ISU AL-KITAB
SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBICARAKAN ISU INI DENGAN PANJANG LEBAR. MALAH SAYA HANYA INGIN MENYATAKAN FIKIRAN SAYA TENTANG BEBERAPA KEBIMBANGAN UMAT ISLAM TENTANG HAL INI, YANG TELAH TIMBUL BEGITU LAMA, DAN KITA HARUSLAH MENCARI JALAN BAGAIMANAKAH KEBIMBANGAN INI SEHARUSNYA DIHAPUSKAN DENGAN MENENTUKAN SIKAP UMAT ISLAM SENDIRI, DAN JUGA PERSEFAHAMAN DENGAN PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM, KHUSUSNYA PENGANUT KRISTIAN.
MENGIKUT AKHBAR HARI INI, THE CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA, MELALUI KENYATAAN PENGERUSINYA BISHOP NG MOON HING, TELAH MENDESAK KERAJAAN SUPAYA MEMBATALKAN PERINTAH YANG DIBUAT DI BAWAH AKTA ISA DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI ISU-ISU BERKAITAN ALKITAB.
MENURUT BISHOP NG MOON HING : MASALAH UTAMA YANG TIMBUL DARI ISU INI ADALAH BERBALIK KEPADA TAHUN 1982 TENTANG LARANGAN KE ATAS ALKITAB, TAHUN 1993 LARANGAN TENTANG PERJANJIAN BARU (NEW TESTAMENT) DI BAWAH AKTA ISA ATAS ALASAN BAHAWA HAL INI MERUPAKAN PREJUDIS KEPADA KEPENTINGAN NASIONAL DAN KETENTERAMAN AWAM, KEMUDIAN PADA TAHUN 1986 IAITU LARANGAN MENGGUNAKAN ISTILAH ALLAH DALAM PENERBITAN KRISTIAN.
BELIAU MENJELASKAN LAGI BAHAWA MASALAH INI JUGA TIMBUL DISEBABKAN OLEH PANDUAN KEMENTERIAN (DALAM NEGERI) BAHAGIAN KAWALAN TEKS AL-QURAN MENEGAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH.
PERKARA-PERKARA INILAH YANG DI MINTA OLEH BELIAU SUPAYA KERAJAAN MEMBATALKANNYA.
SAYA TIDAK MAHU MENCAMPURI URUSAN INI SEPERTI YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS, KERANA HAL INI HARUSLAH DIPUTUSKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SENDIRI.
TETAPI PADA PANDANGAN SAYA, APABILA KERAJAAN TELAH MELULUSKAN PENGGUNAAN ALKITAB YANG SELAMA INI TERSADAI DI PELABUHAN PORT KLANG DAN KUCHING, MAKA DENGAN SENDIRINYA HAL INI MENAMPAKKAN PENYELESAIAN, WALAU PUN SEBENARNYA ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM PENERBITAN KRISTIAN MASIH BELUM DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SECARA MUKTAMAD PADA PANDANGAN SAYA. TETAPI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH INI DENGAN SENDIRINYA TELAH DAPAT DIGUNAKAN OLEH PENGANUT KRISTIAN MELALUI PENERBITAN YANG BARU DI LULUSKAN ITU.
SAYA AMAT MENGHARAPKAN BAHAWA DALAM SITUASI INI, PIHAK PEMIMPIN-PEMIMPIN AGAMA DI NEGARA KITA INI HARUSLAH DAPAT DUDUK BERSAMA, BERBINCANG DAN BERDIALOG DENGAN SERIUS, IKHLAS DAN BERHIKMAH, BERDASARKAN LATAR BELAKANG POLITIK, SOSIAL DAN BUDAYA NEGARA KITA SENDIRI, BERTUJUAN UNTUK MENCARI PERSEFAHAMAN SESAMA SENDIRI, BUKAN HANYA DATANG DARI PERASAAN SEBELAH PIHAK, ATAU BEBERAPA PIHAK YANG TERTENTU SAHAJA.
SSEHINGGA KE HARI INI PUN, SAYA PERCAYA MASYARAKAT ISLAM, MASIH MEMPUNYAI PANDANGAN YANG BERAT TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM PENERBITAN KRISTIAN, TETAPI MEREKA BERDIAM DIRI, KERANA HAL INI BELUM LAGI DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH. TETAPI MASYARAKAT KRISTIAN, NAMPAKNYA TELAH MEMPEROLEHI SATU PERINTAH, YANG MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH INI DI DALAM PENERBITAN MEREKA MELALUI ALKITAB.
BAGAIMANA PUN, OLEH KERANA ISU-ISU INI ADALAH ISU-ISU AGAMA, YANG AMAT SENSITIF, MAKA SAYA RASA MASYARAKAT MALAYSIA DARI PENGANUT AGAMA MANA SEKALI PUN, JANGANLAH TERBURU-BURU MENDESAK DAN MENGEMUKAKAN TUNTUTAN MEREKA ATAS DASAR KEPENTINGAN AGAMA MASING-MASING SAHAJA. MEREKA HARUS MELIHAT KEPADA SENARIO YANG LEBEH BESAR, DAN MELETAKKAN AGENDA KESEPADUAN DAN KETENTERAMAN AWAM SEBAGAI AGENDA KEUTAMAAN NEGARA DAN RAKYAT BERBILANG AGAMA DI NEGARA KITA INI.
MALAH KEPADA MASYARAKAT DAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI, SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA ISU-ISU ISTILAH DAN PENGGUNAAN BEBERAPA FRASA DAN KALIMAH YANG KITA TAHU ASAL USULNYA DARI PENGGUNAAN AGAMA ISLAM, SUNGGUH PUN DALAM JANGKA PANJANG ATAU JANGKA PENDEKNYA AKAN MENGELIRUKAN PENGANUT ISLAM, TERUTAMANYA GENERASI MUDA, TETAPI KITA TIDAKLAH SEHARUSNYA MENJADIKAN HAL INI SEBAGAI ALASAN UNTUK KITA MERASA TERLALU SENSITIF SEHINGGA SANGGUP MENGORBANKAN NILAI-NILAI MORAL DAN AKHLAK KEISLAMAN KITA.
KEWAJIPAN KITA SEKARANG IALAH MELIPAT GANDAKAN USAHA DAN TENAGA KITA DALAM MENDIDIK UMAT KITA, TERUTAMANYA GENERASI MUDA KITA, UNTUK MEMAHAMI AGAMA ISLAM DENGAN BAIK, TAHU MEMBEZAKAN PRINSIP DAN TERAS YANG FUNDEMENTAL BAGI AGAMA ISLAM DARI SUDUT AKIDAH DAN SYARIAHNYA, MEMAHAMI DENGAN BETUL KONSEP DAN FALSAFAH KETUHANAN DALAM ISLAM, MENDALAMI SEJARAH AGAMA-AGAMA YANG DIBAWA OLEH PARA NABI DAN RASUL, TERUTAMANYA AGAMA SAMAWI DARI ALLAH SWT, DAN DALAM MASA YANG SAMA MEMPUNYAI LATAR BELAKANG YANG MANTAP TENTANG FALSAFAH AGAMA YANG LAIN.
KEBIMBANGAN UMAT ISLAM TENTANG KEKELIRUAN YANG MUNGKIN TIMBUL DARI PERKEMBANGAN TERAKHIR INI, HARUSLAH DIGANTIKAN DENGAN MENGKAJI DENGAN TELITI BAGAIMANAKAH AKIBATNYA KEKELIRUAN YANG MUNGKIN TIMBUL ITU, KEMUDIAN MENCARI JALAN PENYELESAIAN BAGAIMANAKAH HAL ITU BOLEH DI ELAKKAN, IAITU SALAH SATU DARINYA IALAH MELIPAT GANDAKAN USAHA KITA DALAM PENDIDIKAN AGAMA KITA SUPAYA UMAT ISLAM BENAR-BENAR MEMAHAMI AGAMANYA, SEHINGGA DENGAN ITU MEREKA TIDAK AKAN MERASA TERKELIRU DENGAN CABARAN-CABARN BARU YANG DAPAT MENGUJI KEIMANAN DAN KEILMUAN MEREKA TENTANG AGAMA MEREKA, DAN SETERUSNYA AKAN MENJADI KUAT DALAM AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAKNYA.
DARI SUDUT YANG LAIN, SAYA TETAP YAKIN, BAHAWA DIALOG DAN PERBINCANGAN SECARA TERBUKA HARUSLAH DIANJURKAN OLEH KERAJAAN ATAU PIHAK-PIHAK YANG LAIN UNTUK MENEMUKAN PARA PEMIMPIN AGAMA DI MALAYSIA UNTUK BERBINCANG DENGAN BAIK DAN MENYELESAIKAN PERKARA INI, SEBELUM NEGARA KITA JUGA TERHERET KE DALAM KANCAH YANG TIDAK DIINGINI SEPERTI YANG BANYAK BERLAKU DI NEGARA-NEGARA LAIN.

Comments
Post a Comment