KITA SEMUA IALAH GURU ! DAN KITA SEMUA JUGA MURID !
Pendidikan amat luas skop dan bidangnya, Pertama ialah pendidikan formal di sekolah dan institusi pendidikan rasmi, tadika, sekolah rendah, menengah dan seterusnya Kolej dan Universiti. Kedua ialah pendidikan tidak formal, terutamanya institusi keluarga di rumah, institusi sosial dalam masyarakat, di pasar, padang bola, perkumpulan, persatuan dan sebagainya.
Pendidikan formal tentulah ada guru, peperiksaan, ijazah dan sebagainya, tetapi pendidikan tidak formal tidak ada ujian, guru atas sifat guru sepenuh masa, tetapi gurunya dalam masyarakat yang mungkin meerupakan teman baiknya, orang2 yang lalu lalang dan sembang2 di kedai kopi, atau tingkah laku dan kelakuan mereka, termasuk tingkah laku dan percakapan penjaga kereta, penjual goreng pisang, dan yang paling berkesan sekali ialah selebreti, ahli politik, ketua2 masyarakat yang berpengaruh.
Pendidikan Islam ialah pendidikan keagamaan yang di dapati secara formal dan tidak formal, iaitu mempelejari Islam secara formal di sekolah dan universiti, atau mempelajari Islam dari masyarakat dan anggota2nya, dari kelakuan pemandu bas dan lori, penarik beca, kelakuan pak imam dan bilal, ustaz, atau ahli koporat, dan juga dari pentas konsert, majlis kempen politik, atau kelakuan dan cara bertindak, berpakaian serta lainnya yang dilakukan oleh penyanyi, pelakon dan selebreti umumnya.
Pendidikan Islam bioleh didapati secara formal dan tidak formal, Secara formal tentulah dari sekolah berbagai peringkat, kolej dan universiti, termasuk kulliah2 tetap di masjid dan surau atau di tempat2 lain yang dianjurkan secara tetap dan berperaturan.
Pendidikan Islam tidak formal lebeh luas skopnya kerana didapati juga dari model2 yang tertentu, ibu bapa, guru sekolah, ketua2 masyarakat, selebreti dan ahli politik yang berkempen atau menulis dan bersembang di sana sini.
Pada masa kini Pendidikan Islam secara formal banyak menawarkan pendidikan dan pelajaran asas agama, ibadat, mua'malat, Al-Quran dan Hadis, nikah kawin, bersuci dan sebagainya. Dan secara umumnya pendidikan ini lebeh berorientasikan peperiksaan, kerana pelajar2 perlu menduduki peperiksaan dan lulus, lebeh tinggi markah agamanya maka lebeh berbangga ibu bapanya, malah akan dianggap bahawa pelajar yang mendapat markah yang tinggi ini adalah "lebih" beragama walau pun tidak banyak yang mempelajari agama secara formal ini yang dapat berfikir tentang hikmah dan moral ajaran agama, semangat dan pemikiran yang dianjurkan oleh Al-Quran dan sirah serta pengucapan Rasulullah SAW, kerana guru agama mungkin tidak menghubungkan pelajaran agama dengan konsep dan falsafah pemikiran serta hikmah pendidikamn agama ini. Oleh itu pelajaran agama hanya untuk peperiksaan, bukan untuk mengeluarkan para pemikir dan insan2 yang mempunyai hikmah atau wisdom, yang berakhlak dan bermoral tinggi, yang ihsan dan takutkan Allah dalam erti kata yang sebenar2nya.
Pendidikan tidak formal dalam aspek keagamaan ini pula lebeh banyak gelanggangnya dan lebih banyak mempengaruhi anak2 muda tentang apakah itu agama, apakah itu ajaran agama yang seharusnya difahami, malah mereka sering mengambil kesimpulan sendiri tanpa panduan dari kelakuan dan percakapan seseorang itu tentang pengertian agamanya.
Kadang2 mereka tertarik kepada individu yang tertentu, yang membawa imej lahir sebagai orang beragama, alim dan warak, maka kelakuan dan perbuatan serta pengucapan orang inilah yang ditiru dalam menghayati kehidupan beragamanya, malah orang mempelajari agama juga dari para penjual ubat ditepi jalan yang membawa amalan jampi serapah dan ubat2 yang dikatakan ubat dan rawatan Islam, dan kadang2 orang mempelajari agama dari pentas2 politik, terutamanya ketika berkempen dan berceramah agama, tetapi membawa pengisian politik partisan, penuh dengan maki hamun, cerca mencerca, fitnah dan sebagainya, namun ceramah itu di bawa atas nama agama, dan mesej srta kefahaman itulah yang diambil sebagai pelajaran dan konsep agama..
Inilah secara kasarnya, tanpa banyak penyelidikan yang dibuat, bagaimana ajaran agama itu dikutip, terutamanya oleh orang awam yang tidak mempunyai asas yang kuat tentang kefahaman Islam, teristimewanya oleh generasi muda yang sedang mencari2 ajaran agama yang dapat memenuhi kekosongan jiwa dan mindanya.
Kalau dia mempelajari agama secara yang tidak formal dan tidak bersifat ajaran agama yang sistematik dan betul, maka dia akan menjadi pak turut buta, yang akhirnya tidak membawa kepada pembangunan agama secara mantap dan betul, kalau pentas politik menjadi tempat dia mengambil ajaran agama, maka ia akan menjadi fanatik agama dan partisan sekali gus, kalau dia menjadikan selebrati sebagai guru agamanya, maka dia mungkin akan tersalah pilih dalam mengamalkan agamanya, kerana selebreti itu terdapat segelintirnya adalah Muslim dan Islam tetapi di sebenarnya bukan mengajar agama, namun kelakuan dan modelnya itu dianggap sebagai satu perkara lumrah yang boleh diamalkan dalam masyarakat, termasuk dari segi beragamanya.
Hal ini perlu difahami oleh para peneraju pendidikan dari semua peringkat, sama ada pendidik rasmi seperti guru2, atau pendidik tidak rasmi seperti indivvidu dan kelompok tertentu dalam masyarakat dan sosial, keluarga, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan sukan, malah oleh JK masjid dan surau sendiri.
Perkara yang seharusnya difahami ialah hakikat bahawa semua orang tidak kira latar belakang pendidikan atau tahap pemikiran dan ilmunya adalah merupakan "guru" dan "model" kepada masyarakat, terutamanya anak2 yang masih kecil, yang membesar, malah orang dewasa dan warga emas.
Sebab itulah Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap orang anggota masyarakat adalah diibaratkan sebagai pengembala, dan setiap pengembala itu adalah bertanggung jawab terhadap ternakannya, yang bermaksud bahawa setiap individu dan kumpulan masyarakat adalah merupakan pendidik dan model kepada orang lain, maka dia hendaklah menunjukan model yang baik kepada orang lain, iaitu dalam konteks agama dia juga lah yang mengajar orang lain tentang agama yang sebenarnya dan agama dalam bentuk yang universal dan global, termasuk nilai2 akhlak dan moral yang baik.
Dalam konteks politiking yang mendominasi masyarakat kita sekarang ini, maka nampaknya agama dan orang2 yang "lahir" sebagai orang2 agama, telah menjadi selebreti yang menjadi model dan ikutan masyarakat umum dalam menghayati agamanya, walau pun gambaran dan lahiriahnya tidak sedikit pun menggambarkan ajaran agama dan akhlak agama yang sebenarnya, tetapi orang lebeh melihat kepada bentuk lahir dari hakikat yang sebenarnya, maka ramai yang tertipu atau sekurang2nga terkeliru tentang pengertian agama dan penghayatannya itu, terutamanya di kalangan orang2 yang fanatik kepartian dan ideologi sempit politik kepartian itu, apa lagi ketika ulamak yang berwibawa sering juga terperangkap ke dalam perangkap politiking sempit ini, maka di manakah lagi agama itu aharus dipelajari dengan betul??
Beberapa hari yang lalu, saya menulis tentang seorang bekas Imam di negara kita yang mengambil contoh seorang Islam di Iraq sebagai gurunya, iaitu ketika orang di Iraq itu melemparkan kasutnya ke arah bekas President Bush satu ketika dulu, maka bekas Imam ini juga menirunya ketika bertindak membaling kasutnya ke arah tiga orang Hakim yang membicarakan kesnya di dalam Mahkamah.
Inilah contohnya yang menunjukkan bahawa kita ini semuanya adalah "guru", dan dalam masa yang sama kita juga semuanya adalah merupakan "murid", iaitu ketika kita meniru gaya dan contoh orang lain yang kita anggap sebagai guru kita!
Masalahnya ialah masalah "murid" atau "guru" ini yang sering mengikut secara membuta tuli tanpa dapat berfikir secara rasional berlandaskan akhlak dan nilai moral yang dijelaskan oleh Islam melalui kitab suci Al-Quran serta Sunnah Rasul-Nya yang amat unggul dan terang, sedangkan dalam masa yang sama kita mengaku bahawa kitalah Muslim yang terbaik!
Comments
Post a Comment