Posts

Showing posts from May, 2014

Mena'sah Kampung .........

JIMAT AIR DI MADRASAH Surau, atau "mena'sah" seperti yang kami sebutkan namanya, merupakan bangunan kayu, berdinding papan dan beratap zing. Tiang nya agak tinggi, kena pakai tangga untuk naik ke atas. Tetapi orang kampung tidak terganggu dengan tangga yang agak tinggi, yang terdiri dari kayu juga, kerana orang kampung kebanyakannya tidak mengalami kepayahan untuk menaiki tangga itu, walau pun usianya sudah agak lanjut. Di bawah surau itulah yang dijadikan tempat duduk oleh kaum ibu pada waktu malam ketika Hj Dolah menyampaikan pelajaran agamanya. Dan pada waktu siang hari, kelihatan ketul-ketul arang dan habu putek peninggalan bakaran kayu dan sabut pada malamnya ketika ibu saya dan kawan-kawannya menghidupkan api untuk menghalau nyamuk sambil mendengar Haji Dolah mengajar. Tetapi tidak lama kemudian, hal ini hanya menjadi kenangan dan sejarah sahaja, kerana surau telah mendapatkan penyelesaian dengan membenarkan kaum ibu sama-sama naik ke atas surau dan b...

BANYAKNYA NYAMUK..!

IBU DENGAR MENGAJI DI BAWAH SURAU Kelas agama di surau memang mempunyai sejarahnya yang panjang, kembali ke zaman dulu. Surau, yang dikenali dengan nama madrasah di kampung kami dengan sebutan utaranya "mena'sah", merupakan tempat mengaji agama itu di kampung. Di kampung kami, puluhan tahun dulu,  guru agama yang banyak memberi kuliah ialah Lebai Dolah yang pernah belajar agama di Patani, Siam. Dia belajar di sana, dan cakapanya juga kadang-kadang macam orang sana. Pada mulanya ia dikenali dengan nama Lebai Dolah, dan bila dia pergi haji, balik saja dari Mekah, dia di panggil Haji Dolah. Dulu dia pakai ketayap putih saja, iaitu semasa bergelar lebai, dan bila bergelar haji, dia dah pakai serban. Pelajaran yang di ajarnya memang senang di faham. Dia mengajar makna bacaan dalam sembahyang. bab tertentu dalam ibadat dan bersuci, juga hukum hakam yang mudah-mudah yang berguna untuk amalan sehari-hari. Dengan itu ramailah juga orang mengikuti pengajarannya. ...

PANGGILAN IBU

TU ORANG KE? Agak pelik juga arwah ibu saya masa saya kecil-kecil dulu, apabila dia dengar ada orang di luar rumah yang bercakap atau bertanya sesuatu kepada saya, dia akan bersuara kepada saya selepas suara orang di luar itu hilang, "tu sapa? orang ke, Cina?" Saya pada masa itu tidak tahu sangat maksudnya, lalu saya bertanya kepadanya apakah maksudnya dengan "orang" itu? Setelah dia memberitahu saya maksudnya barulah saya faham bahawa yang dimaksudkan dengan "orang" itu ialah orang Melayu, Maknanya kalau orang itu bukan Melayu, kita kenalah bagi tau dia sama ada orang itu Cina atau India!!kerana pada masa itu hanya tiga bangsa inilah saja yang menjadi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Ertinya kalau dia bukan Melayu, maka dia dibezakan dengan menyebut bangsa keturunannya terus sama ada Cina atau India. Kalau menyebut "orang" itu maknanya ialah orang Melayu, penduduk asal Tanah Melayu pada ketika itu, sedangkan Cina atau India ada...

IBU DAN BAPAK

BAPAK PERGI DULU Semasa saya berada di Mesir akhir-akhir tahun enam puluhan, bapak saya meninggal dunia kerana mengidap penyakit barah tulang. Sejak itu ibu tinggal bersendirian sehingga saya balik Mesir, berkahwin, dan kami suami isteri sempat hidup bersama beberapa tahun, sehinggalah ibu meninggal dunia. Rumah saya di kampung mempunyai satu "berandah" tempat bapak saya menjadikannya sebagai pejabat penghulu untuk berurusan dengan orang kampung. Masa itu bapak menerima urusan mengeluarkan surat beranak kepada anak-anak yang dilahirkan di kampung, termasuk membuat surat beranak kami adik beradik. Kadang-kadang ramai juga orang kampung, termasuk beberapa orang penduduk keturunan Cina, yang datang bertemu bapak saya di rumah. Saya tidak tahu sangat apakah yang mereka bualkan, kerana dalam musim-musim perayaan barulah saya nampak Cina di situ membawa buah limau di berikan kepada kami. Cina di kampung ini bekerja menanam sayur. Satu hari saya dan beberapa oran...

IBU BELAJAR BACA RUMI

ibu mengajar dan belajar Ibu dalam angkatan lama, hanya membaca jawi. Saya pun tidak tahu adakah ibu pernah bersekolah secara formal, kerana setahu saya, dalam era angkatan saya pun, yang agak jauh terbaru dari angkatan ibu, tidak banyak anak perempuan yang pergi ke sekolah. Maka dalam zaman ibu saya semasa usianya masih muda tentulah sekolah biasa tidak menjadi tumpuan anak perempuan pada ketika itu. Tetapi ibu boleh membaca jawi. Kadang-kadang abang saya membeli akhbar tulisan jawi, seperti Utusan Melayu, ibu tumpang membacanya. Saya agak, ibu mungkin belajar jawi semasa belajar membaca Muqaddam dan Quran, iaitu membaca huruf jawi, maka di samping membaca Quran, dapatlah juga mengeja dan membaca jawi ketika membaca kitab Melayu.  Ibu tidak membaca rumi. Huruf rumi pun tidak dikenalinya, apa lagi untuk membaca rumi. Memang tidak hairan pun kalau ibu tidak membaca rumi, kerana orang lelaki yang satu angkatan dengannya juga tidak membaca rumi. Bapak saya yang ...

MENGUBAT CARA IBU

IBU BUKAN DOKTOR.... .. Ketika masih kecil, saya selalu juga mengalami ketinggian suhu badan, demam. Ketika demam, tekak rasa pahit, tak lalu makan, tak ada tenaga dan rasa nak tidur sahaja. Ibu tahu menurunkan suhu badan, terutamanya ketika suhu badan terlalu tinggi, demam yang bersangatan. Malah untuk menjaga suhu badan supaya selalu normal, tidak tinggi, ibu selalu menyuruh saya mengikut arahannya ketika mandi, terutamanya pada waktu pagi. Di kampung pada waktu itu, orang semua mandi di perigi. Perigi yang di korek dalam ke bawah perut bumi, akan mengeluarkan air dari mata air bawah tanah, dan lama kelamaan air itu akan memenuhi perigi yang di korek itu. Orang kampung amat cekap menceduk air perigi menggunakan baldi tin, atau kadang-kadang menggunakan upeh yang dijadikan penyeduk menggantikan baldi. Ada teknik yang digunakan supaya air segera masuk ke dalam baldi dan mengangkatnya ke atas lalu di juruskan ke atas badan, atau dicurahkan ke dalam bekas takungan air y...

JANGAN TENGOK BELAKANG.............

PESAN IBU Pertama kali saya meninggalkan rumah di kampung untuk tinggal di luar ialah ketika saya mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke sekolah Arab di Alor Star yang terkenal dengan nama Arabnya Al-Ma'had Al-Mahmud . Al-Ma'had maknanya Maktab atau Kolej, dan Al-Mahmud ialah nama kerabat diraja yang mengasaskan maktab ini, iaitu YTM Tengku Mahmud. Mengikut catatan sejarah Maahad Mahmud telah ditubuhkan pada 19 Jun tahun 1936 bersamaan 24 Rabi'ul Awal 1355. Sejak tamat persekolahan di kampung sendiri setakat darjah lima, abang saya, yang telah sedia belajar di maktab tersebut, meminta kebenaran bapa dan ibu untuk membawa saya belajar di maktab yang sama ini. Sebelum ini, Guru Besar sekolah rendah yang saya belajar di kampung ada juga meminta bapa saya membenarkan saya pergi menyambung belajar di sekolah menengah Inggeris di Sungai Petani, tidak jauh dari kampung saya. Tetapi tak jadi. Mungkin kerana pada masa itu terdapat kecenderungan supaya dijau...

AIR MATA IBU.........

lembu menangis...ibu pun menangis Semasa saya masih lagi menyambungkan pelajaran di Al-Azhar Mesir, ibu saya telah mempunyai niat untuk saya. Dia mengambil se ekor anak lembu jantan dan dipeliharanya. Pada waktu pagi, dia membawa anak lembu itu ke sekeliling rumah untuk memakan rumput. Ditambatnya di satu tempat, kemudian dalam sejam dua, di ubah tempat tambatannya, supaya anak lembu itu mendapat rumput di tempat lain yang masih panjang, dan demikianlah dalam sehari itu, ibu akan mengubah tempat merumputnya tiga empat kali sehingga anak lembu itu membesar dengan agak gemuk. Apabila anak lembu itu berumur dua tahun lebih, mulailah ibu melepaskan lembu itu dari ikatan talinya. Mula-mula diawasinya supaya lembu itu tidak merayap ke rumah jiran dan memakan daun-daun pisang tanaman orang, kemudian di bawanya anak lembu itu ke tempat yang agak berhutan untuk dimakannya daun-daun kayu di sana. Akhirnya di cubanya membiarkan lembu itu keluar ke tempat berdekatan untuk memakan ru...

IBU TELAH LAMA PERGI

IBU DALAM KENANGAN Dulu, semasa ibu masih ada, lama dulu, saya sering juga menolong dia. Tolong cara kampung, iaitu dalam urusan mengangkat air dari perigi masuk ke dalam rumah di dapur, menolong menjejak lesung ketika menumbuk padi dengan menggunakan lesung kaki, mengheret lembu balik dari hutan pada waktu petang, atau memberi makan itek dan ayam yang di pelihara beberapa ekor, tetapi saya tidak pernah mencuba menyembelih ayam ketika akan dimasaknya, kerana saya tak gamak nak sembelih ayam. Banyak sangat perkara yang anak kampung dapat menolong ibunya ketika itu, puluhan tahun yang lalu, kerana pada masa itu ibu dan kebanyakan wanita kampung adalah merupakan suri rumah sepenuh masa, yang kerjanya ialah menyiapkan kesenangan rumah tangga, terutamanya untuk makan setiap hari bagi semua anggota keluarga. Hampir semua pasangan suami isteri, tua dan muda, pada waktu itu sering ke sawah bersama, ke kebun getah bersama, menunggang basikal berpelantar besar pada waktu itu. Kada...

MASJID: KEDUDUKANNYA DALAM ZAMAN MODEN

 (Bahagian Akhir) MASJID: KEDUDUKANNYA DALAM ZAMAN MODEN 1.                Masjid dalam zaman moden ini tidaklah seharusnya tinggal dalam keadaan yang sama seperti zaman lampau dari segi penyelenggaraan, kebersihan, alat kelengkapan, tempat wuduk dan tandas. Pengurusan dan program mengimarahkannya haruslah dijalankan secara professional dengan tenaga pakar yang dapat berfikir dan merancang dengan baik. 2.         Para peneraju dan pengurusan masjid haruslah peka kepada eleman-elemen yang meresap masuk ke dalam aktiviti dan pengisian program masjid dari unsur-unsur yang tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran Islam sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa contohnya di atas, terutamanya dari kalangan  yang menyembunyikan permusuhan terhadap Islam 3.          Pihak pengurusan dan peneraju masjid dari Ahli Jawatankuasa, Imam dan Bilal, tukang azan, noja dan s...

Bah ke-4

1.                (Bahagian Keempat) MASJID: KEHORMATAN DAN KESUCIANNYA: 1.     Bagi menjaga kesucian dan kehormatan masjid inilah Allah SWT memerintahkan supaya anak Adam memeliharanya dengan bersungguh-sungguh di mulai dengan satu simbol lahiriah, iaitu berpakaian indah ketika ke masjid. Firman Allah SWT : “Wahai anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali (memasuki) masjid…” Surah Al-A’raf ayat 31. 2.         Ayat ini menjelaskan tentang adab dan perhiasan fizikal dan spiritual yang seharusnya dipenuhi oleh orang Islam ketika memasuki masjid, iaitu untuk melakukan ibadat di dalamnya termasuk sembahyang dan melakukan tawaf ketika memasuki Masjid Al-Haram. Perhiasan luaran dan dalaman, niat dan perlakuan serta adab sopan kepada Allah dan Rasul-Nya serta sesama manusia mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya ketika berada dalam rumah Allah yang melambangkan kebesaran Allah...

Bah ke-3

1.          (Bahagian Ketiga)             Mengalatkan Masjid (    Kaum Munafik  menyedari peranan penting masjid dan kedudukannya yang agung dalam hati dan akidah umat Islam, sebab itulah mereka cuba mengalatkan masjid untuk tujuan jahat mereka, tetapi Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, lalu Allah menyelamatkan akidah dan masyarakat umat Muslimin dari tipu daya dan helah mereka yang jahat itu, dan mewahyukan kepada baginda Rasulullah SAW supaya meruntuhkan niat dan amalan mereka dengan binaan masjid topeng itu. 3.         Akidah dan lambang kekuatan umat Islam tertegak dengan kukuhnya di atas binaan masjid, dan hal ini disedari oleh musuh-musuh Islam sendiri yang mungkin berniat untuk meruntuhkan masjid suci Islam sekiranya mereka mampu untuk melemahkan Islam dan umatnya itu. Hal ini sedang berlaku kepada Al-Masjid-Al-Aqsa ketika regimi Yahudi itu melakukan ban...