Bersih? Atau, Cemar?
Ada orang menganggap bahawa tindakan yang dicadangkan secara besar-besaran untuk mengumpulkan manusia pada 9 Julai bagi menyatakan perasaan tidak puas hati, adalah merupakan satu gerakan BERSIH. Mereka melihat hal itu sebagai sesuatu yang suci, bagus dan beretika.
Tetapi bagi orang lain, mungkin bagi rakyat majoriti, hal itu adalah satu gerakan cemar, kotor dan tidak bertamadun.
Saya ingin menujukan pandangan saya ini kepada masyarakat Islam di Malaysia. Apakah masyarakat Islam yang menyokong cadangan ini benar-benar ikhlas dan jujur dalam menyokong tindakan yang tidak dibenarkan oleh undang-indang negara itu, kerana perjumpaan itu tidak mendapat permit polis?
Atau kalau hendak dianggap permit polis itu tidak penting kerana hal itu hanya merupakan undang-undang ciptaan manusia, tetapi apakah tindakan melanggar pemerintah itu merupakan sesuatu yang direstui oleh agama?
Banyak catatan sejarah dalam kehidupan baginda Rasulullah SAW yang menunjukkan dengan jelas bahawa baginda menentang tindakan kekerasan dan paksaan terhadap orang lain. Baginda memetraikan perjanjian damai dengan Yahudi di Madinah, dan mempersaudarakan antara kaum Ansar dan Muhajirin, adalah bertujuan untuk mencipta sebuah masyarakat dan negara yang aman damai.
Sebelum Hijrah pun, baginda telah menunjukkan nilai akhlak Islam yang amat tinggi dalam ruh yang penuh dengan sabar dan toleran. Baginda di seksa, di perlakukan sebagai musuh utama, menyakitinya secara fizikal dan kejiwaan, tetapi baginda tidak pernah mengajak para sahabatnya bertindak melawan atau berkeras terhadap musuhnya itu, sedangkan misi yang dibawanya adalah dari Allah SWT.
Ketika baginda kembali ke Makkah untuk melakukan ibadat kepada Allah, dan baginda ditegah dari memasuki tanah air tumpah darahnya itu, Omar dan para sahabat mahu bertindak secara keras dan melawan musuh mereka itu, tetapi Rasulullah SAW mententeramkan mereka, malah menangguhkan hasrat dan niat baginda itu ketahun hadapan, iaitu tahun berikutnya.
Semua ini merupakan contoh dan tauladan baginda sebagai Nabi dan Rasul kita yang seharusnya kita hormati dan hayati, terutamanya dalam keadaan sekarang, ketika Islam dihimpit dan dicabar dari segenap penjuru dengan hebat sekali. Islam menghadapi perang dari Timur dan Barat, dari media, ke medan perang,di Asia Barat dan Afrika Utara, diwujudkan situasi sehingga menyebabkan Islam berperang sesama Islam, perang saudara, sesama agama dan bangsa.
Saya pernah berada di luar negara, di Barat dan Asia Barat. Selalu merasa bangga dengan Islam dan umatnya di negara kita. Selama puluhan tahun negara kita merupakan negara Isl;am yang aman, berperlembagaan yang melindungi agama Islam, dan menjaga hak kebebasan agama dan kaum yang banyak berada dalam negara kita, sedangkan negara lain yang terdiri dari satu kaum pun sering bergaduh dan berkerisis secara berlarutan.
Saya tidak sangka sama sekali bahawa menjelang abad baru, alaf baru yang seharusnya menjadikan kita umat Islam yang lebeh bertamadun, tiba-tiba umat Islam di Malaysia sendiri pula akan menjadi umat yang ghairah berkerisis dan berkasar, terkeluar dari nilai-nilai moral kerohaniaan yang diajar oleh Islam, mengambil jalan konfrantasi, bukan jalan syura untuk menyelesaikan masaalah yang diada-adakan.
Oleh itu saya ingin bertanya masyarakat Islam di Malaysia, kemanakah perginya nilai-nilai agama kita yang suci itu, kemanakah perginya ajaran baginda Rasulullah SAW yang kita warisi selama ini, yang kita sanjung sehingga umat kita menjadi umat contoh kepada dunia lain yang kita tunujukkan selama ini?
Harap janganlah menukar persepsi umat, bahawa yang kotor itu dianggap BERSIH, malah selama-lamanya benda yang kotor itu tidak akan bertukar menjadi bersih. Kita terkena najis mughallazah pun maka untuk membersihkannya kita mesti menyamaknya, inikan pula orang lain yang membawa najis tersebut maka kita pula yang akan mengambilnya untuk kita lumurkan di badan kita.