Andainya 13 Mei Berlaku Ketika Ini, Apakah Yang Akan Terjadi?
Saya mengalami sendiri peristiwa 13 Mei 1969 ketika saya berada di Kuala Lumpur di sekitar tarikh tersebut. Ketegangan yang timbul di antara kaum pada ketika itu mengundang rusuhan berdarah di antara Melayu dan Cina di sekitar Kuala Lumpur. Tetapi dengan kebijaksanaan Kerajaan pada kitika itu, dan langkah-langkah keselamatan yang berkesan di ambil dengan begitu pantas, maka perisitwa berdarah itu hanya berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja, malah tidak merebak ke luar kota Kuala Lumpur. Dengan itu maka peristiwa ini tidak berlarutan menjadi tragedi di seluruh negara, atau sekurang-kurangnya di seleruh Semenanjung pada ketika itu. Bagaimana pun ketika ini, di kala mengenangkan kembali peristiwa tersebut dalam konteks sekarang, saya merasa pasti bahawa sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku pada masa ini, maka besar kemungkinan kejadian yang mendukacitakan itu akan terus merebak ke merata pelusuk negara dan kota dalam masa yang singkat sahaja. Pada hari 13 Me...