Thursday, June 2, 2011

MEMPOLITIKKAN PENDIDIKAN

SATU CONTOH BAGI TEKTIK POLITIKING YANG SAYA NAMPAK DAN SAYA RUJUKKAN DI ATAS, IALAH USAHA MEMPOLITIKKAN PENDIDIKAN MENGENAI BIASISWA. AMAT KETARA BAHAWA TERDAPAT PARTI KAUM CINA DIANTARA PARTI KOMPONAN BN BERUSAHA MEMBELA PELAJAR-PELAJAR KAUM CINA, YANG DIKATAKAN BERKELAYAKAN, TETAPI DINAFIKAN BIASISWA MEREKA.


POLITIKNYA IALAH: PERTAMA MEREKA MEMBUAT KENYATAAN YANG AMAT LANTANG KEPADA MEDIA, DAN MEREKA PULA SEOLAH-OLAH MEMPUNYAI AKHBAR SENDIRI UNTUK MEMPEROMOSIKAN KES INI SETIAP HARI SECARA BESAR-BESARAN.


MENGAPAKAH HAL INI TIDAK DI BINCANGKAN SAJA SECARA TERTUTUP DENGAN PUCUK PIMPINAN KERAJAAN ATAU KEMENTERIAN BERKENAAN, BUKANKAH MEREKA BERADA DALAM KERAJAAN?


KEDUA: MEREKA BERUSAHA MENYALAHKAN JPA, YANG DENGAN SENDIRINYA MENYALAHKAN PARA PEGAWAINYA DENGAN ANDAIAN BAHAWA PEGAWAI-PEGAWAI ITU ADALAH KAUM MELAYU YANG CUBA MENYELEWENGKAN HAL INI DAN BERMAIN POLITIK.


KETIGA: MEREKA NAMPAKNYA MEMPERJUANGKAN KAUM CINA SAJA, YANG DENGAN SENDIRINYA MENUNJUKKAN RASA PERKAUMAN YANG KUAT, SEDANGKAN PELAJAR MELAYU DAN INDIA, PELAJAR SABAH DAN SARAWAK, MASIH PERLU DI PERJUANGKAN OLEH BN.


SETAHU SAYA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA AKAN TERPAKSA MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN YANG TINGGI DI LUAR NEGARA KHUSUSNYA DI UK. MENGAPAKAH MEMPERJUANGKAN SUPAYA PARA PELAJAR ITU DI HANTAR KE SEBERANG LAUT?


PIHAK JPA, MUNGKIN TELAH MENGKAJI SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK DIBERIKAN BIASISWA, BUKAN HANYA KELULUSAN YANG TINGGI. APAKAH KALAU PELAJAR DARI KELUARGA YANG BERADA HARUS JUGA DIBERIKAN BIASISWA SEDANGKAN PELAJAR LAIN BANYAK LAGI DARI LATAR BELAKANG EKONOMI DAN SOSIAL BERBEZA YANG BERHAK DI BERIKAN BIASISWA?


BAGAIMANA PUN SAYA HARAP HAL INI TIDAK BETUL, DAN SAYA MUNGKIN SALAH DALAM PERKARA INI. TETAPI KALAU BETUL HAL INI DI POLITIKKAN BEGITU RUPA, MAKA AGENDA BN UNTUK MEMERINTAH SEPERTI DULU, PENUH PERSEFAHAMAN DAN BERTOLAK ANSUR YANG TINGGI, AKAN MUSNAH BEGITU SAHAJA.


Pageviews last month