NOSTALGIA KOLEJ ISLAM MALAYA :
Akhirnya, seperti yang mungkin telah diketahui umum melalui media negara kita, terutamanya media cetak
seperti rencana dalam The New Sunday Times minggu ini 11 Mac, 2012, Kolej Islam Malaya (KIM) yang terhenti proses peningkatannya ke tahap sebuah institusi pengajian tinggi telah menampakkan cahaya untuk dijelmakan ke persada tanah air kita sebagai sebuah Universiti yang dikenali sebagai Universiti Islam Malaysia (UIM).
Bagaimana pun, kelahiran UIM ini hanya akan menjadi kenyataan apa bila penubuhan UIM ini diluluskan oleh pihak Kerajaan, yang amat kita harapkan supaya prosesnya akan segera direslisasikan insya'Allah. Namun, seperti yang telah diumumkan, penubuhan UIM, satu hakikat penting ke arah penubuhan Universiti ini ialah, usaha ini pada dasarnya, telah mendapat restu DYMM Raja-Raja kita, sejajar dengan kedudukan Baginda-Baginda sekelian sebagai ketua agama di negara kita ini.
Menyebut Kolej Islam Malaya, banyak kenangan lama yang terbayang di dalam kepala saya sebagai seorang pelajar KIM tahun2 enam puluhan. Dalam sebuah institusi pelajaran dan pengajian, saya rasa satu kenangan yang abadi bagi pelajarnya ialah penjelmaan semula pengalaman sosialnya ketika bergaul dengan rakan darjah dan sekolah atau kolej itu, kerana rakan2 itu amatlah sebati dengan jiwa raga seorang pelajar, mulai dari perkenalan di dalam darjah dan kolej pada hari pertama, membawa kepada perkongsian pengalaman, suka duka, senang susah dalam komunitinya beberapa tahun mereka tinggal bersama dalam masyarakat kecil itu.
Kawan2 seangkatan saya, banyak juga yang tidak saya temui selepas sekian lama berpisah, masing2 pulang ke kampung halaman atau berhijrah ke tempat kerja masing2 tanpa dapat berhubungan lagi, terutamanya ketika alat komunikasi pada zaman lampau, tidaklah secanggih komunikasi sekarang.
Saya hanya sekali sekala mendengar berita kawan2 lama, terutamanya ketika membaca berita gembira tentang kejayaan mereka di dalam kerjaya masing2, atau kenaikan pangkat, kurniaan bintang dan tokoh tertentu yang sering juga dikurniakan kepada teman2 lama saya lulusan KIM itu. Malah kadang2 merasa amat sedih, apabila berita yang diterima tentang kawan2 lama itu berita sediah tentang kepergian mereka menyahut panggilan Allah Azza Wajalla.
Lulusan KIM dari negara Brunei Darussalam, amat menonjol dalam masyarakat negara itu, iaitu yang memegang terju agama dalam Kerajaan Brunei, seperti Menteri Agama, Timbalan Menteri, Ketua Hakim Syar'e dan sebagainya, malah dalam perkhidmatan awam, juga dalam bidang diplomatik seperti mewakili negara dalam bidang diplomasi dengan menjawat jawatan Duta.
Di Sarawak sekurang2nya beberapa orang bekas teman KIM yang meenjawat jawatan Mufti negeri tersebut, dan sekurang2nya dua orang bekas Mufti negeri tersebut telah pun pergi menemui Allah SWT.
Di Semenanjung juga terdapat teman2 se Kolej yang pernah menonjol dalam arena politik negara dengan menjawat jawatan Menteri dan jawatan lain juga. Para ulamak dan pemikir yang menonjol dalam kepelbagaian bidang pembangunan negara kita, termasuk bidang pendidikan adalah juga lahir dengan membawa panji2 KIM.
Inilah kenangan pertama yang saya rasakan ketika menjelangnya saat2 penubuhan UIM yang kini berada di ufuk langit dan sedang menanti penjelmaannya yang hakiki, yang bakal lahir dalam cahaya mata hari yang terang menjadi kenyataan impian masyarakat, khususnya masyarakat lepasan KIM selama ini, untuk melihat kelahiran UIM setelah puluhan tahun impian ini dipendamkan, iaitu sejak tahun 1970, lebih empat dekad yang lalu.
Impian kelahiran UIM sekurang2nya dapat dijelmakan dalam masa yang terdekat ini, sementara saki baki lulusan KIM yang hanya tinggal segelintir saja ini masih dapat melihat dan menekmatinya, kerana menjelang tahun ini, telah banyak para lulusan KIM yang telah pergi selama2nya, masing2 mungkin telah membawa hasrat dan impian ini bersama2 ruh mereka yang tidak pernah direalisasikannya.
Banyak kenangan lama yang menjadi nostalgia masam manis alumani KIM yang perlu dicatatkan, dan saya merasakan bahawa kenangan ini boleh dinukilkan lagi dalam catatan saya dari masa ke semasa dalam ruangan saya ini.
Namun satu hakikat yang nyata bahawa usaha ketua2 agama negara kita, DYMM Raja2, sebagai ketua agama, yang dijelmakan dalam tahun2 lima puluhan lagi dengan tertubuhnya Kolej Islam Malaya di Istana Di Raja yang terletak di Kg. Jawa Klang, Selangor, tidak hanya terkubur tanpa kesan, kerana kini DYMM Raja2 kita itu juga melalui generasi baru Baginda, bangun untuk menghidupkan semula usaha murni itu dengan tertubuhnya UIM di permukaan bumi negara kita, yang menjunjung dan memartabatkan Institusi Raja berperlembagaan dalam mendaulatkan misi agama kita yang suci.
Misi KIM yang mempunyai sistem pendidikan yang mampu melahirkan para pemikir yang berkualiti dan peneraju serta daya kepemimpinan yang dinamik dalam bidang pembangunan agama Islam sebagai asas pembangunan insan keseluruhannya, diharapkan akan dapat dijelmakan dengan cara yang lebih moden dan global lagi ketika ditubuhkan UIM kelak, iaitu misi memahami dan merialisasikan pendidikan yang berteraskan konsep Tasawwur Islami atau Islamic World-view dalam sistem pendidikan tinggi ini.

Comments
Post a Comment