PERCANGGAHAN FATWA


DULU ESQ, SEKARANG POCO-POCO. ESQ DIHARUSKAN OLEH MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TIDAK LAMA DULU, TETAPI DIHARAMKAN OLEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. HINGGA KE HARI INI, SESIAPA YANG HENDAK MENGANJURKAN PROGRAM ESQ BOLEHLAH MENGADAKANNYA DI LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN, TIDAK DI WP KERANA TELAH DIHARAMKAN.

SEMALAM, DALAM ISU TARIAN POCO-POCO, MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN MENGHARUSKAN TARIAN POCO-POCO, SEDANGKAN MUFTI PERAK TELAH MENGELUARKAN FATWANYA BAHAWA TARIAN POCO-POCO ADALAH HARAM. MAKNANYA SESIAPA YANG HENDAK MENGADAKAN PROGRAM TARIAN POCO-POCO INI MAKA PROGRAM ITU HENDAKLAH DIADAKAN DI LUAR KAWASAN NEGERI PERAK, SEBAB TARIAN ITU HARAM DI PERAK,

INILAH NAMANYA "KHILAF ULAMAK" YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA FATWA YANG BERBEZA-BEZA BAGI SATU ISU, SAMA SEPERTI "IKHTILAF" ULAMAK TENTANG KES-KES YANG LAIN.

NAMPAKNYA SEHINGGA HARI INI PUN MUFTI-MUFTI MASIH BERSELISIH PANDANGAN TENTANG SESUATU HUKUM, DAN DALAM SITUASI INI MUZAKARAH FATWA DI PERINGKAT KEBANGSAAN PUN TIDAK MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENYERAGAMKAN FATWA ITU.

DALAM KONTEKS INI SAYA TERINGAT PANDANGAN PROF DR YUSUF AL-QARADHAWI DAN SHAIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI, YANG SERING MENEGASKAN BAHAWA DALAM ZAMAN INI, FATWA HARUSLAH DIKELUARKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA KEADAAN SEMASA, DAN BERDASARKAN KEPADA AMALAN RASULULLAH SAW YANG SENTIASA MENGAMBIL "JALAN YANG MEMUDAHKAN, BUKAN SESUATU YANG MENYUSAHKAN" SELAGI FATWA ITU TIDAK BERCANGGAH DENGAN PRINSIP DAN DASAR YANG FUNDEMENTAL MENGIKUT SYARIAH.

MEREKA MEMBERI CONTOH, SEKIRANYA TERDAPAT KHILAF DIANTARA ULAMAK DALAM ISU SAMA ADA WAJAH WANITA ITU AURAT ATAU TIDAK, TETAPI BAGI WANITA YANG MUNCUL DALAM SIARAN TV PADA HARI INI, KITA BOLEHLAH MENGAMBIL PANDANGAN "QAUL" ULAMAK YANG MENGATAKAN BAHAWA WAJAH WANITA ITU BUKANLAH AURAT.

SHAIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI MEMANG AMAT KERITIKAL DALAM HAL INI, SEHINGGA BELIAU MENGATAKAN BAHAWA ISLAM YANG INDAH DAN MUDAH ITU SERING DIROSAKKAN OLEH PANDANGAN "FUQAHAK" ULAMAK FEQAH YANG TERLALU KETAT DALAM PANDANGAN DAN FATWA MEREKA.

DI NEGARA KITA INI RASANYA, KEHADIRAN BANYAK MUFTI TIDAKLAH SEHARUSNYA MENIMBULKAN MASAALAH DALAM URUSAN HUKUM HAKAM DAN FATWA DI NEGARA KITA YANG KECIL DENGAN PENGANUT ISLAM YANG JUGA TIDAK SERAMAI SEPERTI PENGANUT ISLAM DI INDONESIA UMPAMANYA.

MALAH PENUBUHAN JAKIM, KHUSUSNYA MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL UGAMA ISLAM (MKI) DI NEGARA KITA INI, YANG DI PENGERUSIKAN OLEH PERDANA MENTERI, SALAH SATU TUJUANNYA IALAH UNTUK MENYELARASKAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM ITU SENDIRI DI ANTARA NEGERI-NEGERI.

CUMA DALAM ISU FATWA, MEMANGLAH HAL INI BERADA DALAM KUASA MUFTI, TETAPI OLEH KERANA SATU FORUM PENYELARASAN FATWA TELAH DIWUJUDKAN DENGAN SEGALA SUSAH PAYAHNYA OLEH PEMIMPIN NEGARA KITA PADA MASA YANG LALU, MAKA ELOKLAH PERKARA INI MENJADI PENYELESAIAN BAGI SESUATU YANG MUNGKIN MENYEBABKAN KONFLIK DAN PERSELISIHAN DI ANTARA PARA MUFTI KITA, SEPERTI ISU FATWA YANG BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM SENDIRI, DAN DALAM MASA YANG SAMA MENJATUHKAN IMEJ ISLAM ITU SENDIRI.

UMAT ISLAM DI NEGARA KITA RASANYA TELAH MUAK DENGAN PERPECAHAN DISEBABKAN OLEH POLITIK PARTISAN SEMPIT DAN PARA PENGIKUT PARTI POLITIK YANG TAKSUB DAN MELAMPAU, OLEH ITU JANGANLAH ISU FATWA YANG BERBEZA-BEZA KERANA PERSENGKITAAN DI ANTARA PARA MUFTI KITA PULA AKAN MENIMBULKAN SATU LAGI DURI DALAM DAGING UMAT KITA. ATAU UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI AKAN SELAMA-LAMANYA MENJADI SEPERTI PELANDOK, IAITU KETIKA GAJAH SAMA GAJAH BERGADOH, PELANDOK JUGA YANG MATI DI TENGAH-TENGAH. CUKUPLAH !

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....