KONTRAVERSI FATWA

SAYA TIDAK BERMAKSUD MEMPERTIKAIKAN FATWA YANG DI KELUARKAN DI PERINGKAT NEGERI ATAU FATWA OLEH MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. TETAPI INGIN MENCARI SEDIKIT PENYELESAIAN TENTANG KAEDAH DAN PENGURUSAN MENGELUARKAN FATWA, SUPAYA TIDAK TERDAPAT PERCANGGAHAN DIANTARA INSTITUSI FATWA NEGERI DAN PUSAT TENTANG SESUATU FATWA.

KITA MASIH INGAT TENTANG FATWA AKTIVITI ESQ BARU-BARU INI. PIHAK MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TELAH MENGELUARKAN FATWA MENGHARUSKAN AMALAN ESQ ITU, TETAPI DIPERTIKAIKAN OLEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, LALU BERLAKULAH KONFLIK DIANTARA PARA MUFTI TENTANG FATWA INI, DAN HAL INI MENYEBABKAN KEKELIRAUAN DI DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA KITA. DAN MENGAKIBATKAN PERSELISIHAN DALAM PERLAKSANAAN FATWA ITU, IAITU OLEH KERANA WILAYAH PERSEKUTUAN MENGHARAMKAN ESQ, MAKA AKTIVITI PERGERAKAN INI TELAH DIJALANKAN DI LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN, DAN UMAT ISLAM SENDIRI YANG BERPECAH BELAH DALAM HAL INI.

FATWA TERBARU TENTANG PENGHARAMAN TARIAN POCO-POCO OLEH MUFTI PERAK, JUGA MENGUNDANG KEKELIRAUAN, KERANA NEGERI LAIN DAN PIHAK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN SENDIRI PUN BELUM MENGELUARKAN FATWA TENTANG PERKARA INI. MAKNANYA BUAT SEMENTARA INI, OLEH KERANA PERAK SAHAJA YANG MENGHARAMKANNYA, MAKA AKTIVITI TARIAN INI MASIH HARUS DI JALANKAN DI NEGERI-NEGERI LAIN, DAN BOLEH DIAMALKAN, SEDANGKAN DI PERAK AKTIVITI INI HARUSLAH DIBERHENTIKAN.

WALAU PUN PIHAK NEGERI MEMPUNYAI HAK MASING-MASING UNTUK MENGELUARKAN SEBARANG FATWA DI DALAM NEGERINYA, TETAPI SEKIRANYA BERLAKU KONFLIK DAN PERSELISIHAN FATWA DIANTARA NEGERI-NEGERI, MAKA MUNGKIN HAL INI AKAN MENYENTUH KEWIBAWAAN INSTITUSI FATWA, SAMA ADA PERINGKAT NEGERI ATAU PERINGKAT KEBANGSAAN. SAYA RASA TELAH TIBA MASANYA SEGALA FATWA DI NEGARA KITA INI DISELARASKAN DENGAN CARA DIALOG DAN SYURA DIANTARA PARA MUFTI SENDIRI, TERUTAMANYA YANG MENYENTUH HUKUM HARAM ATAU HARUS SESUATU AKTIVITI MASYARAKAT YANG TELAH DIAMALKAN DI DALAM NEGARA KITA INI, SEPERTI FATWA TARIAN INI, YOGA, ESQ DAN SEBAGAINYA.

PENUBUHAN MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL UGAMA ISLAM PERINGKAT PERSEKUTUAN (MKI) DAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN PADA TANGGAPAN SAYA ADALAH UNTUK MENYELARASKAN HAL EHWAL ISLAM DIANTARA NEGERI-NEGERI, SUNGGUH PUN NEGERI-NEGERI MASIH MEMPUNYAI KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM. NAMUN PENYELARASAN DAN PENYATUAN PANDANGAN DAN HUKUM ADALAH AMAT PENTING UNTUK MENGEKALKAN KREDEBALITI INSTITUSI FATWA NEGARA KITA, DAN KEWIBAWAAN MUFTI SENDIRI SEBAGAI SUMBER FATWA YANG UNGGUL DI NEGARA KITA INI.

PARA MUFTI DAN PIHAK BERKUASA AGAMA NEGARA KITA TENTULAH LEBEH MENGETAHUI TENTANG HAL INI, JADI ELOKLAH KITA MENYERAHKAN HAL INI KEPADA KEBIJAKSANAAN MEREKA UNTUK MENYELESAIKANNYA. KITA HANYA MENGINGATKAN SAHAJA MENGIKUT RUH DAN SEMANGAT AGAMA KITA YANG SERING MENYURUH KITA INGAT MENGINGATKAN SESAMA SENDIRI, KERANA PERINGATAN ITU ADALAH SESUATU YANG MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....