Bah ke-4
1.
(Bahagian Keempat)
MASJID: KEHORMATAN DAN
KESUCIANNYA:
1.
Bagi
menjaga kesucian dan kehormatan masjid inilah Allah SWT memerintahkan supaya
anak Adam memeliharanya dengan bersungguh-sungguh di mulai dengan satu simbol
lahiriah, iaitu berpakaian indah ketika ke masjid. Firman Allah SWT : “Wahai
anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali (memasuki) masjid…”
Surah Al-A’raf ayat 31.
2.
Ayat ini menjelaskan tentang adab dan perhiasan fizikal dan spiritual yang seharusnya dipenuhi oleh orang Islam ketika memasuki masjid, iaitu untuk melakukan ibadat di dalamnya termasuk sembahyang dan melakukan tawaf ketika memasuki Masjid Al-Haram. Perhiasan luaran dan dalaman, niat dan perlakuan serta adab sopan kepada Allah dan Rasul-Nya serta sesama manusia mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya ketika berada dalam rumah Allah yang melambangkan kebesaran Allah SWT, kekuatan akidah dan syariah, kesatuan ummah dan keutuhannya dalam dunia dan akhirat.

3.
Bagi
aktiviti ibadat, pendidikan, majlis ilmu dan menghayati segala amalan yang
menginsafkan umat Islam akan kekuasaan Allah SWT maka hal ini sering digunakan
istilah “imarah” atau menghidupkannya.
4.
Para ulamak memberikan beberapa penjelasan mengenai istilah mengimarahkan masjid, iaitu dari membina masjid, menjaga dan menyelenggaranya, membawa kepada menghidupkannya dengan ibadat sembahyang dan segala ibadat yang mendekatkan diri dengan Allah, menziarahi dan beriktikaf di dalamnya

5.
Berdasarkan pengertian yang tersebut maka para ulamak sering mengingatkan umat Islam tentang sepotong ayat di dalam Al-Quran yang berbunyi “Tidaklah layak bagi orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (mengimarahkan) masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa segala amalannya dan mereka pula kekal di dalam neraka” Surah Al-Taubah ayat 17. Ayat ini menerangkan dengan jelasnya bahawa kesucian masjid tidaklah seharusnya dicemarkan oleh orang kafir kerana mereka sering melakukan sesuatu perbuatan yang syirik, dan dalam keadaan ini mereka mungkin melakukan perkara yang syirik di dalam masjid.

6.
Sebab itulah di dalam ayat berikutnya Allah berfirman “Hanya sanya yang layak memakmurkan masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Mudah-mudahan mereka termasuk di dalam golongan yang mendapat petunjuk” Surah Al-Taubah ayat 18.

Prinsip dan dasar umum yang dijelaskan oleh Allah SWT tentang masjid dari ciri-ciri fizikal dan spiritualnya, dari aktiviti dan menghidupkannya, dari segi kekuatan fizikal dan keindahan luaran dan dalaman, jasmani dan rohani yang menghiasi masjid, haruslah di fahami dan diterjemahkan dengan sebaik-baiknya dalam merangka program dan perancangan untuk menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, muamalat, pendidikan dan pengajaran, ilmu pengetahuan, serta aktiviti dunia akhirat yang komprehensif, maka untuk melaksanakan semuanya ini, umat Islam memerlukan kajian dan penyelidikan yang teliti.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,Bersambung...........
Comments
Post a Comment