JANGAN DI LENGAH-LENGAHKAN UMUM KEBENARAN

KALAU SEMUA SUDUT TELAH DIKAJI, DARI SEGI PERUNDANGAN DAN PROSEDUR LAINNYA, MAKA MELENGAH-LENGAHKAN PENGUMUMAN TENTANG HASIL VIDEO SEKS YANG MENIMBULKAN KONTROVERSIAL YANG BESAR DALAM MASYARAKAT KITA ITU, LEBEH MEMBUKAKAN PELUANG PENYEBARAN "FITNAH" INI DI DALAM MASYARAKAT KITA, DAN TENTULAH DIRASAKAN JUGA OLEH MASYARAKAT ANTARABANGSA.

SEMAKIN LAMA DIBIARKAN SEGALA PEMBICARAAN DI DALAM NEGARA KITA TENTANG VIDEO SEKS YANG DI KATAKAN MELIBATKAN TOKOH POLITIK ITU, MAKA SEMAKIN BANYAK RUANG YANG DIBUKA KEPADA UMUM UNTUK MEMBUAT SPEKULASI DAN KESIMPULAN SENDIRI YANG TIDAK BERKESUDAHAN.

MEDIA ALTERNATIF YANG TELAH BERLELUASA DENGAN MAKI HAMUN DAN SUMPAH SERANAH DIANTARA SESAMA KITA ITU AKAN TEUS MENERUS MEMAINKAN EMOSI, SENTIMEN DAN SERIBU SATU GAMBARAN BURUK, TAKSUB DAN FANATIK MELULU YANG AMAT BERCANGGAH DENGAN ADAB SOPAN DAN TATASUSILA BANGSA DAN AGAMA KITA.

KECENDERUNGAN MASYARAKAT KITA BERSUMPAH DI SANA SINI JUGA SEBENARNYA TIDAK HARUS DIGALAKKAN. SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH BUKANLAH SEHARUSNYA DILAKUKAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA. MAHKAMAH SYARIAH MERUPAKAN INSTITUSI YANG SELAYAKNYA MENGELUARKAN PERENTAH UNTUK SESEORANG ITU BERSUMPAH, IAITU KETIKA TIDAK ADA KESAKSIAN YANG JELAS.

MEMANGLAH SUMPAH MERUPAKAN SATU CARA UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN, TETAPI JALAN INI BUKANLAH DAPAT DILAKUKAN MENGIKUT KEMAHUAN SESEORANG TANPA MENDAPAT PERINTAH MAHKAMAH ATAU PIHAK OTORITI AGAMA DALAM NEGARA, SUPAYA SUMPAH LAKNAT INI TIDAK MENJADI SATU BAHAN PERMAINAN BUDAYA SEMATA-MATA.

SAYA RASA SEMAKIN SEGERA KITA MENGETAHUI HAL YANG SEBENARNYA TENTANG VIDEO TERSEBUT, SEMAKIN TENANGLAH MASYARAKAT KITA INI, TERUTAMANYA BAGI ORANG-ORANG YANG INGIN MENCARI KEBENARAN, BAGI MAJORITI RAKYAT YANG TIDAK PARTISAN DAN PREJUDIS, BAGI MAJORITI RAKYAT SENYAP, TENTUNYA TIDAK BAGI ORANG YANG TELAH PUN MENJATUHKAN HUKUMAN SENDIRI MENGIKUT TANGGAPANNYA YANG DIANGGAPNYA SENTIASA BETUL DAN BENAR, WALAU PUN HAL ITU TIDAK BENAR.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....