkan oleh seluruh gongan masyarakat manusia di alaf ketiga dan abad ke 21 ini.
Manusia semua haruslah bangun menentang kezaliman dan keganasan di mana2 saja, dan di dalam masyarakat serta negeri mana sekali pun, kerana kita tentulah tidak dapat mempertahankan perbuatan sesiapa pun yang kejam dan ganas sesama manusia ini. Kalau kita tidak seharusnya mempertahankan perbuatan kejam terhadap anak2 Yahudi di Perancis itu, maka kita juga seharusnya tidak dapat mempertahankan perbuatan kejam dan ganas oleh regim Israel terhadap kanak2 dan orang awam Palestin. Manusia semua adalah anggota keluarga besar yang sama kedudukannya, tidak ada tinggi rendahnya, punya persamaan darah dan air mata, esak tangis yang berlaku di Perancis itu adalah sama dengan esak tangis yang setiap hari berlaku di Palestin, keran air mata manusia adalah sama saja.
Comments
Post a Comment