Monday, June 13, 2011

PEDULIKAN OBEDIENT WIVES CLUB

SAYA TELAH MENULIS SEDIKIT TENTANG CLUB INI DAN PANDANGAN ANEH DAN HINA MEREKA TENTANG WANITA. MEMANG SEGALA KENYATAANNYA MENGGAMBARKAN MENTALITI MELAYU ATAU ISLAM YANG AMAT CETEK DAN MUNDUR.

BANYAK PIHAK YANG AKAN MENGEKSPLOITASIKAN PANDANGAN MEREKA BERTUJUAN UNTUK MENDEDAH KEPADA DUNIA TENTANG MENTALITI ORANG ISLAM YANG AMAT KONTROVERSI ITU. MALAH ADA MEDIA YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENSENSASIKAN PANDANGAN DAN PEMIKIRAN KUMPULAN INI SUPAYA SEGALA BERITA DAN TEMURAMAH YANG DI BUAT DAPAT MENGGAMBARKAN IMEJ NEGATIF PEMIKIRAN KITA UMAT ISLAM INI, TERUTAMANYA DALAM ISU SEKS SUAMI, LAYANAN ISTERI, DAN BEBERAPA TEORI LAIN YANG TIDAK LANGSUNG BERDASARKAN FAKTA DAN ANALISIS YANG BERILMU.

DENGAN ITU SELURUH DUNIA AKAN MENGHINA KITA DALAM SENYAP, ATAU DALAM CERITA, DALAM MEDIA DAN SEBAGAINYA, WALAU PUN MEREKA TIDAK MELAHIRKAN NIAT DAN OBJEKTIF MEREKA ITU SECARA TERANG. TAK LAMA LAGI, ATAU MUNGKIN TELAH PUN WUJUD, BERITA DAN PANDANGAN INI AKAN MASUK CNN, BBC DAN SEBAGAINYA DI SALURAN MEDIA ANTARABANGSA, YANG TENTUNYA AKAN MENNGGEMBIRAKAN PENERAJU CLUB INI KERANA TELAH BIBERIKAN LIPUTAN DALAM MEDIA ANTARABANGSA !!

INILAH CARANYA DUNIA MENGGAMBARKAN KITA UMAT ISLAM SEKARANG INI, DAN MEDIA PERDANA, DALAM DAN LUAR NEGARA, YANG DIKUASAI OLEH BARAT AKAN MEMBAWA CERITA-CERITA BEGINI SEBAGAI BERITA, YANG NAMPAKNYA LANGSUNG TIDAK MENYELEWENG, DAN KELIHATANNYA TIDAK MEMPUNYAI NIAT JAHAT,TETAPI GAMBARANNYA SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERIKAN INSPIRASI KEPADA ORANG BAHAWA RUPA-RUPANYA ITULAH ISLAM, DAN ITULAH KERJA ORANG ISLAM YA??

AGENDA INI SAMA SAHAJA DENGAN PERANG URAT SARAF YANG SERING DILANCARKAN TERHADAP ISLAM, TANPA KITA SEDARI. GAMBARAN TENTANG PERGOLAKAN DAN PEMBUNUHAN, PERANG SAUDARA DAN KEKACAUAN DI TIMUR TENGAH DAN AFRIKA UTARA, SUDAH CUKUP MEMBERIKAN GAMBARAN KEPADA DUNIA TENTANG KEHAKISAN TAMADUN UMAT ISLAM KESELURUHANNYA, DAN DALAM KEADAAN ITU MAKA BARATLAH YANG BERUSAHA MENOLONG, MENYELAMATKAN RAKYAT YANG TERINAYA, CEDERA, MENJADI PELARIAN, KEBULURAN, DAN SEBAGAINYA, DAN BARAT DENGAN ITU MERUPAKAN "NEGARA PENYELAMAT" "YANG BERTAMADUN" "BERPERI KEMANUSIAAN" DAN DENGAN ITU TERNYATALAH BAHAWA "ISLAM" ADALAH AGAMA KEGANASAN, TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN, KEJAM" DAN SEBAGAINYA.

JADI DALAM HAL INI SIAPAKAH YANG HENDAK KITA SALAHKAN? BARAT? TENTU TIDAK, KERANA MEREKALAH YANG MENJADI "PENYELAMAT" ! GOLONGAN KRISTIAN? TENTU TIDAK JUGA, KERANA "BARAT" ADALAH "KRISTIAN" !! BARAT YANG MEMPUNYAI TAMADUN DAN ADIL, MAKA BARAT DAN KRISTIAN ADALAH SINONEM, JADI, ORANG ISLAM DAN AGAMA ISLAM LAH YANG SALAH, TIDAK MAMPU MENOLONG SESAMA ISLAM, TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN!!

INILAH KESAN "REVERSED PSYCHOLOGY" YANG DIRASAKAN OLEH UMAT MANUSIA DI DUNIA INI TERHADAP ISLAM, TERMASUK ORANG-ORANG ISLAM SENDIRI YANG TERINAYA, TERTINDAS, DIBURU, DIBUNUH OLEH SESAMA ISLAM, DITINDAS OLEH KETUA NEGARA MEREKA SENDIRI, MALAH JIRAN-JIRAN MEREKA YANG TIDAK BERBUNYI SEPATAH PUN TENTANG NASIB MALANG ORANG ISLAM, JIRAN MEREKA, YANG TERTINDAS DAN MENDERITA ITU.

DALAM KONTEKS INILAH SAYA RASA MASYARAKAT MALAYSIA, TERUTAMA MASYARAKAT ISLAM SENDIRI, TIDAK PERLULAH MELAYAN DAN MEMBERI RUANG PEMBICARAAN KEPADA MANA-MANA GOLONGAN YANG CETEK PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN, YANG HANYA BEFIKIR DENGAN EMOSI DALAM MEMBUAT SEBARANG PENILAIAN DAN ANDAIAN MEREKA TERHADAP ISU-ISU YANG MEREKA BICARAKAN ITU, YANG HANYA INGIN POPULARITI, TERMASUK YANG HANYA MEMBICARAKAN TENTANG SEKS, YANG SEOLAH-OLAH HIDUP MEREKA TIDAK ADA PERKARA LAIN YANG PENTING, KECUALI SEKS.

DALAM KONTEKS INI JUGA SAYA RASA TAK PERLULAH KITA GUSAR DAN RISAU TENTANG CLUB PARA ISTERI YANG TAAT DAN PATUH (MENGIKUT ISTILAH MEREKA ITU) KERANA MEREKA MUNGKIN HANYA TERDIRI DARIPADA BEBERAPA KERAT MANUSIA, SEDANGKAN MAJORITI ORANG ISLAM TIDAK LANGSUNG MEMPUNYAI VISI DAN PEMIKIRAN SEPERTI YANG MEREKA TONJOLKAN ITU.

PEDULIKAN MEREKA, BIARLAH MEREKA BERKOKOK DI SEPANJANG HARI DAN MALAM, IBARAT SI LUNCI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN, BIARKAN !

Pageviews last month