BERTENANGLAH SEMUA
KETIKA PIHAK-PIHAK YANG BERKERISIS DAN BERTELAGAH MENGENAI VIDEO SEKS YANG TERMAKLUM, MAKA MASING-MASING TELAH CUBA MELAKUKAN SEGALA USAHA UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA, SEHINGGA BERLANGSUNGNYA SUMPAH LAKNAT SEMALAM. SAYA BERANGGAPAN BAHAWA LAFAZ SUMPAH YANG DILAKUKAN ITU ADALAH MERUPAKAN KEMUNCAK DARI SATU KERISIS, YANG BERANI DILAKUKAN OLEH TRIO "T" DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN MEREKA. OLEH ITU SAYA RASA, SATU PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH SEMUA ORANG, SAMA ADA DUA BELAH PIHAK YANG BERTELAGAH, ATAU PIHAK YANG TIDAK BERAT KE MANA-MANA DI NEGARA KITA, IALAH BERDIAM DIRI, BERTENANG DAN BERSABAR. TAWAKKAL DAN PASRAH KEPADA ALLAH SWT SEHINGGA KEBENARAN AKHIRNYA LAHIR LAMBAT LAUNNYA. SAMA-SAMALAH KITA SEMUA KEMBALI KEPADA FITRAH ORANG MELAYU PADA MASA LAMPAU, YANG TERKENAL SEBAGAI UMAT YANG AMAT TENANG DAN SABAR, SAMA ADA PADA WAKTU SUSAH ATAU SENANG, BERDUKA ATAU BERGEMBIRA, KITA TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN REAKSI YANG TERLALU AGRESIF ATAU BERLEBIH-LEBIHAN KETIKA DITIMPA BALA B...