Posts

Showing posts from June, 2011

Bersih? Atau, Cemar?

Ada orang menganggap bahawa tindakan yang dicadangkan secara besar-besaran untuk mengumpulkan manusia pada 9 Julai bagi menyatakan perasaan tidak puas hati, adalah merupakan satu gerakan BERSIH. Mereka melihat hal itu sebagai sesuatu yang suci, bagus dan beretika. Tetapi bagi orang lain, mungkin bagi rakyat majoriti, hal itu adalah satu gerakan cemar, kotor dan tidak bertamadun. Saya ingin menujukan pandangan saya ini kepada masyarakat Islam di Malaysia. Apakah masyarakat Islam yang menyokong cadangan ini benar-benar ikhlas dan jujur dalam menyokong tindakan yang tidak dibenarkan oleh undang-indang negara itu, kerana perjumpaan itu tidak mendapat permit polis? Atau kalau hendak dianggap permit polis itu tidak penting kerana hal itu hanya merupakan undang-undang ciptaan manusia, tetapi apakah tindakan melanggar pemerintah itu merupakan sesuatu yang direstui oleh agama? Banyak catatan sejarah dalam kehidupan baginda Rasulullah SAW yang menunjukkan dengan jelas bahawa baginda menentang ti...

MALAM ISRA' DAN ZAMAN DULU-DULU

Dulu-dulu suasana beragama dan kesedaran tentang ibadat serta ketibaan bulan-bulan Islam amat mudah dirasa. Masa saya budak-budak berhingus di kampung lama dulu, saya tahu bulan Rejab dah masuk, kerana saya tenguk mak saya berpuasa, sedangkan bulan puasa belum tiba. Pada mulanya saya hairan juga kenapa mak saya puasa sedangkan bulan Ramadhan belum tiba, saya tahu bulan Ramadhan dah tiba kerana tiap2 malam ada terawih, makan mureh, dan masa orang sembahyang di surau, kami main macam2, riuh rendah dalam kampung, dan masuk hutan, berbekalkan lampu suluh yang berbeteri baru. Bila orang sudah sembahyang, kami pun bergegas ke surau berebut makan bubur kacang, bubur nasi, meehun goreng, atau habis2 lekeh pun makan roti dengan kari ayam. Sedap sungguh moreh ni. Itulah tandanya bulan puasa, tetapi mak saya puasa dah, malam2 tak ada terawih dan tak ada moreh pun. Lama kemudian, bila saya dah pergi sekolah, barulah saya tahu yang emak saya tiap2 tahun puasa tiga bulan, Rejab, Sya'ban dan Rama...

PERJALANAN MALAM

MALAM ISRA’ (Sempena27 Rejab) TERSEBUT KISAH SATU MALAM KETIKA RASULULLAH DI BAWA ALLAH MENGEMBARA JAUH DARI MASJID AL-HARAM KE MASJID AL-AQSA UNTUK DI PERLIHATKAN ALLAH KEKUASAAN DAN KEBESARAN-NYA. INILAH MALAM ISRA’ TANDA KEMULIAAN BAGINDA PILIHAN TUHAN ALLAH MAHA AGUNG DEMIKIANLAH JUGA TERSEBUT KISAH SEBELUM INI TENTANG KURNIAAN ALLAH KEPADA NABI MUSA KETIKA BAGINDA BERMUNAJAT DI GUNUNG “THURSINA” LALU DITURUNKAN KEPADANYA KITAB TAURAT UNTUK MENJADI PETUNJUK DAN HIDAYAH BAGI KAUMNYA: BANI ISRAEL BANI ISRAEL NAN SOMBONG DAN DURHAKA KENANGILAH DATUK NENEK MU YANG DILANDA TAUFAN BERSAMA-SAMA NABI NUH KAUMNYA YANG DEGIL BONGKAK DAN KERAS MUSNAH DILANDA BALA BENCANA BADAI DAN OMBAK RAKSAKSA. TETAPI..... KAUMNYA YANG PUNYA IMAN YANG TAAT, PATUH TERSELAMAT BERSAMA-SAMA NABI NUH BANI ISRAEL MENENTANG NABI MUSA MENGGANAS DAN MENCEROBOH BUMI PALESTIN BERMANDI DARAH INILAH PENDURHAKAAN MEREKA DAN MEREKA DIMUSNAHKAN DARI DUA SERANGAN OLEH BABILION DAN ROMA ISRA’ DAN KISAHNYA MEMBERIKAN IKTIB...

TAK PERLU TIRU NEGARA ARAB

Apa-apa ysng berlaku di dunia Arab, di Asia Barat atau di Afrika Utara, tidak semestinya baik, sehingga kita juga perlu menirunya bulat-bulat dan melakukan seperti yang mereka lakukan. Demikianlah juga dengan kebangkitan dan rebolosi yang berlaku di sana mutakhir ini, iaitu di Tunisia, Mesir, Libya, Jordan, Syria, Yaman dan lain-lain, tidak seharusnya kita melihatnya sebagai satu perkembangan yang sihat sehingga kita juga, tanpa memeriksa dengan teliti, terus ingin juga supaya hal itu berlaku di dalam negara kita. Perkembangan yang berlaku di negara-negara Arab itu sememangnya mengundang rakyat untuk menuntut perubahan, kerana perubahan yang sepatutnya telah berlaku di dalam negara-negara mereka itu seharusnya telah berlaku sejak lama dulu lagi, tetapi tidak juga menjelma sehingga sekian lama, maka rakyat mulai sedar dan bangun memberontak, iaitu untuk memaksa supaya perubahan itu berlaku, dan hal inilah yang berlaku di Tunisia dan Mesir ketika rakyat berjaya memaksa ketua kerajaan mer...

RAKYAT MALAYSIA TERPERANGKAP DENGAN PERSEPSI PALSU

SAYA MERASA AMAT DUKACITA DAN HAMPA APABILA MENAIKI PESAWAT TERBANG MAS DARI ISTANBUL KE KUALA LUMPUR HARI ISNIN 20 JUN 2011 YANG LALU, IAITU SETELAH SEKIAN LAMA TIDAK MEMBACA AKHBAR MELAYSIA, LALU APABILA MEMBACA AKHBAR TANAH AIR ITU, MAKA SAYA MENEMUI BERBAGAI-BAGAI BERITA SAMPAH SARAP YANG MENGANDUNGI TUDUHAN DAN KECAMAN YANG DILAKUKAN TERHADAP KERAJAAN DAN SISTEM NYA, SERTA INSTITUSI NEGARA KITA, YANG SEOLAH-OLAH SEMUANYA BURUK DAN NEGATIF, TIDAK ADA SESUATU PUN YANG BAIK. KECAMAN TERHADAP SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA, NAMPAKNYA AMAT BERAT DAN MERUPAKAN SATU TUDUHAN YANG SERIUS, TERUTAMANYA APABILA HAL INI MENJADI ISU SEHINGGA AKAN DIANJURKAN SATU DEMONSTRASI BESAR-BESARAN YANG AKAN DI ADAKAN PADA 9 JULAI INI, YANG DILAMBANGKAN SEBAGAI GERAKAN "BERSIH". SEBENARNYA DARAH RAKYAT MEMANGLAH BOLEH DI API-APIKAN, WALAU PUN DENGAN TUDUHAN YANG MERUPAKAN PERSEPSI YANG BELUM TENTU MEMPUNYAI KEBENARANNYA. PERSEPSI SENTIASA BOLEH DIKEMUKAKAN SEBAGAI KENYATAAN, TERUTAMANYA APA BILA PER...

DARI ANKARA KE KUCHING

ALHAMDULILLAH, BALIK DARI ANKARA YANG MENGAMBIL MASA BERBELAS-BELAS JAM DI UDARA, AKHIRNYA MENDARAT DI KLIA SELASA 21 JUN JAM 5 PAGI. SEMASA DI ANKARA, IAITU PADA HARI AHAD 19 JUN JAM 9 PAGI, KERTAS SAYA DIBENTANGKAN DI DALAM PERSIDANGAN "INTERNATIONAL CONFERENCE ON HIGHER EDUCATION" (I.C.H.E)INI TENTANG KERJASAMA DIANTARA UNIVERSITI DAN PARA PENYELIDIK TIMUR DAN BARAT, TERUTAMANYA DI ANTARA DUNIA BARAT DAN ISLAM, YANG SEHARUSNYA DI PUPUK DENGAN LEBEH AKTIF DALAM MEMAHAMI DI ANTARA SATU DENGAN LAIN, TERUTAMANYA BAGI MENGELAKKAN KONFLIK YANG MELIBATKAN MANUSIA SEJAGAT DISEBABKAN OLEH PREJUDIS BANGSA, AGAMA, POLITK DAN SEBAGAINYA. (MUNGKIN NANTI SAYA SIARKAN SEBAHAGIAN DARI KERTAS SAYA ITU DI SINI). SELESAI PEMBENTANGAN, WAKIL ISRAEL (!) YANG MULA-MULA BERSALAM DENGAN SAYA DAN MENYATAKAN KEGEMBIRAANNYA DENGAN PEMBENTANGAN SAYA. KEMUDIAN BERLAKU PERTUKARAN PANDANGAN DENGAN WAKIL TUAN RUMAH (TURKI)TENTANG BAGAIMANAKAH MUNGKIN DISIPLIN AGAMA DISEPADUKAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN UMU...

"RANGKING" UNIVERSITI BILKENT

UNIVERSITI BILKENT ANKARA YANG MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON HIGHER EDUCATION TAHUN INI, YANG BERLANGSUNG DARI 17 HINGGA 19 JUN 2011, BERADA DALAM SENARAI 200 UNIVERSITI TERATAS DI DUNIA SEPERTI YANG DINILAI OLEH TIMES HIGHER EDUCATION (THE). UNIVERSITI INI JUGA ADALAH MERUPAKAN UNIVERSITI YANG TERATAS DI TURKI. MENURUT PENILAIAN (THE)UNIVERSITI INI BERADA DI TANGGA 112 TERBAIK DI DUNIA, DAN DI TANGGA 32 UNIVERSITI TERBAIK DI EROPAH. BERITA BULETIN UNIVERSITI INI DALAM VERSI KHUSUS SEMPENA KONVOKESYENNYA PADA 16 JUN 2011 MENYATAKAN "...USING A SYSTEM THAT ASSINGS A SCORE TO 13 PERFORMANCE INDICATORS UNDER FIVE SUBJECTS CATEGORIES: TEACHING, INTERNATIONAL MIX, INDUSTRY INCOME, RESEARCH AND CITATIONS, TIMES HIGHER EDUCATION REACHES AN OVERALL SCORE. BILKENT SCORED 55.4, WHEREAS THE NUMBER ONE UNIVERSITY, HARVARD UNIVERSITY, SCORED 96.1, AND THE NUMBER TWO, THE CALIFORNIA INSTITUTE OF TECHNOLOGY, SCORED 96.0" BULETIN ITU JUGA MEMAPARKAN LAM...

POLITIK TURKI SELEPAS PILIHAN RAYA

HARI INI SAYA TANGGUHKAN DULU UNTUK BERBICARA TENTANG PERSIDANGAN YANG SAYA HADIRI DI ANKARA, DAN UNIVERSITI YANG MENGANJURKANNYA, YANG SAYA HADIRI MAJLIS KONVONYA SEMALAM. SAYA TERTARIK UNTUK MEMBINCANGKAN SEDIKIT TENTANG POLITIK TURKI YANG DAPAT SAYA TELITI DALAM AKHBAR MEREKA. SEPERTI TERMAKLUM, PILIHANRAYA UMUM TURKI TELAH DIADAKAN PADA 12 JUN 2011 YANG LALU, DAN PARTI PIMPINAN PERDANA MENTERINYA YANG LALU, TAYYIP ERDOGAN, TELAH SEKALI LAGI MENDAPAT MANDAT RAKYAT UNTUK MEMBENTUK KERAJAANNYA DAN MENERUSKAN PEMERINTAHANNYA. BAGAIMANA PUN ERDOGAN TIDAK MENDAPAT MAJORITI YANG MENCUKUPI UNTUK MEMINDA PERLEMBAGAAN SEPERTI YANG DIJANJIKANNYA DI DALAM KEMPEN PRU NYA YANG LALU. MALAH KEMENANGAN INI HANYA DIRAYAKAN DENGAN KADAR YANG KECIL SAHAJA, DAN KETUA-KETUA PARTI YANG MENANG SERING MENGELAKKAN DIRI DARIPADA BERCAKAP KEPADA MEDIA. DALAM UCAPAN KEMENANGANNYA DARI BALKONI, YANG KEMUDIAN TERKENAL DENGAN PANGGILAN "UCAPAN BALKONI", SATU UNGKAPAN ERDOGAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA O...

HARI KEDUA DI ANKARA

KONVOKESYEN YANG MERIAH, TIDAK MENJEMUKAN. ITULAH YANG DAPAT SAYA SIFATKAN MAJLIS KONVOKESYEN YANG DIJALANKAN DI UNIVERSITI TEMPAT PERSIDANGAN THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON HIGHER EDUCATION (I.C.H.E.) MULAI ESOK, KHAMIS 17 JUN 2011, IAITU BILKENT UNIVERSITY, ANKARA. KEBETULAN UNIVERSITI INI MENGADAKAN MAJLIS KONVOKESYENNYA HARI INI, MAKA BEBERAPA ORANG PEMBENTANG KERTAS KERJA YANG AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM PERSIDANGAN TERSEBUT, TELAH DIUNDANG BERSAMA SEBAGAI TETAMU KHAS, DUDUK DI DEPAN, BARISAN KEDUA. HARI INI PULA HUJAN LEBAT TURUN DI ANKARA, ORANG TURKI SAMA JUGA DENGAN ORANG PUTEH, MEREKA TAU REDAH SAHAJA DALAM HUJAN YANG LEBAT, LARI KE KERETA, TAK ADA PAYUNG, TAK ADA APA-APA PERLINDUNGAN, LALU KAMI PUN LARI JUGA LENTANG PUKANG DALAM HUJAN MENUJU KE KERETA, DAN ADA SEORANG PROFESOR, YANG AGAK BERUMUR, (TETAPI MUNGKIN LEBEH MUDA DARI SAYA), MERANGKAK MENAIKI VAN PACUAN EMPAT RODA YANG DISEDIAKAN BAGI KAMI, IAITU PROFESOR DARI NEGERI BELANDA, YANG TERMENGAH-MENGAH BERLARI DAL...

FIRST DAY IN ANKARA

DARI ISTANBUL SAYA KE ANKARA DENGAN PESAWAT TURKI, MAKAN MASA 1 JAM 5 MINIT TETAPI SEMPAT MAKAN HIDANGANNYA : AYAM TURKI KUKUS DAN SALAD. ANKARA IALAH IBU KOTA TURKI. DIANTARA NAMA-NAMA LAMANYA IALAH ANKUWASH, ANKYRA, ANGORA....DAN LAIN-LAIN LAGI. SEJARAH PENDUDUKANNYA KEMBALI KEPADA ZAMAN PENDUDUKAN PHRYGIANS , DIIKUTI OLEH LYDIANS, PERSIANS, GALATIANS, ROMANS, TURKS, SELJUKS DAN EMPIRE OTHMANIAH . MASA BELAJAR DI MAAHAD MAHMUD ALOR STAR DULU DALAM PELAJARAN SEJARAH ISLAM, SAYA PERNAH BELAJAR TENTANG SEJARAH SELJUK (AL-SALJUQQIAH) DAN EMPIRE OTHMANIAH. TETAPI TAK FAHAM SANGAT DI MANAKAH JAJAHAN TAKLUK SALJUK DAN OTHMANIAH INI. MUSTAFA KEMAL ATATURK IALAH ORANGNYA YANG TELAH MENGISYTIHARKAN NEGARA TURKI SEBAGAI SEBUAH NEGARA REPUBLIK PADA TAHUN 1923. PADA MASA ITU ANKARA MERUPAKAN SEBUAH KOTA KECIL, HANYA DIHUNI OLEH KIRA-KIRA 30,000 ORANG PENDUDUK YANG MASIH TIDUR DAN MIMPI, TETAPI KINI ANKARA MERUPAKAN KOTA KEDUA TERBESAR DI TURKI SELEPAS ISTANBUL, DENGAN PENDUDUKNYA BERJUMLAH LEBE...

FROM TURKEY WITH LOVE !

CATATAN DALAM PENERBANGAN Perjalanan jauh memang berat dan menjemukan. Perjalanan yang saya lalui dari KL ke Istanbul ini pun memakan masa yang lama, 10 jam 25 minit dalam penerbangan. Semasa saya menulis catatan ini, pesawat MAS MH 30 ini telah terbang kira-kira 7 jam setengah, baki kira-kira 3 jam lagi sebelum mendarat di lapangan terbang Istanbul, insya’Allah. Pesawat yang sepatutnya berlepas pada jam 12.30 tengah malam tadi, telah terlewat hampir sejam kerana pintu tempat meletak kargo di bahagian bawah pesawat tidak dapat ditutup rapat, sehingga terpaksa dibetulkan semula oleh jurutera, yang memakan masa hampir sejam. Sayangnya kapten pesawat hanya memberitahu para penumpang bahawa kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah “teknikal yang kecil”. Saya mendapat tahu tentang masalah teknikal ini dari pramugara pesawat, setelah saya bertanya kepadanya apakah sebenarnya masalah teknikal itu. Namun begitu, saya juga memahami etika penerbangan yang melarang kepten memberitahu ...

TO ANKARA WITH HOPE

I AM LEAVING FOR ANKARA TONIGHT TO TAKE PART IN A CONFERENCE AT A UNIVERSITY THERE, MY PAPER IS ENTITLED " HUMAN RELATIONS IN MULTI-RACIAL SOCIETIES - GLOBAL ETHICS AND OUR COMMON FUTURE" I HOPE TO SPEAK ON OUR MULTI-RACIAL COUNTRY, OUR EXPERIENCE AND THE PEACEFUL CONDITION OF OUR PEOPLE. I HOPE TO EXAMINE SOMETHING ABOUT THE OUTCOME OF TURKISH GENERAL ELECTION HELD RECENTLY, WHERE THE PRESENT PRIME MINISTER HAS BEEN RE ELECTED TO HEAD THE GOVERNMENT. THERE ARE MANY THINGS THAT WE CAN LEARN FROM TURKEY, AND AGAIN, HOPEFULLY I WILL BE ABLE TO BRING HOME SOME EXPERIENCE TO SHARE WITH YOU ALL. WASSALAM

PEDULIKAN OBEDIENT WIVES CLUB

SAYA TELAH MENULIS SEDIKIT TENTANG CLUB INI DAN PANDANGAN ANEH DAN HINA MEREKA TENTANG WANITA. MEMANG SEGALA KENYATAANNYA MENGGAMBARKAN MENTALITI MELAYU ATAU ISLAM YANG AMAT CETEK DAN MUNDUR. BANYAK PIHAK YANG AKAN MENGEKSPLOITASIKAN PANDANGAN MEREKA BERTUJUAN UNTUK MENDEDAH KEPADA DUNIA TENTANG MENTALITI ORANG ISLAM YANG AMAT KONTROVERSI ITU. MALAH ADA MEDIA YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENSENSASIKAN PANDANGAN DAN PEMIKIRAN KUMPULAN INI SUPAYA SEGALA BERITA DAN TEMURAMAH YANG DI BUAT DAPAT MENGGAMBARKAN IMEJ NEGATIF PEMIKIRAN KITA UMAT ISLAM INI, TERUTAMANYA DALAM ISU SEKS SUAMI, LAYANAN ISTERI, DAN BEBERAPA TEORI LAIN YANG TIDAK LANGSUNG BERDASARKAN FAKTA DAN ANALISIS YANG BERILMU. DENGAN ITU SELURUH DUNIA AKAN MENGHINA KITA DALAM SENYAP, ATAU DALAM CERITA, DALAM MEDIA DAN SEBAGAINYA, WALAU PUN MEREKA TIDAK MELAHIRKAN NIAT DAN OBJEKTIF MEREKA ITU SECARA TERANG. TAK LAMA LAGI, ATAU MUNGKIN TELAH PUN WUJUD, BERITA DAN PANDANGAN INI AKAN MASUK CNN, BBC DAN SEBAGAINYA DI SALURAN MEDI...

WASATIYYAH

KONSEP WASATIYYAH MEMANG AGAK KABUR LAGI DI KALANGAN RAMAI. SEMINAR YANG BERBENTUK KONVENSYEN YANG DIADAKAN DI PUTRAJAYA PADA 10 DAN 11 JUN 2011 PADA UMUMNYA TELAH DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT KEFAHAMAN TENTANG KONSEP INI. USAHA MEMBERIKAN P[ENGERTIAN YANG JELAS TENTANG KONSEP INI HENDAKLAH DIJALANKAN SETERUSNYA TANPA HENTI, DAN HAL INI HARUSLAH MENDAPAT PERHATIAN SEMUA KALANGAN MASYARAKAT, BUKAN HANYA DARI PERSPEKTIF AHLI AKADEMIK SAHAJA, ATAU SEKADAR AKTIVITI SEMUSIM, YANG HANYA AKAN MENJADI PERMAINAN POLITIK SEMPIT SESAMA ISLAM, MEMANDANGKAN KEPADA HAKIKAT, BAHAWA APA-APA SAHAJA YANG BARU DAN DITIMBULKAN DI MALAYSIA, TERUTAMANYA YANG KELUAR DARI PIHAK PEMERINTAH, MAKA SEMUANYA ITU AKAN DI JADIKAN BAHAN POLITIKING SEMPIT. SATU PERKARA YANG SEHARUSNYA DIFAHAMI BAHAWA WASATIYYAH ADALAH SATU GAGASAN YANG DIWAHYUKAN OLEH ALLAH SWT SEPERTI YANG TERSEBUT DI DALAM AYAT 143 SURAH AL-BAQARAH. FALSAFAH WASATIYYAH INI ADALAH MERUPAKAN FALSAFAH KEROHANIAN BERDASARKAN SYARIAH DAN AKHLAK ISLAM, BUKAN ...

DEMI JALAN KE PUTRAJAYA

DEMI MENEMPAH JALAN KE PUTRAJAYA MELALUI PRU13, YANG ENTAH BILAKAH AKAN DIADAKAN, NAMPAKNYA RAKYAT MALAYSIA MENYAKSIKAN KEPELBAGAIAN TEKTIK DAN TELATAH AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI POLITIK NEGARA INI YANG SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MENYUSUN STRETEGI UNTUK MEMENANGI PRU13 ITU DAN MEMBUKA JALAN BAGI MEREKA UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN, ATAU DENGAN UNGKAPAN LAIN, MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA BAGI BARISAN NASIONAL, ATAU MERAMPAS PUTRAJAYA BAGI PAKATAN RAKYAT. PEREBUTAN KUASA INI NAMPAKNYA YANG MENJADI FOKUS BAGI BN DAN PAKATAN. MALAH DALAM KEGHAIRAHAN MEREBUT KUASA INI NAMPAKNYA BANYAK PRINSIP DAN DASAR PERJUANGAN BEBERAPA PARTI KOMPONEN, SAMA ADA DALAM BN ATAU PAKATAN YANG MERUPAKAN AGENDA PERJUANGAN ASALNYA, KINI NAMPAKNYA TELAH MULAI DILUNAKKAN MENGIKUT PERKEMBANGAN SEMASA, TERMASUK MELAYANI SENTIMEN PERKAUMAN DAN KEAGAMAN SENDIRI, ATAS NAMA MEWUJUDKAN PERUBAHAN BARU, SEDANGKAN PERUBAHAN BARU SEPATUTNYA BERLAKU DALAM ISU-ISU PERJUANGAN SAMPINGAN, BUKAN AGENDA ASASI PERJUANGAN. ISU YANG PALI...

LAYAN SUAMI SEPERTI PELACUR??

KITA DI NEGARA INI NAMPAKNYA MEMPUNYAI KEPELBAGAIAN ORGANISASI YANG AMAT KREATIF. TETAPI DALAM SEBEGITU BANYAK ORGANISASI NAMPAKNYA SEBUAH KELAB YANG TERBARU YANG DIKENALI DENGAN NAMA KELAB ISTERI YANG TAAT SETIA (OBEDIENT WIVES CLUB) TELAH MENGEMUKAKAN SATU IDEA YANG AMAT "MENGKAGUMKAN" DALAM USAHA MEWUJUDKAN KELUARGA HARMONI, KHUSUSNYA MEREALISASIKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG AMAT INTIM, IAITU SATU TEORI BARUNYA YANG MENUNTUT ISTERI SUPAYA MELAYAN SUAMINYA DI RANJANG SEPERTI SEORANG "PELACUR YANG MELAYANI PELANGGANNYA" (!!!!!) TEORI INI DIKEMUKAKAN DENGAN ANDAIAN BAHAWA KEHIDUPAN SEKS SEORANG SUAMI YANG MENDAPAT LAYANAN "ISTIMEWA" DI RANJANG TIDUR AKAN DAPAT MENGELAKKAN BANYAK PENYAKIT SOSIAL YANG BERLELUASA KETIKA INI, SEPERTI SUAMI YANG LIAR DAN MENCARI KEPUASAN DI LUAR, KEGANASAN RUMAH TANGGA, PEMBUANGAN BAYI DAN SEBAGAINYA. PADA PANDANGAN KELAB INI ISU-ISU SOSIAL YANG MENCEMASKAN ITU, AMAT MUDAH DI SELESAIKAN, DAN SALAH SATU CARANYA IALAH MELAYAN S...

ULAMAK DAN POLITIK

INGIN SAYA SAMBUNGKAN DI SINI TENTANG TAJUK YANG SAYA PERKATAKAN DI ATAS. SEBAGAI SAMBUNGAN DARI KENYATAAN PRESIDEN PAS YANG TERSEBUT DAN PANDANGAN BELIAU BAHAWA ULAMAK TERSALAH FAHAM TENTANG POLITIK ISLAM KERANA KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN YANG MEREKA LALUI, MAKA SAYA RASA HAL INI AMAT PENTING DIKAJI DAN DITELITI LAGI DENGAN LEBEH MENDALAM. SAYA RASA SELAMA INI KEBANYAKAN ULAMAK YANG TERLIBAT DALAM PARTI POLITIK, DAN YANG BERGERAK AKTIF SERTA MENJADI MENTERI, TIMBALAN MENTERI, AHLI PARLIMEN, MENTERI BESAR, ADUN DAN YANG TIDAK MEMEGANG JAWATAN DALAM POLITIK, KEBANYAKAN MEREKA ADALAH BERKELULUSAN AGAMA, DAN MUNGKIN PALING BANYAK DARI MEREKA IALAH KELULUSAN PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM DI NEGARA-NEGARA ISLAM ASIA BARAT, SEPERTI MESIR, SAUDI ARABIA, JUGA MOROKO DAN LAIN-LAIN. TANPA PERLU MENYEBUT NAMA-NAMA MEREKA KITA MENGETAHUI BAHAWA PARA AKTIVIS POLITIK DALAM PAS DAN UMNOA, MERUPAKAN PARA ULAMAK YANG BERKELULUSAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DARI NEGARA-NEGARA ISLAM YANG SAYA SEBU...

ULAMAK DAN POLITIK

SAYA MEMBACA DALAM MEDIA HARI INI TENTANG KENYATAAN PRESIDEN PAS "ULAMA BACKING UMNO DON'T UNDERSTAND ISLAMIC POLITIC' ATAU TERJEMAHANNYA "ULAMAK YANG MENYOKONG UMNO IALAH MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI POLITIK ISLAM" BAGI SAYA KENYATAAN INI PERLU KEPADA PENJELASAN YANG LEBEH MENDALAM, ILMIAH DAN HIKMAH, KERANA SAYA TETAP DENGAN PENDIRIAN SAYA BAHAWA POLITIK DALAM PERJUANGAN PARTI BUKANLAH MERUPAKAN KONSEP MUTLAK SAMA ADA PERJUANGAN ITU MERUPAKAN SATU KONSEP AGAMA ATAU PUN TIDAK. ULAMAK YANG MENYOKONG UMNO BUKANLAH MENYOKONG SECARA TAKSUB, IAITU YANG MENYOKONG MEMBUTA TULI, SAMA JUGA RASA SAYA ULAMAK YANG MENYOKONG PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI, RASANYA BUKANLAH MEREKA MENYOKONGNYA SECARA TOTAL, KERANA SEBAGAI ULAMAK, MEREKA SEHARUSNYA MENYOKONG AGENDA DAN PERJUANGAN PARTI POLITIK HANYALAH DALAM DASAR DAN AGENDA KERJA YANG TERTENTU, DAN MEREKA MASIH MEMPUNYAI PANDANGAN YANG KADANG-KADANG BERBEZA DARI PANDANGAN PARTI, ATAU PEMIMPIN PARTI ITU SENDIRI. ULAMAK YANG MENYOKONG ...

MEMPOLITIKKAN PENDIDIKAN

SATU CONTOH BAGI TEKTIK POLITIKING YANG SAYA NAMPAK DAN SAYA RUJUKKAN DI ATAS, IALAH USAHA MEMPOLITIKKAN PENDIDIKAN MENGENAI BIASISWA. AMAT KETARA BAHAWA TERDAPAT PARTI KAUM CINA DIANTARA PARTI KOMPONAN BN BERUSAHA MEMBELA PELAJAR-PELAJAR KAUM CINA, YANG DIKATAKAN BERKELAYAKAN, TETAPI DINAFIKAN BIASISWA MEREKA. POLITIKNYA IALAH: PERTAMA MEREKA MEMBUAT KENYATAAN YANG AMAT LANTANG KEPADA MEDIA, DAN MEREKA PULA SEOLAH-OLAH MEMPUNYAI AKHBAR SENDIRI UNTUK MEMPEROMOSIKAN KES INI SETIAP HARI SECARA BESAR-BESARAN. MENGAPAKAH HAL INI TIDAK DI BINCANGKAN SAJA SECARA TERTUTUP DENGAN PUCUK PIMPINAN KERAJAAN ATAU KEMENTERIAN BERKENAAN, BUKANKAH MEREKA BERADA DALAM KERAJAAN? KEDUA: MEREKA BERUSAHA MENYALAHKAN JPA, YANG DENGAN SENDIRINYA MENYALAHKAN PARA PEGAWAINYA DENGAN ANDAIAN BAHAWA PEGAWAI-PEGAWAI ITU ADALAH KAUM MELAYU YANG CUBA MENYELEWENGKAN HAL INI DAN BERMAIN POLITIK. KETIGA: MEREKA NAMPAKNYA MEMPERJUANGKAN KAUM CINA SAJA, YANG DENGAN SENDIRINYA MENUNJUKKAN RASA PERKAUMAN YANG KUAT, SEDANGK...

BERTERUS TERANG DALAM POLITIK

MUTAKHIR INI, SAYA SERING MENGIKUTI PERDEBATAN DAN PERBINCANGAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO DAN MUKTAMAR PAS HANYA MELALUI MEDIA. BAGAIMANA PUN LAPORAN MEDIA TENTULAH TIDAK MENCUKUPI UNTUK SESEORANG ITU MEMBUAT ANALISISNYA TENTANG PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DI DALAM PERDEBATAN ATAU PERBINCANGAN PARTI POLITIK YANG BERSIDANG ITU. NAMUN BEGITU, OLEH KERANA KITA MEMPUNYAI BANYAK SALURAN MEDIA PADA HARI INI, MAKA SEGALA KOMEN SAYA DI SINI MASIH BERPANDUKAN KEPADA LAPORAN MEDIA JUGA. DIBANDINGKAN DENGAN UMNO, PAS - YANG SEDANG MENGADAKAN MUKTAMARNYA SEKARANG - NAMPAKNYA MENGALAMI PERUBAHAN KERANA PERUBAHAN PERSONALITI YANG MENERAJUI PARTI ITU DI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN AKAR UMBI. DATUK ABDUL HADI AWANG TELAH AGAK LAMA MENERAJUI PAS, TETAPI DASARNYA NAMPAKNYA BERUBAH SEDIKIT DARI DAHULU MUNGKIN KERANA TEKANAN DARI GOLONGAN YANG MENYERTAI PAS, TERUTAMANYA SELEPAS PRU12 YANG LALU. DULU TUAN GURU ABDUL HADI JUGA YANG PERNAH MENGELUARKAN BANYAK PANDANGAN YANG MERUPAKAN DASAR DAN PENDIRIAN PAS ...

JOM TONTON TV AL HIJRAH

HARI INI TV AL HIJRAH DI ASTRO, 1 JUN 2011 MULAI JAM 12 TENGAH HARI, SALURAN 114. INGAT 114, PENGISIAN ISLAM DALAM KONSEP YANG LUAS, DALAM PELBAGAI BAHASA, HIDANGAN UNTUK SEMUA MASYARAKAT PENONTON, ISLAM DAN BUKAN ISLAM. SELAMAT MENONTON !!!