NEGARA DUNIA DALAM KEGAWATAN
KEGAWATAN YANG BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA, MUNGKIN TIDAK SANGAT DIRASAI DI NEGARA KITA YANG AGAK JAUH DARI RANTAU ITU. KITA YANG MENDENGAR KEJADIAN DI SANA, DAN MELIHATNYA DI KACA TV HANYA DAPAT MERASA SEDIH DAN SIMPATI DENGAN NASIB BURUK YANG TERJADI DI SANA. KESEDIHAN KITA IALAH KERANA KEKACAUAN, KEGANASAN DAN PEMBUNUHAN ITU KEBANYAKANNYA BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ISLAM.
NAMUN BEGITU APABILA KITA MENDENGAR BAHAWA NEGARA JIRAN TERDEKAT KITA, INDONESIA, JUGA TERGUGAT OLEH KONFLIK ANTARA PENGANUT ISLAM DAN KRISTIAN, MAKA HAL ITU AMATLAH MENYEDIHKAN KITA, DAN SEOLAH-OLAH KITA TURUT MERASA BAHANGNYA YANG MERBAHAYA.
KETEGANGAN YANG BERLAKU AKIBAT DARI MELUAP-LUAPNYA RASA SENTIMEN KEAGAMAAN DAN PERKAUMAN ADALAH MERUPAKAN KRISIS YANG AMAT SUKAR DITANGANI SEKIRANYA KERISIS ITU MULAI BERLAKU DAN BERLANJUTAN TERUS MENERUS MEREBAK DI DALAM NEGARA, HAL INILAH YANG TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU DI NEGARA KITA,
TETAPI AMAT MENDUKACITAKAN, BAHAWA PADA MASA YANG TERAKHIR INI, TERDAPAT PIHAK TERTENTU YANG SENGAJA BERMAIN API, DENGAN MEMARAKKAN API PERKAUMAN DAN AGAMA, TERUTAMANYA YANG SEDANG MENCARI SOKONGAN POLITIK MURAHAN UNTUK KUMPULAN MEREKA SAHAJA.
NEGARA JIRAN KITA, THAILAND DAN KEMBOJA JUGA MENGALAMI KEGAWATAN DI SEMPADAN, YANG SEDIKIT SEBANYAKNYA ADALAH JUGA BERPUNCA DARI KERISIS KEAGAMAAN.
KITA SAHAJA YANG MASIH DAPAT BERTAHAN, DAN MASIH DAPAT MENGELAK DARI BERLAKUNYA KERISIS INI, DAN HAL INI ADALAH KERANA SEMANGAT RAKYAT KITA YANG MASIH LAGI DAPAT BERTOLAK ANSUR DAN BERTENANG, WALAU PUN SENTIMEN PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN AGAK RANCAK DINYALAKAN OLEH SEGELINTIR WARGA KITA YANG TAKSUB DAN TIDAK PEIHATIN DENGAN PERASAAN KAUM LAIN.
OLEH ITU SAYA RASA, RAKYAT MALAYSIA HARUSLAH SEGERA BELAJAR DARI KEJADIAN DAN TRAGEDI MALANG YANG SEDANG MENIMPA NEGARA-NEGARA DUNIA PADA MASA INI, DAN SEGERA BELAJAR SERTA MENGAMBIL TELADAN DARI PUNCA KEKACAUAN DAN KERISIS YANG SEDANG BERLAKU DI DALAM NEGARA-NEGARA YANG MALANG ITU.
KITA BERHARAP BAHAWA KECENDERUNGAN PENGUNDI SATU KAUM YANG TERTENTU DI SARAWAK MEMILIH SATU PARTI YANG BERBAU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA YANG LALU, TIDAK AKAN MENJADI SATU ALIRAN PERUBAHANA YANG DAPAT MEMPENGARUHI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESETABILAN INI. RAKYAT UMUMNYA HARUSLAH TAHU BERFIKIR DENGNA WARAS DAN TENTANG PENTINGNYA NEGARA KITA INI MENGAMBIL JALAN PERTENGAHAN DALAM MENENTUKAN KEAMANAN NEGARA DAN RAKYAT SELURUHNYA BAGI SATU MASA YANG AMAT PANJANG DI HADAPAN, DAN RAKYAT BEGINI AKAN MENOLAK ALIRAN POLITIK MELAMPAU DAN EKSTREM, DARI SEGI PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN.
KITA HARUSLAH MEMPUNYAI PANDANGAN YANG JAUH, BERFIKIRAN WARAS DAN TIDAK TERLALU MEMPUNYAI RASA TAMAK HALOBA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK ATAU KEKAYAAN BAGI DIRI SENDIRI ATAU KELOMPOK YANG TERTENTU SAJA.
KEAMANAN DAN KEMAKMURAN YANG TELAH KITA RASA BERSAMA INI SEHARUSNYA MENCUKUPI UNTUK KITAA SEMUA. KEAMANAN DAN KEMAKRUNA SETEUSNYA BIARLAH KITA JAGA, DAN SEBARANG RASA PERKAUMAN SSERTA KEAGAMAAN ITU HENDAKLAH DIJAUHKAN.
Comments
Post a Comment