SIREH PULANG KE GAGANG
SETELAH BERSARA DARI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) PADA TAHUN 2002, BARU PADA HARI SELASA 19 APRIL 2011 SAYA KEMBALI KE IKIM UNTUK MEMBENTANGKAN SEBUAH KERTAS KERJA DALAM SEMINAR WANITA, MULAI JAM 2.15 HINGGA 4.30 PETANG BERTAJUK "ISLAM AGAMA PATRIAKI?"
SETELAH SELESAI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA ITU, SAYA BUAT PERTAMA KALINYA JUGA SELEPAS 10 TAHUN BERKHIDMAT DI IKIM, DAN MEMPELOPORI PENUBUHANNYA PADA TAHUN 1992 ATAS IDEA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, PERDANA MENTERI KETIKA ITU, MAKA SAYA DI BAWA KEMBALI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM IKIM.FM, RADIO IKIM, ATAS JEMPUTAN USTAZ ZAMRI DAN MERAKAMKAN PROGRAM "DUNIAKU BUKUKU", MEMBICARAKAN BUKU OTOGBIOGRAFI SAYA.
USTAZ ZAMRI ADALAH PILIHAN SAYA UNTUK BERKHIDMAT DI IKIM, MULANYA SEBAGAI PENYUNTING BUKU, DAN KEMUDIANNYA MENCEBURKLAN DIRINYA DALAM IKIM.FM. BELIAU SAYA TEMUDUGA KETIKA PADA SATU KETIKA SAYA BERADA DI KOTA BHARU KERANA MENGHADIRI SATU SEMINAR, DAN TIBA-TIBA DIA DATANG BERJUMPA SAYA DI DALAM BILIK HOTEL, MENYATAKAN HASRATNYA UNTUK BERKHIDMAT DENGAN IKIM, DAN SAYA MERASAKAN BAHAWA DIA BERKELAYAKAN UNTUK BEKERJA DENGAN IKIM. KETIKA ITU SAYA TELAH MENYATAKAN KEPADANYA BAHAWA IKIM ADALAH SEBUAH INSTITUSI BEBAS, TIDAK PARTISAN ATAU BERAT SEBELAH KEPADA ALIRAN POLITIK TERTENTU, SAMA ADA PARTI PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG, NAMUN KITA SENTIASA MENYOKONG DASAR KERAJAAN SEMASA.
SEMALAM KETIKA SELESAI RAKAMAN DI RADIO, BARULAH DIA MENYATAKAN KEPADA SAYA SECARA PERIBADI, BAHAWA KETIKA DIA MEMOHON UNTUK BEKERJA DI IKIM, DORONGAN YANG BESAR SEKALI UNTUK DIA MEMOHON ITU ADALAH DATANGNYA DARI EMAK DIA SENDIRI, DAN HAL INI BARU SAYA TAHU PADA 19 APRIL 2011 INI !
SAYA KATAKAN KEPADANYA BAHAWA IBU MEMANG BANYAK MELIHAT PERKARA YANG PADA MASA ITU MUNGKIN TIDAK KITA SEDARINYA, DAN HAL IBU INILAH YANG TELAH SAYA CERITAKAN KETIKA BERBUAL DENGANNYA DALAM PROGRAM "DUNIAKU BUKUKU" ITU IAITU TENTANG DORONGAN IBU SAYA JUGA YANG MEMBAWA SEDIKIT SEBANYAK KEJAYAAN SAYA DALAM MEMBINA KARIER SAYA SELAMA INI.
SAYA MERASA BANGGA KERANA IKIM MENJEMPUT SAYA KEMBALI. IKIM MERUPAKAN INSTITUSI TANGKI PEMIKIRAN YANG PENTING KETIKA DI ASASKAN, IAITU YANG MEMPUNYAI MATLAMAT UNTUK MEMPEROJEKKAN ISLAM DALAM KONSEP DAN GAGASANNYA YANG BETUL, TERUTAMANYA DALAM MEMBENTULKAN PERSEPSI DUNIA ISLAM DAN BUKAN ISLAM TENTANG IMEJ ISLAM YANG SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI AGAMA KEGANASAN DAN MUNDUR, DAN ORANG ISLAM PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI UMAT YANG MISKIN, JAHIL, TIDAK BERTAMADUN DAN SEBAGAINYA. OLEH ITU SEGALA PROGRAM, PENYELIDIKAN, PENEBITAN DAN PERSIDANGAN ANJURAN IKIM KETIKA ITU ADALAH BERPUSAT KEPADA MATLAMAT INI, DAN PENYERTAANNYA ADALAH TERDIRI DARI PARA INTELEKTUAL DAN SARJANA DARI DUNIA ANTARABANGSA, BARAT DAN TIMUR, TERMASUK SARJANA TEMPATAN.
SAYA MULA BERKHIDMAT DI IKIM SEBAGAI KETUA PENGARAH SEJAK DITUBUHKAN PADA TAHUN 1992, DAN PENGERUSINYA IALAH TUN AHMAD SARJI. KETIKA SAYA BERHENTI PADA TAHUN 2002, TUN AHMAD SARJI MASIH MENERUSKAN TUGASNYA SEBAGAI PENGERUSI SEHINGGALAH TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI MENGAMBIL ALIH TUGAS ITU PADA TAHUN 2009, DAN SETELAH ITULAH AGAKNYA SECARA KEBETULAN SAYA DIUNDANG KEMBALI SEMULA KE IKIM PADA 19 APRIL 2011.
SAYA DI ALU-ALUKAN DI IKIM.FM OLEH USTAZ ZAMRI DENGAN UNGKAPAN SELAMAT KEMBALI, SEPERTI SIREH PULANG KE GAGANG !
YANG PENTINGNYA SAYA DIBERIKAN MASA LEBEH DARI SETENGAH JAM DALAM PROGRAM IKIM.FM KETIKA USTAZ ZAMRI BERBUAL DENGAN SAYA TENTANG BUKU OTOBIOGRAFI SAYA ITU, DAN BANYAK PERKARA YANG KAMI TIMBULKAN.
MUNGKIN PARA PEMINAT RADIO IKIM BERHASRAT UNTUK MENDENGAR PERBINCANGAN KAMI ITU, YANG MENURUT USTAZ ZAMARI AKAN DISIARKAN PADA HARI KHAMIS INI JAM 9.15 MALAM.
SAYA PUN INGIN JUGA MENDENGAR BAGAIMANA BUNYINYA SUARA SAYA DALAM RADIO IKIM KALI INI, IAITU SETELAH HAMPIR 10 TAHUN TIDAK BERSIARAN DI RADIO KESAYANGAN SAYA INI, YANG SEBENARNYA KETIKA SAYA BERKHIDMAT DI SANA DULU, SETIAP HARI SAYA BERCAKAP, TERMASUK PROGRAM SELEPAS SUBUH TENTANG CETUSAN KEROHANIAN YANG SAYA SENDIRI MENGURUSKAN RAKAMANNYA, KEMUDIAN DI SUNTING OLEH USTAZ ZAMRI, JUGA PERBINCANGAN DENGAN DJ TENTANG "ISU-ISU SEMASA"
MUNGKIN SUARA SAYA KALI INI AKAN KEDENGARAN AGAK "TUA" SEPERTI TUANNYA, ATAU BANYAK DISELANGI OLEH BATUK-BATUK KECIL DAN BESAR KELELAHAN, ATAU BAGAIMANA? SAYA AMAT MENUNGGU UNTUK MENDENGARNYA.
YANG PENTINGNYA, KEMBALI KE IKIM MERUPAKAN PERMULAAN SEJARAH MANIS BAGI SAYA, KERANA TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG, INIKAN PULA TEMPAT BEKERJA DAN BERKHIDMAT !

salam, dato'
ReplyDeletesaya fikir ia siaan langsung, rupanya ulangan.
tapi apa pun suara dato' buat saya google, untuk lihat setua mana datuk, oh gurau saja!
saya sangat tertarik dengan quote 'unity in diversity' ia jarang2 digunakan oleh masyarakat yang sedang meninggikan pandangan masing2
apa pun, ia sebenarnya prinsip saya, mencari persamaan untuk bersatu. bagi saya melayu semuanya sudah sama, apa yang membuatkan berpecah hanya kerana fahamn politik, kita guna bahasa yang sama, baju yang sama fesyen, nasi yang sama,dan mazhab pun sama, cuma fahaman politik lain, semua haru biru.
memetik kata-kata dato' berkenaan pelajar U,
saya sendiri akui, tidak yakin dgn apa yang saya belajar sekarang di universiti adalah sama dengan bidang pekerjaan saya nanti, tapi, hal ini membuatkan saya seperti krg semngat bila memikirkan hal demikian,
dan ya saya akui ia adalah kelemahan saya, tapi benar kata dato' perkongsian pengalaman dari senior2 atau orang2 lama, kurang, jadi gambaran sebenar dunia selepas belajar itu agak kabur. dan ya, mungkin perkongsian dato' buat saya termotivasi.
mungkinkah ada perkongsian, atau dialog dato' dengan mahasiswa untuk rancangan ke depan?
~pelajar UKM~
Terimakasih. Bukan siaran ulangan, tapi rakaman. Ya lah pandangan saya tentu ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju. Saya di Institut Islam Hadhari UKM, bila2 pun boleh jumpa. Hubungi setiausaha saya di pejabat Aida.Wassalam
ReplyDelete