PENGIKTIRAFAN UNTUK KIM

 Kolej Islam Malaya (KIM) sejak ditubuhkan pada tahun 1955, sehingga berakhir hayatnya pada tahun 1970, sistem pengajiannya merupakan sistem umum, tidak seperti kebanyakan  institusi pengajian tinggi Islam lain, yang dari peringkat awalnya lagi telah memulakan pendidikan Islamnya dengan jurusan tertentu seperti Syari,ah, Usuluddin dan Bahasa Arab.

Para pelajar KIM mempelajari segala subjek agama, syariah, usuluddin dan falsafah, bahasa Arab, bahasa Inggeris, pengetahuan am, sains, bahasa Melayu, malah pendidikan, dan mengikuti kursus perguruan dengan latihan mengajarnya untuk mendapatkan diploma, yang melayakkan mereka menjadi guru yang terlatih.

Tanpa jurusan dalam disiplin ilmu keislaman yang tertentu, para pelajar telah dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat yang mencukupi dari segi asasnya tentang syariah, ilmu kalam, falsafah akhlak, logik, hadith, tafsir, sejarah dan disiplin umum, yang melengkapkan mereka untuk keluar ke tengah2 masyarakat sebagai lulusan yang mempunyai kualiti kepimpinan dan pemikiran yang baik.

Hasil dari sistem pengajian yang unik ini, para lepasan KIM telah diterima masuk ke Al-Azhar Universiti terus ke program Pasca Siswazah untuk meneruskan pengajiannya bagi mendapatkan ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dalam ketiga2 fakultinya, Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.. Selain dari Al-Azhar, Universiti London juga menerima lulusan KIM untuk menyambung pelajarannya terus ke peringkat Diploma Pasca Siswazah (Post Graduate) seterusnya mengambil Sarjana dalam Pengajian Islam dan Perbandingan Undang2. Hal ini berlaku kerana Sijil Tinggi KIM telah diiktiraf sama tarafnya dengan ijazah Sarjana Muda Univeresiti2 teersebut, satu pencapaian yang memahat sejarah bagi pendidikan Islam di Malaya (ketika itu).

Bagaimana pun segala keistimewaan ini telah berakhir dengan terhentinya usia KIM pada tahun 1970, dan KIM diserapkan kedalam UKM sebagai Fakulti Pengajian Islam, lalu sistem pengajian nya turut mengalami perubahan, mengambil sistem tradisional pengajian Islam dengan Jabatan Syariah, Usuluddin, Pengajian Arab dan Tamadun Islam, dan kemujdiannya terbahagi kepada beberapa Jabatan lainnya: Dakwah dan Kepimpinan, Al-Quran dan Al-Sunnah, berlarutan sehingga kini.........

UIM diharapkan akan menyambung legasi KIM dengan penawaran kursus intra dan inter disiplin dalam program pasca siswazahnya, berteraskan pandangan sejagat Islam, yang diistilahkan sebagai Islamic world-view , atau attasawwur al Islami dalam pengertiannya yang konprehensif.

Jangka masa sejak berlalunya tarikh penubuhan KIM pada tahun 1955, sebelum lagi Malaysia mencapat kemerdekaannya, dan tarikh tamat hayatnya pada tahun 1970, memang agak lama, puluhan tahun, yang kalau diibaratkan sebagai seorang manusia, maka usianya telah menjejaki usia warga emas, kadangkala uzur dan lemah. Lepasannya hanya tinggal beberapa kerat saja lagi, berselerak di Malaysia, Brunei, Singapura dan mungkin ada saki bakinya juga di Thailand.

Namun begitu kita mulai dapat melihat harapan yang baru, bahawa cahaya kemunculannya semula kelihatan sedang bersinar2 di ufuk langit seperti kelahiran fajar ketika waktu subuh, cahaya itu masih lemah, tetapi kelihatan semakin menyala, maka kita berdoa semoga kerlipan cahaya itu akan terus membesar dan bersinar dengan terang benderang, menjelang syuruk matahari yang bakal menerangi semula alam ini selepas kegelapannya.

Itulah yang kita harap2kan dari kelahiran UIM yang sedang kita nanti2kan hari kelahirannya...hari keputraannya......waktunya semakin hampir, semakin dekat...,insya'Allah...(Sesungguhnya waktu subuh itu telah hampir _Al-Quran).....

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....