PERGINYA ALLAH YARHAM BEKAS MUFTI W.P.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Yusuf Husain, kembali kerahmatullah hari Sabtu 24 Mac 2012 sebelah petang di Hospital Putrajaya. Jenazahnya telah diselesaikan dengan segera, iaitu dibawa balik kerumahnya dan disembahyangkan di Surau Al-Nur, Bangi sebelum Isyak dan terus di bawa ke kubur Sg. Tangkas, dikebumikan dalam jam 9 - 10 malam.

Suasana pengkebumiannya amat hening, bersama heningnya suasana malam yang sepi di tanah perkuburan yang terpencil di dalam kawasan berbukit dan dipagari oleh pohon2 yang berbalam2 kelihatan di lindungi oleh kegelapan malam yang sungguh restu itu.

Ustaz Sabri Abdul Rahman membaca talqin yang sungguh menyayukan kalbu, membuat pendengarnya insaf dan sedar tentang hal kematian dan kembalinya setiap orang kepada Penciptanya. Talqinnya menjadi suara yang mendayu2 memecahkan kesunyian malam di tengah2 hutan yang hanya dihiasi dengan makam baru dan lama yang berada disekeliling makam Allah Yarham ini, dan yang hanya diterangi bagi memecah kegelapan malam oleh beberapa buah lampu yang dipasang sementara untuk menerangi kelumpuk insan yang hadir di sekeliling makam itu, yang terdiri dari anak pinak dan keluarga Allah Yarham serta teman sahabat yang mengiringi Allah Yarham sehingga ke distinasiynya yang terakhir di dunia ini.

Saya dan beberapa orang lain, termasuk Dato' Othman Mustafa, KP JAKIM, duduk di atas bangku batu berhampiran sebuah makam lain, merenung dan mendengar, kemudian turut bertahlil dalam suasana yang sepi itu.

Semoga Allah SWT merahmati ruh Allah Yarham, dan menempatkannya bersama2 ruh orang2 yang soleh, Amin Ya Rabbal Alamin.

Demikianlah episod baru dalam siri kematian teman2 yang telah pergi terlebih dulu menyahut panggilan Allah SWT, seorang demi seorang.....

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....