Bah ke-3
1.
(Bahagian Ketiga)
Mengalatkan Masjid
(
Kaum
Munafik menyedari peranan penting masjid dan kedudukannya yang agung dalam
hati dan akidah umat Islam, sebab itulah mereka cuba mengalatkan masjid untuk
tujuan jahat mereka, tetapi Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, lalu Allah
menyelamatkan akidah dan masyarakat umat Muslimin dari tipu daya dan helah
mereka yang jahat itu, dan mewahyukan kepada baginda Rasulullah SAW supaya
meruntuhkan niat dan amalan mereka dengan binaan masjid topeng itu.
3.
Akidah dan lambang kekuatan umat Islam tertegak dengan kukuhnya di atas binaan masjid, dan hal ini disedari oleh musuh-musuh Islam sendiri yang mungkin berniat untuk meruntuhkan masjid suci Islam sekiranya mereka mampu untuk melemahkan Islam dan umatnya itu. Hal ini sedang berlaku kepada Al-Masjid-Al-Aqsa ketika regimi Yahudi itu melakukan banyak kerosakan kepada masjid suci itu dan mengawalnya dengan ketat supaya umat Islam sentiasa merasa amat tertekan untuk menggunakan masjid ini bagi menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT. Malah dalam konteks ini kita pernah mendengar cita-cita beberapa pihak ekstremis musuh Islam yang berangan-angan untuk menyerang Masjid Al-Haram sendiri yang menjadi lambang kekuatan umat Islam sekarang ini.

4.
Umat Islam haruslah menyedari akan ancaman ini yang akan berterusan buat selama-lamanya, dan usaha ini tidak hanya akan menjelma dalam keruntuhan masjid secara fizikalnya sahaja, malah mungkin sucara fizikalnya masjid akan terus tertegak dengan binaannya, namun fungsi dan pengisian masjid mungkin akan cuba dicemari dengan pengisian berbentuk kufur dan syirik yang tidak disedari oleh umat Islam sendiri.

................Bersambung.........
Comments
Post a Comment