TAK TIMBUL 1 MELAYU...
Satu Melayu, satu Cina, satu India, satu Iban dan sebagainya tidak timbul dalam negara kita. Negara yang berbilang kaum ini tidak mungkin diperintah oleh satu kaum. Sejarah telah membuktikan bahawa pemerintah negara ini haruslah berkongsi kuasa diantara pelbagai etnik dan kaum, iaitu bermula dari Perikatan yang di tubuhkan dengan permaupakatan tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India, di Semenanjung Tanah Melayu, sehinggalah ke masa sekarang ketika Barisan Nasional berkongsi kuasa dengan semua kaum. Malah kaum minoriti sekecil mana sekali pun tetap diambil kira tentang hak dan tanggung jawabnya.
Sejak sekian lama, rakyat majoriti negara kita menolak parti politik yang memperjuangkan kaum secara ekstrem dan melampau, sehinggalah ke akhir-akhir ini yang kelihatan hal ini mulai mengalami perubahan, iaitu apabila ketua-ketua politik yang tertentu mulai berani menimbulkan rasa perkauman yang melampau, maka suara-suara sumbang itu mulai mempengaruhi sebahagian pengundi, dan parti pelampau perkauman itu mulai mendapat undi. Pilihan raya Sarawak membuktikan hal ini.
Oleh itu saya harus peringatkan kawan-kawan semua bahawa kini bukan masanya untuk memperjuangkan kepentingan satu kaum yang tertentu, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain lagi.
Masanya kini bagi kita ialah memilih kerajaan yang seimbang, moderat dan adil dalam semua hal, bukan kerana kaum atau agama. Seandainya kempen yang bermatlamatkan penguasaan satu kaum ini di pertingkatkan, maka ancaman keganasan, kemusnahan akan berlaku di negara kita, dan segala kesetabilan politik, ekonomi, sosial dan lain-lain akan mulai goyang dan tercabar, seperti yang berlaku di negara-negara lain.
Saya nampak orang Melayu sememangnya masih dapat bertolak ansur dengan baik kepada kaum lain, dan masih banyak menggunakan pertimbangan yang seimbang demi kepentingan negara dan rakyat umumnya. Oleh itu tindakan beberapa kerat ketua-ketua politik perkauman, dan segelintir pengikut mereka yang fanatik, janganlah hendaknya mengapi-apikan rasa perkauman demi mencari undi. Kemenaangan satu kaum dalam beberapa kerusi pilihan raya, tidak berarti parti itu dapat membentuk Kerajaan, kerana kerajaan hendaklah dibentuk dengan gabungan banyak kaum.

Comments
Post a Comment