SEMUA NAK JADI HAKIM
KEHADIRAN VIDEO KONTROVERSIAL MENGUNDANG SEMUA ORANG UNTUK MENJADI HAKIM, DAN MENJATUHKAN HUKUMAN MENGIKUT KEPALA DAN PENDIRIAN MASING-MASING, TERUTAMANYA DIDORONG OLEH RASA TAKSUB DAN FANATIK KEPADA SESEORANG, ATAU KUMPULAN TERTENTU. WIRA DALAM VIDEO SEKS ITU SI ANU, "SAH, DIALAH ORANGNYA", MENGIKUT KATA ORANG YANG MEMUSUHI SI ANU ITU, ATAU YANG TIDAK SEALIRAN DENGANNYA DALAM POLITIK TERUTAMANYA. "MANA BOLEH, ITU BUKAN DIA, BADAN DIA BUKAN MACAM TU, BADAN DIA....." HUKUM ORANG LAIN PULA YANG INGIN MEMBELANYA DAN MENOLAK TANGGAPAN PUAK LAGI SATU YANG MENGATAKAN WIRA ITU ADALAH DIA. AMAT JARANG AKAN DIDAPATI ORANG YANG SABAR MENUNGGU, MENANTI PIHAK BERKUASA MENENTUKANNYA, MENYIASATNYA, DAN KEMUDIANNYA MENGAMBIL KESIMPULAN YANG TERAKHIR. JARANG TERJUMPA ORANG YANG BERSIKAP MACAM INI, IAITU YANG TIDAK MAHU MELOMPAT MENGAMBIL KEPUTUSAN, SEOLAH-OLAH DIA BENAR-BENAR YAKIN, "ORANG ITU IALAH DIA, SI ANU" ATAU "ORANG ITU BUKANLAH SI POLAN, MANA BOLEH SI POLAN ITU AKAN BERKELAKUAN DEMIKIAN ..?"... SIKAP ORANG YANG MENJATUHKAN HUKUMAN INI MERUPAKAN SIKAP SERBA TAHU, SEOLAH-OLAH DIA MEMPUNYAI SIFAT ISTIMEWA YANG "TAHU SEGALA-SEGALANYA" DAN DIA SENTIASA MELANTIK DIRINYA MENJADI HAKIM, SEBELUM MAHKAMAH YANG MEMPUNYAI HAKIM ITU MEMUTUSKAN SESUATU KES ITU. INILAH SENARIO YANG BERADA DI HADAPAN MATA, PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN KITA SEJAK SEKIAN LAMA, TERUTAMANYA PADA HARI-HARI TERAKHIR INI, SEMUA SERBA TAHU, SERBA YAKIN, TAK PERLU MENUNGGU PIHAK OTORITI MENJATUHKAN HUKUM. ORANG ISLAM DI RANTAU LAIN BERPERANG BERBUNUH-BUNUHAN DENGAN SENJATA, MATI DAN SAKIT, MENDERITA DAN TERSIKSA. ORANG ISLAM LAIN MELETUPKAN DIRI UNTUK MEMBUNUH ORANG LAIN, DI DALAM MASJID, PASAR, SEKOLAH, DI ATAS JALAN DAN SEBAGAINYA, DEMI KERANA MAZHAB ATAU ALIRAN SUFI. TETAPI KITA DI MALAYSIA BEREBUT-REBUT MENCARI NAMA DAN PENGARUH, MEMBANGUNKAN TAKSUB POLITIK PARTISAN, SEHINGGA SEMUANYA DI POLITIKKAN. HAL INI MUNGKIN LEBEH BURUK AKIBATNYA DARIPADA MELONTAR BOM DAN BATU, MENEMBAK DAN MEMBUNUH, MEMBERONTAK DENGAN PENUH KEGANASAN DAN KEKERASAN. BILAKAH MASANYA AGAKNYA AKAN TIBA KEPADA RAKAN-RAKAN KITA DAN UMAT KITA, SERTA RAKYAT KITA MAHU MENGAMBIL MASA BERTENANG, BERDIAM DIRI, BERSABAR DAN MENYERAHKAN KEPUTUSAN KEPADA PIHAK YANG BEROTORITI UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN. DALAM IBADAT SEMBAHYANG PUN TERDAPAT MASA BERDIAM ATAU "THOMA'NINAH" DALAM RUKUK DAN SUJUD KETIKA BERSOLAT. BERSABAR DAN BERFIKIR AKAN KEBESARAN ALLAH DALAM WAKTU-WAKTU YANG TERTENTU. BEREHAT DAN BEKERJA, BERCAKAP DAN BERDIAM DIRI,.... TETAPI KITA TIDAK BERHENTI BERCAKAP DAN BERBALAH, BERTENGKAR DAN BERKERISIS, DAN TIDAK BERSABAR DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT... HARAP-HARAP MASA BEGITU AKAN TIBALAH DALAM MASYARAKAT KITA...IAITU KETIKA SEMUA KITA MAHU BERTENANG DAN BERFIKIR....MENYERAHKAN KEPADA ALLAH UNTUK MENUNJUKKAN KEBENARAN...MENENTUKAN TAKDIR DAN QADA' QADARNYA...KITA SEMUA BUKANLAH ALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA. KITA HANYA MANUSIA BIASA, TIDAK ADA ILMUL-YAQIN, TIDAK ADA 'AINUL-YAQIN....HANYALAH ALLAH YANG MENGETAHUI SEMUANYA, ALAM ZAHIR DAN ALAM GHAIB....
Comments
Post a Comment