Turki - Negara Bersejarah
29 Februari jam 12.30 pagi, saya suami isteri berangkat dengan MAS ke Istanbul, menyertai rombongan yang telah sedia ada di sana. Misi rasmi dua organisasi : TV Al-Hijrah dan Universiti Islam Malaysia (UIM)
Istanbul menyambut ketibaan kami dengan cuaca sejuk paras beku, salji dan angin dingin, memaksa semua orang membaluti badan dengan pakaian tebal dan berat. Kami sampai subuh pagi, keluar dari pesawat seperti percubaan memasuki peti sejuk besar yang beku.
Misi TV Al-Hijrah ialah untuk mendapatkan bahan2 keislaman bagi tayangan kepada penonton dan peminatnya, misi UIM ialah mendapatkan pengalaman dari beberapa buah Universiti dan intelek Islam di Turki, kota dan negara bersejarah lama ini.
Beberapa kebetulan yang ditakdirkan Allah SWT berlaku, iaitu pertemuan denga seorang Profesor Malaysia seagama dan sebangas yang baru pulang semula ke Turki untuk usaha sama dengan rakan kongsi perniagaannya di Turki. Dulu sama2 mengusahakan kemasukan kereta Proton ke Turki dengan penuh berjaya, kini menceburkan diri dalam beberapa bidang industri, terutamanya perhotelan yang amat besar berbilion ringgit.
Kami diraikan dengan keraian yang melebihi status kami sebenarnya, disediakan kenderaan dan penginapan yang mewah, disambut seperti orang kenamaan yang hebat. Namun satu yang bermain di kepala saya, bahawa orang Melayu boleh, dan orang Malaysia boleh, boleh melakukan sebarang usaha dan kerja baik ini dengan latar belakang ilmu pengetahuan dan perwatakan seorang rakyat Malaysia yang telah mendapat semangat dan motivasi Malaysia Boleh.
Turki banyak berubah, dari segi pembangunan fizikal dan infra strukturnya, jalan raya, pengangkutan awam, peningkatan perniagaan, kesetabilan sosial, politik dan ekonomi yang amat ketara, bertaraf negara maju, yang dari segi inilah dunia mengiktiraf Turki sebagai negara Islam yang membangun dan maju. yang turut dikaitkan dengan negara kita sebagai negara contoh kepada dunia Islam.
Dari segi pembangunan spiritualnya, juga berubah. 10 - 15 tahun dulu ketika saya mengunjungi negara ini, Mufti Istanbul pernah menceritakan kepada saya bahawa dia menghantar anak perempuannya ke Malaysia untuk memasuki universiti kerana di Turki anak2 perempuan tidak dibenarkan memakai tudung. Inilah satu contoh mudah saja yang menunjukkan dasar sekularisme yang kuat di Turki ketika itu.
Tetapi hari ini kelihatan perempuan bertudung di sana sini. Kesedaran Islam semakin meningkat sungguh pun tidak menyeluruh nampaknya. Malah industri perhotelan usaha sama sahabat saya dengan rakan kongsinya di Turki itu merupakan satu strategi pembangunanindustri perhotelan yang berasaskan Islam dari segi senibinanya, suasana keislaman di tempat2 rekriasinya, sosialisasi tetamu, terutamanya di kolam renag dan SPA, tempat ibadat dan suasana umumnya dari segi kekuatan famili dan semangat persaudaraan, amat istimewa dan sesuai dengan ruh Islam sendiri.
Hal ini saya percaya bermula di kalangan pemimpin atasan negara, pimpinan politik yang mungki telah dapat melepaskan diri sedikit demi sedikit dari kongkongan tentera yang tebal dengan pegangan sekularnya, dan kesedaran kalangan industri dan pengusahanya yang merealisasikan kebangkitan Islam secara yang lengkap, dan sering menyahut cabaran modenisasi dan dunia global ini.
Yang agak ketinggalan kita dari Turki, mungkin dari segi adab sopan sebahagian dari agensi perkhidmatannya, iaitu di restoran, pengangkutan awam, pejabat dan sebagainya. Kita menumpang teksi di sini, pemandu tidak pernah terpaku dikerusi pemandunya saja dengan membiarkan kita tarkial2 mengangkat barang dan membuka pintu teksi umpamanya, tetapi naik turun kita ke teksi, mengangkat barang dan sabagainya sentiasa mendapat bantuannya, pemandu akan keluar dari kerusinya dan memastikan hingga kita masuk duduk dengan selesa dari pintu kereta yang dibuka dan ditutupnya kemabli dengan lembut, dan tambangnya tepat, tidak merungut atau masam muka tak tentu arah.
Demikian juga di pejabat dan restoran, layanannya mesra, kelihatan mereka ikhlas dan peramah, bukan dibuat2 atau kerana sesuatu. mungkin hal ini wujud dalam masyarakat kita, tetapi dalam beberapa hal nampaknya kita telah ditinggalkan oleh mereka. Negara Turki menerima pelancong yang amat banyak, dengan sejarah dan pemandangannya yang memukau, lautan dan kedudukannya yang strategik, dan lebeh dari itu mungkin juga dari sikap peramah dan sopan rakyatnya,
Bagaimana pun ke mana2 saja kita pergi di Turki, kita sebagai rakyat Malaysia tetap dihormati, kerana mereka pun sedar bahawa masyarakat luar sering meletakkan Malaysia dan Turki sebagai dua buha negara Islam yang maju, bertamadun dan telah bergerak ke hadapan dengan baik, juga dari segi kesetabilan sosial dan ekonomi kedua2 buah negara ini.
Mungkin banyak yang dapat kita pelajari dari Turki, dan dalam beberapa hal yang lain banyak juga yang seharusnya dipelajari oleh Turki dari negara dan umat kita...
Selamat tinggl Turki ketika saya akan menaiki pesawat MAS balik Malaysia Isnin 5 Mac, dan insya'Allah mendarat di KLIA Selasa subuh 6 Mac, jetlag, 6 jam perbezaan jam kita dengan Turki...Namun "home sweet home"...! Meskipun terpaksa masuk semula ke dalam ketuhar yang panas selepas keluar dari peti sejuk yang membeku, cuaca Turki dan Malaysia....
Comments
Post a Comment