JANGANLAH SEGERA JATUH HUKUM

SAYA INGIN MENYAMBUNG APA YANG TELAH SAYA TULISKAN TENTANG SEMUA ORANG NAK JADI HAKIM DAN NAK JATUHKAN HUKUMAN TERHADAP SESUATU YANG MEREKA SENDIRI TAK TAU HUJUNG PANGKALNYA.

KEMATIAN PENOLONG PENGARAH KASTAM SELANGOR SEMALAM AMATLAH TRAGIK DAN MENDUKACITAKAN. MENGIKUT POLIS DARI SIASATAN AWALNYA TERNYATA BAHAWA KEMATIANNYA ADALAH KEMATIAN MENGEJUT SEBAB TERJATUH DARI BANGUNAN ITU.

KEMUNGKINAN ALLAH YARHAM MEMBUNUH DIRI, MENGIKUT TEMAN-TEMAN RAPATNYA, TIDAK MUNGKIN, KERANA ALLAH YARHAM ADALAH WARAK, SERING MENJADI IMAM DI SURAU KELANA JAYA, MALAH SEORANG SAHABATNYA MENCERITAKAN BAHAWA PADA MALAM SEBELUM KEJADIAN, ALLAH YARHAM BERMAIN TENIS DENGANNYA, DAN MENGIKUT TEMAN INI, DIA TENTULAH TIDAK BERNIAT MEMBUNUH DIRI, KERANA KALAU DIA BERNIAT BEGITU, TENTULAH DIA TAK AKAN BERMAIN TENIS PADA MALAM ITU.

MEMANGLAH KALAU DILIHAT DARI SUDUT INI, TAK MUNGKIN SEORNG ITU AKAN BERTINDAK MELAKUKAN PERKARA YANG DITEGAH OLEH AGAMA INI, TAMBAHAN PULA ALLAH YARHAM ADALAH SEORANG YANG BERIMAN.

MENGIKUT BERITA LAIN PULA, KAWAN ALLAH YARHAM MENCERITAKAN JUGA TENTANG KEADAAN YANG DIALAMI OLEH ALLAH YARHAM YANG MENCERITAKAN KEPADANYA BAHAWA KERANA KES YANG DIHADAPINYA INI MAKA DIA MENGALAMI KEMURUNGAN DAN SERING TIDAK DAPAT TIDUR.

SEBAIK-BAIK PERKARA YANG SEHARUSNYA KITA LAKUKAN, MENGIKUT PANDANGAN SAYA, SETIAP ORANG HARUSLAH BERTENANG DAN BERSABAR DULU DALAM HAL INI, JANGANLAH SEGERA MELOMPAT DAN MELATAH DENGAN MENGAMBIL KESIMPULAN SENDIRI. PIHAK BERKUASA TENTULAH AKAN MELAKUKAN PENYIASATAN TENTANG SEBAB-SEBAB KEJADIAN YANG MALANG INI, DAN NEGARA KITA PUN MEMPUNYAI SISTEM PEMERINTAHAN DAN PERUNDANGAN YANG ADIL.

KITA TIDAK DAPAT MENGGAMBARKAN SESEORANG ITU AKAN MELAKUKAN SESUATU YANG BERDOSA SEKIRANYA KITA MELIHAT KEPADA KEADAAN LAHIRNYA, IAITU IA SEORANG YANG BERAGAMA, SEMBAHYANG, TAAT KEPADA SURUHAN AGAMA SEPERTI YANG DAPAT KITA PERHATIKAN, TETAPI TERDAPAT JUGA INSIDEN YANG BERLAKU KEPADA SESEORANG ITU YANG NAMPAKNYA BERLAKU DILUAR DARI DUGAAN KITA, TERUTAMANYA KETIKA BERTINDAK MELAKUKAN DOSA DAN MELANGGAR PERINTAH AGAMA,KERANA DIA JUGA ADALAH SEORANG MANUSIA BIASA, YANG MEMPUNYAI EMOSI, PERASAAN, NALURI YANG BERBAGAI-BAGAI.

MANUSIA YANG MENGALAMI SESUATU PERASAAN BAIK DAN QUDDUS, MUNGKIN TIBA-TIBA DALAM SEKELIP MATA BERUBAH MENJADI MAKHLOK YANG LAIN, MENGIKUT PERUBAHAN EMOSI DAN PERASAANNYA YANG TIDAK DAPAT DISELAMI OLEH ORANG LAIN.

SATU CONTOH MUDAH YNG DAPAT DIBERIKAN DI SINI, BANYAK ORANG YANG AMAT BAIK DAN TENANG, TETAPI APABILA DIA BERADA DI DEPAN STEERING MEMANDU KERETA, KERANA SESUATU HAL YANG BERLAKU, MAKA TIBA-TIBA DIA BOLEH MENJADI MONSTER ! KETIKA TIDAK MEMANDU KERETA DIA MERUPAKAN SEORANG MALAIKAT, TETAPI KETIKA MEMANDU KERETA DIA MENJADI BUAS.

KITA AMAT SIMPATI DENGAN ALLAH YARHAM YANG SEDANG MENGHADAPI PENYIASATAN OLEH SPRM. DAN KITA AMAT BERHARAP SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG BERIMAN DAN KUAT AGAMA, MAKA DIA TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN ITU. TETAPI KITA PUN HARUSLAH MEMBERIKAN PELUANG JUGA KEPADA PIHAK SPRM DAN POLIS UNTUK MEMERIKSA SEMUA KEMUNGKINAN YANG MEMBAWA KEPADA TRAGEDI INI.

ORNG AWAM SEPERTI KITA JANGANLAH SEGERA MENGAMBIL JALAN MUDAH DENGAN MENJATUHKAN HUKUMAN TERHADAP SESUATU YANG KITA TIDAK TAHU. PERBUATAN TERBURU-BURU DAN TERGESA-GESA ITU ADALAH DARI PERBUATAN BURUK, YANG TIDAK SEHARUSNYA MENJADI PERILAKU ORANG YANG BAIK DAN BERIMAN.

MARILAH KITA BERDOA SEMOGA ROH ALLAH YARHAM DICUCURKAN RAHMAT OLEH ALLAH SWT, DAN KEPADA ISTERI SERTA ANAK-ANAKNYA, JUGA KAUM KELUARGA, SAHABAT HANDAI ALLAH YARHAM, BERSABARLAH, PASRAHLAH KEPADA KEHENDAK ALLAH SWT, INILAH UJIAN ALLAH KEPADA HAMBA-NYA, BERTENANG DAN TAWAKKALLAH KEPADA ALLAH,SEMENTARA KITA MENUNGGU KEPUTUSAN DAN KEBENARAN YANG AKAN KITA KETAHUI NANTI, INSYA' ALLAH. ALFATEHAH....

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....