ISLAM BUKAN HANYA SIMBOLIK

ISLAM MERUPAKAN SATU SISTEM HIDUP YANG MENGGABUNGKAN DI ANTARA ROHANI DAN JASMANI, AMAL DAN NIAT, FORM DAN SUBSTANCE.
SEORANG YANG MEMBASUH MUKA, TANGAN KAKI, SAPU KEPALA YANG KELIHATAN SEPERTI MENGAMBIL WUDU', TIDAK AKAN MENJADI PERBUATANNYA ITU SEBAGAI IBADAT WUDU' SEKIRANYA IA TIDAK BERNIAT MENGAMBIL WUDU' KERNA ALLAH SWT, IAITU TANPA MENYERTAI PERBUATANNYA ITU DENGAN NIAT KERANA ALLAH .

DEMIKIAN JUGA SEORANG YANG TUNDUK BANGUN SEPERTI ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG, TETAPI TIDAK BERNIAT UNTUK ALLAH SWT TENTANG PERLAKUANNYA ITU, IAITU IA BERSEMBAHYANG KERANA ALLAH SWT, MAKA PERBUATANNYA ITU TIDAK MENJADI IBADAT SEMBAHYANG KERANA TIDAK DISERTAI DENGAN NIAT.

OLEH ITU SETIAP ORANG ISLAM HARUSLAH MEMAHAMI KONSEP INI, SUPAYA ISLAM TIDAK HANYA MERUPAKAN RITUAL YANG DILAKUKAN TANPA NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

ISLAM TIDAK HANYA MERUPAKAN KATA-KATA DI BIBIR MULUT, ATAU DIPAMERKAN SEBAGAI BARANGAN JULANA, TANPA MEMPUNYAI RUH DAN NIAT KERANA ALLAH, DAN DILAKUKAN DENGAN PENUH PENGHAYATAN DARI SEGI PRAKTIKAL DAN TINDAKANNYA.

DALAM KEADAAN INILAH SEORANG YANG TUNDUK BANGKIT MENGERJAKAN SEMBAHYANG, PADA HAL TIDAK DAPAT MENGHAYATINYA DENGAN BAIK DALAM NIAT DAN PRAKTISNYA, MAKA DIA DALAM MASA YANG LAIN AKAN MELAKUKAN PERBIATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA ITU SENDIRI.

MEMANG TEPATLAH PEPATAH YANG MENGATAKAN BAHAWA "KITA TIDAK BOLEH MENGAMBIL KEPUTUSAN TENTANG BAIK ATAU TIDAKNYA ISI SEBUAH BUKU ITU SEMATA-MATA KERANA MELIHAT KEPADA KULITNYA SAHAJA". (DONT JUDGE THE BOOK FROM ITS COVER)

BANYAK JUGA NEGARA ISLAM PADA HARI INI YANG MENGAKU SEBAGAI NEGARA ISLAM, MALAH MENDAKWA BAHAWA RAKYAT NEGARA ITU TELAH DIDIDIK DENGAN BAIKNYA DALAM MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN ISLAM, KERANA DASAR NEGARA ITU ADALAH DASAR ISLAM, TETAPI BILA MELIHAT KEPADA INDIVIDU WARGA NEGARANYA, TEERNYATA BAHAWA BANYAK PENYELEWENG YANG BERLAKU DI KALANGAN INDIVIDU WARGA NEGARANYA.

TERDADAP NEGARA YANG MENGAKU MENGAMALKAN DASAR ISLAM DAN RAKYATNYA KOMITED KEPADA ISLAM SEPENUHNYA, TETAPI DALAM MASA YANG SAMA KITA DAPAT MELIHAT BAHAWA RAKYAT NEGARA TERSEBUTLAH UMPAMANYA YANG BANYAK MELAKUKAN KESALAHAN JENAYAH, MEROMPAK, MEMBUNUH, MENGEDAR DAN MENYELUDUP DADAH DAN SEBAGAINYA.

INILAH SATU CONTOH YANG NYATA, BAHAWA TIDAK ADA ORANG ATAU KUMPULAN YANG BOLEH MENDAKWA BAHAWA NEGARA ATAU NEGERINYA ISLAM, SEDANGKAN SETIAP HARI KITA DAPAT MELIHAT RAKYATNYA MELAKUKAN BERBAGAI PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM. SIMBOL DAN NAMA "ISLAM" SAHAJA TIDAK DENGAN SECARA OTOMATIK MENJADIKAN PENDUDUK ATAU RAKYATNYA LEBEH ISLAM DARI ORANG LAIN.

MENDAKWA NEGARA ATAU NEGERI ITU ISLAM ATAU TIDAK, BUKAN HANYA PADA DAKWAAN DAN KATA-KATA YANG MERUPAKAN SIMBOLIK DAN RETORIK SAHAJA, SEDANGKAN MORAL DAN AKHLAK INDIVIDU ATAU KELOMPOK RAKYATNYA TIDAK BERJAYA MENGHAYATI AJARAN ISLAM, KERANA TERDAPAT KUMPULAN ATAU INDIVIDU YANG MENJAJA NAMA ISLAM KE SANA SINI, TETAPI SISTEM SOSIAL, MORAL DAN LAIN-LAINNYA TIDAK DISEPADUKAN DI DALAM PEMERINTAHAN DAN PENDIDIKAN NEGARA TERSEBUT.

SAYA MENYEBUT HAL INI, KERANA RAMAI ORANG ISLAM YANG TERPEDAYA DENGAN PROPAGANDA INI, YANG HANYA MELIHAT KEPADA KULIT DAN PENAMPILAN DIRI YANG "ISLAMIK" SEDANGKAN ISINYA TIDAK, RAMAI ORANG YANG MAHU BERSELOGAN, SEDANGKAN SLOGAN ITU TIDAK DI ISIKAN DENGAN BAIK, MALAH TIDAK DI FAHAMINYA, MALAHAN "ISLAM" DIGUNAKAN UNTUK MASLAHAT DAN KEPENTINGAN YANG TERTENTU SAHAJA UNTUK MENGABUI MATA ORANG RAMAI.

OLEH ITU HARUSLAH DIFAHAMI BAHAWA ISLAM ITU ADALAH TEORI DAN PRAKTIKAL, IMAN DAN AMAL, RUH DAN JASAD, BUKAN TERLETAK PADA SIMBOL DAN KULIT, DAKWA DAKWI YANG MENGAKU DIA ITU WARA'. ISLAMIS, MALAH LAHIR DALAM SERBA SUCI DAN SEBAGAINYA, SEDANGKAN PENGISIANNYA TIDAK ISLAMIK.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....