MASJID: KEDUDUKANNYA DALAM ZAMAN MODEN


 (Bahagian Akhir)

MASJID: KEDUDUKANNYA DALAM ZAMAN MODEN
1.  
           Masjid dalam zaman moden ini tidaklah seharusnya tinggal dalam keadaan yang sama seperti zaman lampau dari segi penyelenggaraan, kebersihan, alat kelengkapan, tempat wuduk dan tandas. Pengurusan dan program mengimarahkannya haruslah dijalankan secara professional dengan tenaga pakar yang dapat berfikir dan merancang dengan baik.
2.   
    Para peneraju dan pengurusan masjid haruslah peka kepada eleman-elemen yang meresap masuk ke dalam aktiviti dan pengisian program masjid dari unsur-unsur yang tidak sihat dan bercanggah dengan ajaran Islam sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa contohnya di atas, terutamanya dari kalangan  yang menyembunyikan permusuhan terhadap Islam
3.   
     Pihak pengurusan dan peneraju masjid dari Ahli Jawatankuasa, Imam dan Bilal, tukang azan, noja dan siaknya haruslah sentiasa waspada akan tektik musuh Islam yang mungkin akan mencuba mengkhianati umat Islam dengan memperalatkan masjid atau para penerajunya sendiri
4.    
   Aktiviti dan program mengimarahkan masjid, termasuk khutbah, ceramah, tazkirah dan majlis ilmunya haruslah semata-mata yang berwadahkan keislaman dalam pengertiannya yang khusus, iaitu yang diredhai Allah dan Rasul-Nya. Fungsi utama masjid ialah menyebarkan ilmu Allah dan ilmu akal manusia yang berteraskan ajaran dan nilai akhlak Islamiah, menghubungkan silatur-rahim diantara para muslimin seluruhnya, pengendalinya yang ikhlas dan jujur kerana mencari keredaan Allah, bukan berdasarkan kumpulan duniawi, menanam kebencian, perseteruan sesame ummah, dan sebagainya yang berfungsikan keuntungan dunia tanpa redha Allah.
5.   
   Pengendali masjid haruslah beramanah kepada Allah SWT bukan menjadi alat propaganda murahan keduniaan berdasarkan perasaan taksub politik partisan dan aliran sentiment serta emosi yang tidak berlandaskan niat yang ikhlas kerana Allah, kerana aliran perjuangan politik partisan itu tidaklah dapat disamakan dengan ajaran agama, kerana agama ialah peraturan Allah yang diturunkan kepada manusia keseluruhannya berdasarkan wahyu Allah yang berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis baginda Rasulullah SAW.

                 .........SELESAI

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....