BERTENANGLAH SEMUA

KETIKA PIHAK-PIHAK YANG BERKERISIS DAN BERTELAGAH MENGENAI VIDEO SEKS YANG TERMAKLUM, MAKA MASING-MASING TELAH CUBA MELAKUKAN SEGALA USAHA UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA, SEHINGGA BERLANGSUNGNYA SUMPAH LAKNAT SEMALAM.

SAYA BERANGGAPAN BAHAWA LAFAZ SUMPAH YANG DILAKUKAN ITU ADALAH MERUPAKAN KEMUNCAK DARI SATU KERISIS, YANG BERANI DILAKUKAN OLEH TRIO "T" DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN MEREKA.

OLEH ITU SAYA RASA, SATU PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH SEMUA ORANG, SAMA ADA DUA BELAH PIHAK YANG BERTELAGAH, ATAU PIHAK YANG TIDAK BERAT KE MANA-MANA DI NEGARA KITA, IALAH BERDIAM DIRI, BERTENANG DAN BERSABAR. TAWAKKAL DAN PASRAH KEPADA ALLAH SWT SEHINGGA KEBENARAN AKHIRNYA LAHIR LAMBAT LAUNNYA.

SAMA-SAMALAH KITA SEMUA KEMBALI KEPADA FITRAH ORANG MELAYU PADA MASA LAMPAU, YANG TERKENAL SEBAGAI UMAT YANG AMAT TENANG DAN SABAR, SAMA ADA PADA WAKTU SUSAH ATAU SENANG, BERDUKA ATAU BERGEMBIRA, KITA TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN REAKSI YANG TERLALU AGRESIF ATAU BERLEBIH-LEBIHAN KETIKA DITIMPA BALA BENCANA ATAU MENGALAMI KERISIS, TERUTAMANYA KERISIS SAMA SENDIRI.

KEMBALI KEPADA SUMPAH YANG DILAFAZKAN SEMALAM, SATU HAKIKATNYA, ORANG MELAYU AMAT KUAT BERPEGANG KEPADA PRINSIP AGAMANYA, MEMPERTAHANKAN AKIDAH AGAMANYA SEBAGAI SEORANG ISLAM, DAN YANG PALING MENIMBULKAN KEMARAHANNYA IALAH APABILA ADA ORANG LAIN YANG MEMPERTIKAIKAN AGAMANYA, OLEH ITU SEKIRANYA DIA DITUDUH KAFIR, MAKA DIA AKAN MEMPERTAHANKAN DIRINYA BERMATI-MATIAN, WALAU PUN DIA SEORANG MUSLIM YANG BANYAK MELAKUKAN MAKSIAT, YAKNI AGAMANYA ITULAH SEGALA-SEGALANYA, DAN DIA TIDAK MAHU DI ANGGAP ATAU DI COP SEBAGAI ORANG KAFIR.

UNTUK BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH, DENGAN MENYEDARI SEGALA IMPLIKASINYA DARI ALLAH SWT IAITU YANG DIYAKININYA DALAM HATI SANUBARINYA, BUKANLAH SATU PERKARA YANG MUDAH DAN MAIN-MAIN.

OLEH ITU DALAM HAL INI MARILAH KITA SERAHKAN PERKARA INI KEPADA INDIVIDU YANG TERLIBAT, KITA TUNGGU KEPUTUSAN OTORITI DAN PIHAK BERKUASA DALAM MENENTUKAN HUKUM DI DUNIA INI, TAMBAHAN PULA KITA SEMUA ADALAH MANUSIA BIASA, KITA TIDAK TAHU APA YANG GHAIB DAN YANG BERLAKU DI SEBALIK ALAM NYATA YANG DAPAT KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA, KERANA HAL ITU HANYALAH DIKETAHUI OLEH ALLAH SWT.

KITA AKAN HANYA MELAKUKAN DOSA SEKIRANYA KITA MEMBUAT HUKUMAN SENDIRI TERHADAP SESUATU YANG TIDAK KITA TAHU. BERDIAM DIRI DARI SEMUA PIHAK ITU ADALAH SESUATU YANG PALING BAIK. TIDAK BERDOSA, TIDAK MENAMBAHKAN FITNAH YANG TIDAK KITA TAHU, DAN TIDAK MEWUJUDKAN SATU SUASANA TEGANG YANG HANYA DIKETAWAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....