POLITIK TURKI SELEPAS PILIHAN RAYA
HARI INI SAYA TANGGUHKAN DULU UNTUK BERBICARA TENTANG PERSIDANGAN YANG SAYA HADIRI DI ANKARA, DAN UNIVERSITI YANG MENGANJURKANNYA, YANG SAYA HADIRI MAJLIS KONVONYA SEMALAM.
SAYA TERTARIK UNTUK MEMBINCANGKAN SEDIKIT TENTANG POLITIK TURKI YANG DAPAT SAYA TELITI DALAM AKHBAR MEREKA.
SEPERTI TERMAKLUM, PILIHANRAYA UMUM TURKI TELAH DIADAKAN PADA 12 JUN 2011 YANG LALU, DAN PARTI PIMPINAN PERDANA MENTERINYA YANG LALU, TAYYIP ERDOGAN, TELAH SEKALI LAGI MENDAPAT MANDAT RAKYAT UNTUK MEMBENTUK KERAJAANNYA DAN MENERUSKAN PEMERINTAHANNYA.
BAGAIMANA PUN ERDOGAN TIDAK MENDAPAT MAJORITI YANG MENCUKUPI UNTUK MEMINDA PERLEMBAGAAN SEPERTI YANG DIJANJIKANNYA DI DALAM KEMPEN PRU NYA YANG LALU. MALAH KEMENANGAN INI HANYA DIRAYAKAN DENGAN KADAR YANG KECIL SAHAJA, DAN KETUA-KETUA PARTI YANG MENANG SERING MENGELAKKAN DIRI DARIPADA BERCAKAP KEPADA MEDIA.
DALAM UCAPAN KEMENANGANNYA DARI BALKONI, YANG KEMUDIAN TERKENAL DENGAN PANGGILAN "UCAPAN BALKONI", SATU UNGKAPAN ERDOGAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA OLEH RAKYAT IALAH KENYATAAN BELIAU "BAHAWA PADA MALAM INI MARILAH KITA SALING MAAF MEMAAFKAN DIANTARA SATU DENGAN YANG LAIN" IAITU MERUJUK KEPADA PARA PIMPINAN DAN PENYOKONG PARTI-PARTI POLITIK YANG BERTANDING DALAM PRU KALI INI, YANG SEHARUSNYA MELUPAKAN PERSAINGAN DALAM PILIHAN RAYA, DAN MULAI BEKERJA SAMA UNTUK MASA HADAPAN NEGARA DAN RAKYAT.
HARI INI AKHBAR-AKHBAR MENYIARKAN SATU BERITA TENTANG MESEJ YANG SAMA DARI ERDOGAN, BAHAWA IA TELAH MENARIK BALIK SEMUA SAMAN YANG TELAH DIBAWANYA KE MAHKAMAH TERHADAP PARA PENULIS, WARTAWAN DAN AHLI POLITIK YANG DITUDUHNYA MEMFITNAH DAN MENGELURKAN KENYATAAN BOHONG TERHADAPNYA SEBELUM DAN SEMASA PILIHAN RAYA BERLANGSUNG.
HAL INI DILIHAT OLEH PARA PEMERHATI POLITIK SEBAGAI USAHANYA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK BERDAMAI DENGAN PARTI PEMBANGKANG DAN BERPAKAT UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN BAGI MEMINDA PERLEMBAGAAN YANG SELAMA INI TIDAK DI SUKAI OLEH RAKYAT DALAM BEBERAPA PERUNTUKANNYA.
NIAT BELIAU NAMPAKNYA IKHLAS UNTUK MEMUASKAN HATI RAKYAT DENGAN PERLEMBAGAAN YANG BARU, WALAU PUN TANPA MEMINDA PERLEMBAGAAN ITU PUN BELIAU SEMEMANGNYA AGAK SELESA MEMBENTUK KERAJAAN DAN MENERUSKAN PEMERINTAHANNYA.
SEBELUM INI TERDAPAT KETUA PARTI PEMBANGKANG SEORANG BERDUA YANG BERCAKAP KASAR KEPADA ERDOGAN, IAITU MEREKA HANYA BERSEDIA UNTUK MAAF MEMEAFKAN SETELAH PERDANA MENTERI ITU MENYELESAIKAN BEBERAPA PERHITUNGAN ANTARA MEREKA YANG BELUM SELESAI, TETAPI KENYATAAN KERAS PEMBANGKANG ITU DI BANTAH OLEH PARA PENYOKONG PEMBANGKANG ITU SENDIRI, SEHINGGA KETUA-KETUA PARTI PEMBANGKANG ITU TERPAKSA BERLAKU LEMBUT DAN MENERIMA PELAWAAN ERDOGAN UNTUK BERDAMAI DAN BERPAKAT.
ITULAH SEDIKIT PERKEMBANGAN YANG TERJADI DALAM POLITIK TURKI, DAN BERAKHIR DENGAN BAIK, KERANA KETUA-KETUA PARTI POLITIK DAN PENYOKONG MASING-MASING MENGAMBIL SIKAP YANG AGAK BERTAMADUN UTNUK MENYELESAIKAN ISU YANG BERBANGKIT, MALAH MELIHAT KE HADAPAN DENGAN MELUPAKAN SEGALA PERSELISIHAN PANDANGAN DAN IDEOLOGI POLITIK, KERANA NEGARA DAN BANGSANYA PERLU MAJU KE HADAPAN MEMBINA DAN MEMBANGUN SEMUAL SEGALA AGENDA KERJA UNTUK KEBAIKAN RAKYAT, BUKAN MASIH BERPANJANGAN DALAM PERKELAHIAN SEHINGGA KESEBOKAN POLITIKING TIDAK AKAN BERJAYA MEMBAWA NEGARA KEMANA-MANA PUN.
NAMPAKNYA POLITIK TURKI AGAK POSITIF DAN MEMBINA, HATI YANG PANAS DAPAT DISEJUKKAN, DAN DENGAN ITU MEREKA DAPAT BERMAAF-MAAFAN DAN BERTEKAD UNTUK BEKERJASAMA DENGAN BAIK. KITA BAGAIMANA? YALAH, YANG KITA TUNGGU-TUNGGUKAN : APAKAH POLITIK MALAYSIA JUGA AKAN BERKEMBANG POSITIF BEGITU, BERMAAF-MAAFAN, YANG BUKAN HANYA DIUCAPKAN PADA HARI RAYA PUASA ATAU HARI RAYA KORBAN, TETAPI DIUCAP DAN DILAKSANAKAN JUGA PADA HARI RAYA MENYAMBUT KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA ! BILAKAH AGAKNYA PRU KITA AKAN TIBA SUPAYA KITA PULA AKAN DAPAT MELIHAT APAKAH JAWAPAN YANG SEBENARNYA KEPADA PERSOALAN INI !!

Comments
Post a Comment