MEMPERKUATKAN BAHASA INGGERIS
Memang isu memperkuatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita amat perlu dibincangkan, bebas dari emosi atau perasaan yang tidak berasas, apa lagi di politikkan. Saya mengikuti perbincangan tentang pengajaran sains dan metametik dalam bahasa Inggeris dari awal lagi, iaitu dari saat Tun Mahathir mengemukakan hal ini di peringkat awalnya. Kita perlu membincangkan alasan beliau kenapa pelajar kita harus mengambil dua mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.
Beliau menegaskan bahawa kedua-dua subjek ini haruslah diajar dalam bahasa Inggeris kerana kedua-dua subjek ini sentiasa berkembang dari hari ke hari. Buku-buku rujukan dan buku teks dalam bahasa Inggeris sentiasa diperbaharui, iaitu berdasarkan fakta sains dan metametik yang setiap hari melalui peringkat yang terbaru.
Kedua-dua mata pelajaran ini bukanlah pelajaran yang statik, tidak berkembang. Oleh kerana buku teks juga dikeluarkan terlalu kerap berdasarkan fakta sains dan teknologi yang baru, maka kita haruslah menggunakan buku teks dan rujukan baru yang tertulis dalam bahasa Inggeris itu.
Kita tidak mampu untuk menterjemahkan buku-buku itu ke dalam bahasa Melayu, oleh itu kita terpaksa memakai buku lama yang telah "outdated", dan istilah-istilah baru juga tidak dapat di fahami oleh pelajar kita, maka kita akan ketinggalan dalam pelajaran ini.
Saya rasa itulah alasan Tun Mahathir yang diberikannya kenapa dua subjek ini mesti diberikan dalam bahasa Inggeris.
Sekarang ini saya rasa ada dua isu yang harus kita bincangkan, dan guru-guru sekolah tentulah lebeh tahu memberikan jawapan kepada isu ini.
Isu pertama adakah kita mempelajari sains dan metametik dalam bahasa Inggeris kerana terlalu cepat kedua-dua subjek ini mengalami pembaharuan, termasuk dari segi istilah dan teori serta perkara teknikal lain yang hanya dapat di kuasai dari buku teks dan rujukan dalam bahasa Inggeris?
Isu kedua, adakah kedua-dua subjek ini diajar dalam bahasa Inggeris bertujuan supaya pelajar-pelajar kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik?
Sekiranya kita memberi alasan bahawa dasar ini bertujuan untuk memperkuatkan penguasaan bahasa Inggeris kepada pelajar kita, apakah tidak ada cara lain yang boleh kita gunakan untuk tujuan itu, seperti menambah masa dan melatih guru untuk mempertingkatkan pengajaran bahasa Inggeris melalui mata pelajaran sastera Inggeris umpamanya, atau mata pelajaran "arts" yang lain, bukan sains dan metametik?
Tun Mahathir sebagai seorang yang pragmatik, mungkin berpandangan bahawa kedua-dua matlamat itu, iaitu untuk menguasai mata pelajaran sains dan metametik juga untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar boleh dilakukan serentak dengan mengajar subjek-subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.
Oleh itu, saya lebeh cenderung supaya penilaian tentang hal ini dibuat melalui sedikit penyelidikan, menilai mutu bahasa Inggeris pelajar-pelajar yang telah mengambil kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris, dan menilai juga penguasaan kedua-dua subjek itu pada pelajar-pelajar, iaitu sejauh manakah mereka lebeh "up to date" dalam menguasai kedua-dua subjek itu, dibandingkan dengan pelajar lain yang mengambil subjek itu dalam bahasa Melayu.
Saya rasa, sekiranya kita mengajar bahasa Inggeris melalui subjek bahasa Inggeris itu juga, tentulah hal ini akan menambahkan kemahiran para pelajar dalam bahasa Inggeris, tetapi kalau kita mengambil idea Tun Mahathir, maka beliau berpandangan penguasaan bahasa Inggeris sahaja tidak memadai, tetapi menguasai bidang ilmu kedua-dua subjek itu adalah penting, iaitu untuk merujuk kepada buku teks dalam bahasa Inggeris, yang sentiasa diterbitkan dalam versi dan fakta baru berdasarkan perkembangan kedua bidang ilmu itu yang amat pesat.
Kita haruslah rasional dalam menimbangkan hal ini. Apa saja hujah kita hendaklah diasaskan kepada fakta yang ilmiah, bukan kepada fakta retorik dan politiking, atau semangat yang berdasarkan slogan semata-mata.

Comments
Post a Comment