PERTAMA KALI DI MALAYSIA



MAJLIS PELANCARAN NADI DIALOG MALAYSIA
PADA 8 APRIL 2011
DEWAN PERDANA FELDA
KEHADIRAN :

TAN SRI YUSOF NOOR, DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM, DATUK ABD. MANAF AHMAD, DATO’ ZAINAL ABIDIN ABDUL KADER, TUAN HAJI IDRIS MAMAT DAN DR FIRDAUS AHMAD AZZAM.



Latar Belakang :

Nadi Dialog Malaysia (NADI) merupakan sebuah pertubuhan bebas dan tidak partisan, ditubuhkan hasil cetusan pemikiran sekumpulan intelektual Malaysia dalam tahun 2009, dan telah didaftarkan dengan rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 18 Ogos 2010.

Objektif :

Objektif penubuhan NADI ialah untuk membangunkan bangsa dan negara Malaysia secara sepadu dan produktif di dalam bidang sosial, ekonomi, politik, agama dan bidang lainnya, melalui berbagai-bagai aktiviti, tetapi fokusnya ialah kepada Dialog yang berasaskan penyelidikan dan pemikiran yang terbuka.

Tujuan dan Matlamat :

1. Bertindak sebagai pusat dialog di antara berbagai kalangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

2. Mengkaji dan dan menjalankan penyelidikan tentang isu-isu semasa secara bersepadu untuk kepentingan rakyat Malaysia dan masyarakat sejagat

3. Menerbitkan hasil kajian dari masa ke semasa

PENDEKATAN

1. Lebeh merupakan pusat pemikiran dan penyelidikan praktikal, dan akan menggalakkan penyertaan semua golongan rakyat di dalam program penyelidikan dan dialognya atas nama individu atau pertubuhan.

2. Akan berusaha mengumpulkan peserta tempatan dan antarabangsa dari masa ke semasa yang terdiri daripada ketua-ketua komuniti, ahli-ahli kepelbagaian agama, anggota masyarakat madani dan NGOs dalam menjayakan programnya.

3. Hasil penyelidikan dan dialog adalah untuk mengenal pasti dan mengemukakan pandangan terhadap dasar negara dari segi penggubalan dasar, keutamaan dan perlaksanaannya, dan mencari penyelesaian bagi sebarang pertikaian dan konflik yang timbul di dalam masyarakat.

4. Dialog dan penyelidikan yang dimaksudkan ialah yang berorientasikan tindakan dan penyelesaian masalah, berdasarkan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara, Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara yang telah diterima oleh semua rakyat negara ini.

5. Menyediakan forum perbincangan, dialog dan komunikasi yang sihat dan terbuka mengenai berbagai-bagai isu dalam pelbagai bidang, ketika hal ini mungkin agak sukar untuk di jalankan di dalam suasana dan persekitaran yang lain, dengan pemudah cara yang mahir dan cekap



KAEDAH

Program NADI akan disusun begitu rupa untuk membicarakan semua isu dan mendapatkan hasil yang baik melalui kaedah yang berikut :

1. Kajian dan analisis : kajian atau penyelidikan dan analisis sesuatu isu itu akan dibicarakan secara sepadu untuk mencapai hasil yang baik

2. Membina perdamaian dan mengelakkan konflik : mencari formula dan unsur-unsur yang membantu usaha permuafakatan dan menghapuskan konflik

3. Mengkaji dan menyelaras : membuka jendela penyelarasan yang paling sesuai dengan pandangan umum peserta secara objektif berdasarkan kajian semula dan menoleh ke belakang tentang punca-punca konflik

4. Kajian dan analisis : kajian atau penyelidikan dan analisis sesuatu isu itu akan dibicarakan unsur-unsur yang membantu usaha permuafakatan dan menghapuskan konflik

5. Kerajaan Bistari : hubungan dari bawah ke atas secara bijak tanpa mencabar undang-undang dan kuasa pemerintah secara melulu dengan mengambil kira latar belakang setempat










PESERTA DAN PENYERTAAN : Berdialog bukan Berdebat :


1. Dialog bertujuan mencari persefahaman : pihak-pihak yang berdialog berusaha dan bekerja kea rah persefahaman. Debat adalah pertentangan : pihak-pihak yang berdebat menentang sama sendiri dan mencuba untuk membuktikan bahawa pihak lain semuanya salah

2. Dalam dialog : matlamatnya ialah mencari persetujuan bersama. Dalam debat : kemenangan merupakan matlamatnya


3. Dalam dialog : peserta mendengar pandangan orang lain untuk memahami, meneliti isu dan mendapatkan persepakatan. Dalam debat : seorang peserta atau kumpulan berusaha mencari kelemahan orang lain dan membantah semuanya.

4. Dialog boleh mengembang atau berkemungkinan mengubah pandangan peserta. Debat akan terus menerus memperkuatkan pandangan individu atau kumpulan yang tertentu.


5. Dialog berkemungkinan menilai semula sesuatu andaian atau asumpsi. Debat memperkuatkan andaian seseorang atau kumpulan yang tertentu sebagai kebenaran

6. Dialog membuka peluang untuk mencapai penyelesaian yang lebeh baik daripada penyelesaian asal. Debat mempertahankan penyelesaian yang dicadangkan sebagai penyelesaian yang terbaik


7. Dalam dialog peserta mengemukakan pandangannya yang terbaik, dengan harapan bahawa pandangan orang lain mungkin dapat membaikinya, bukan merosakkannya sama sekali. Dalam debat peserta mengemukakan pandangan dianggapnya terbaik dan mempertahankannya secara membuta tuli bagi membuktikan bahawa pandangan sahaja yang benar

8. Dalam dialog peserta berusaha mencari penyelesaian dan permuapakatan yang asas. Dalam debat peserta berusaha mencari titik perselisihan yang nyata.


Ahli Jawatankuasa Nadi 2011 – 2013 :
1. Tan Sri Datuk Dr Mohd Yusoff Mohd Noor - Presiden
2. Dato’ Dr Ismail Ibrahim - Timbalan Presiden
3. Datuk Abd Manaf Haji Ahmad - Setiausaha
4. Prof Madya Dr Firdaus Ahmad Azzam - Penolong Setiausaha
5. Haji Idris Mamat - Bendahari
6. Dato’ Hj Mohd Zihin Hj Mohd Hassan - AJK
7. Dato’ Zainal Abidin Hj Abdul Kadir - AJK
8. Prof. Dr Idris Zakaria - AJK
9. Prof. Dato’ Dr Zainal Kling - AJK

Pengurusan
Alamat Pejabat :
Pertubuhan Nadi Dialog Malaysia
Tingkat 2
Wisma Besta
No. 9 Jalan 2/4C
53100 Kuala Lumpur

Alamat Surat Menyurat :
No 12, Jalan Bunga Melati 2/2
4000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Fax No. 03 – 5519 2032

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....